30 November 2010

Checklist w-Day

picture credit to PerfectPalette

godek punya godek,jumpa jugak e-book pasal perkahwinan yang aku beli dulu.berguna jugak akhirnya.tak sia-sia la 10 hengget aku.hehehe.untuk sapa-sapa yang nak berumah-tangga,bole la rujuk senarai ni.kot ada apa-apa nak tambah,silakan.senarai ni untuk kenduri dua-dua belah pihak.hantaran tu macam tak balance.nak bagi apa lagi eh..

Persiapan Perkahwinan
:: Pre
Kursus perkahwinan
Booking tok kadi
Amik borang kawin
Amik borang ujian HIV bagai (hmm...)
Tempah kad kawin
Invite rakyat jelata melalui kad @ Facebook ^_^

ps :: jangan invite awal-awal sangat.nanti orang lupa,kad hilang,macam-macam.senaraikan siapa mau panggil mengikut kawasan.hehehe.

:: Akad 
Photographer
Persalinan (Lelaki dan Perempuan)
Makeup

:: Majlis
Pelamin
Meja makan pengantin
Photographer
Persalinan 2x(Lelaki dan Perempuan)
Makeup 2x

ps ::  mr. bulat, sila belikan rantai tangan yang cantik dan menawan ya.ngeeee...photographer dan spot dah sapa.nanti sy rekemenkan kat kawan-kawan.

Barangan Hantaran Perempuan ke Lelaki
Sirih junjung
Potpurri
Al-Quran (atau tafsir) Perfume
Jeans,Kemeja (Rayban?)
Kasut
Wallet dan Belt
Telefon Bimbit (kuang3..ni macam dalam mimpi.wink.wink)
Kek/Cupcake
Buah-buahan
Kuih
Cokelat
Pulut kuning

ps :: jam tak bagi dah..orang dah beli jam baru.lemak ah nak bagi jam banyak2.save duit aku.hehehe.

Barangan Hantaran Lelaki ke Perempuan
Tepak sirih
Mas kahwin
Pulut kuning
Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
Kain ela (atau baju kurung)
Al-Quran (atau tafsir)
Sejadah
Kek
Potpouri
Jam tangan
Kasut
Handbag (mau purse skali ya mr. bulat..purse saya suda koyak..isk..isk)
Perfume
Buah-buahan
Set alat solek (macam tak minat ja alaat-alat solek nih..)
Telekung sembahyang
Muffin atau biskut
Towel
Gula-gula (atau manisan lain)

♥ Balai Makan
Kanopi
Katering

ps :: aku tak dak la sampai berbalai-balai kot.yang ni kalau amik katering dah selesai la.semua siap.

DJ / MC

ps :: yang ni memang kena pesan kat DJ sekeras-kerasnya supaya jangan meraban dan tersilap info.sungguh bosan kalau DJ cakap tak berhenti-henti.just putarkan lagu yang nice-nice pun dah cukup.tak mau lagu pengantin yang selalu dengar tu.nak lagu 'MAHER ZAIN'.hehehehe ~ mesti abah i loike!

Bulan Madu
errkkk...mengikut kata kakak aku,jangan berangan nak berbulan madu.sebab lepas kenduri konpem duit berhabis.sampai tak daya nak pegi bulan madu.hehehe.takpelah.apa salahnya berangan...
so??
BALI !!!! yeayhhhhh...

♥ Theme
untuk tema,anda dinasihatkan memilih baju dahulu sebelum decide tema apa mau buat.sebab selalunya dah set tema,skali cari baju tak jumpa warna tema..sedih oOo..dan..aku pun belum pilih tema lagi.mau jalan-jalan dulu dengan mr. bulat tengok baju.mesti mau matchkan dengan kulitnya yang gagah.kuikuikui ~

Ketakutan melampau

lately ketakutan aku terhadap GELAP makin menjadi-jadi melainkan ada orang lain berdekatan aku.tambah-tambah pulak kakak aku dah kawin.sure la aku kena tido sorang-sorang.paling kurang pun mesti buka lampu bilik yang kecik warna oren tu.kalo gelap terus memang tak tido la aku.


dulu masa kecik-kecik, kalau kena giliran aku padam lampu sebelum tido memang berpeluh la.lepas switch off ja lampu aku akan terus lari dan melompat naik atas katil sepantas kilat sebab takut gila kot-kot ada something keluar dari bawah katil tangkap kaki aku.arrgghh....gila takutttt..


ingat tak dulu ada movie tajuk 'CHUCKY'? time tu lagi gila la aku...dah la takut gelap.bila tengok cita tu mula la terbayang.patung chucky suddently keluar dari bawah katil pegang pisau nak bunuh aku.x pun dia duduk kat atas meja solek sambil senyum pandang aku !!!!


time kecik-kecik aku cuma ada 2,3 teddy bear.siang hari bole la main-main.masuk malam semua teddy bear wajib timbus bawah selimut.tak pun campak masuk dalam almari.


lagi satu masa kecik takut sangat nak masuk dalam kolam.terutamanya kolam yang air dia paras-paras atas buku lali.pelik kan? bila kita masukkan kaki,air yang keliling kaki tu sangat menggelikan.nampak macam ulat yang bercahaya.korang nampak tak macam yang aku nampak?ke aku sorang ja yang psyco sorang-sorang.haha.tapi skang dah waras dah..cuma tak suka mandi laut,air terjun dan yang sewaktu dengannya sebab takut lemas,takut ada something dalam air macam kat PORT DICKSON tu.buaya? eee..takutnya..nanti dia gigit kaki bawak lari.


tak tau la sampai bila aku nak takut GELAP.sampai kawin pun still akan takut lagi kot.buah hati pun jenis takut gelap jugak.cuba bagitau camna nak buat?hehehe.jenuh bayar bil letrik la nampaknya...

29 November 2010

E-Day updated

Alhamdulillah..selamat semua berjalan lancar.sah jadi tunangan orang.tapi kenapa ntah aku rasa macam biasa ja.hahaha.maybe sebab tunang jauh kot.if dia pun datang semalam excited tu lebih sikit la.hehe.yang komannya makeup tahap opera ah semalam.haha.time aku pegi kedai nak makeup nak bersiap tu,gila ramai orang.beratur nak makeup.style next..next..next.. orang lain semua mai dengan pasangan masing-masing.nak kawin.aku pun dia pi makeup untuk kawin jugak.so paham-paham la tahap ketebalan makeup tu.

aku plak muka memang pantang kamera-kamera ni.so gambar semua huduh-huduh belaka.haha.malu nak siarkan.cewah..tapi memang betul pun..aku tak fotogenik macam kebanyakkan orang.muka tengah bersin pun nampak kiut miut.hehe.

macamana pun lega hati dah selesai.nanti preparation kawin mesti lagi penat dari ni.haishh..harap-harap dapat lalui masa-masa bertunang ni dengan tenang dan dapat harungi dugaan tu sebaiknya.amin...

siapa-siapa ada tips nak elak bergaduh masa tunang,sila bagitau aku.kuikuikui ! ^_^

25 November 2010

Boyfriend 5.0 to Husband 1.0

Dear Tech Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and I noticed a distinct slowdown in the overall system performance, particularly in the flower and jewellery applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.


In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5,and then installed undesirable programs such as NEWS 5.0,MONEY 3.0 and CRICKET 4.1.

Conversation 8.0 no longer runs, and Housecleaning 2.6 simply crashes the system.


Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail. What can I do? 

Signed, 

dotdotdot
  
Reply

DEAR  Madam, 

First, keep in mind, Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an operating system. 

Please enter command: ithoughtyoulovedme.. html and try to download Tears 6.2 and do not forget to install the Guilt 3.0update. If that application works as designed, Husband1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3..5.. 

However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Silence 2.5 or Beer 6.1. Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta. 

Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.) 

In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend: Cooking 3.0 and  Hot Looks 7.7. 

Good Luck Madam!

credit to Intan Junsu @ MyLepakPlace
[ni la contoh orang yang dah meroyan dok ngadap komputer dan C#C+JavaIfElseDoWhileError bla bla bla..]


p/s : Beware of PompuanJalang 8.9 beta version which will try to access your pc as soon as you installed the Husband 1.0. but right now,im only using Boyfriend 5.0 program. Nanti Fia**** 1.0 pulaks..teruja..hohahoha!

Sayang Agilent !

ni yang i makin sayang sama Agilent Technologies (M), Bayan Lepas Pulau Pinang nih.hahaha.dah la manager semua baik hati sangat-sangat.officemate, teammate dan segala macam mate-mate semua best-best.tau kenapa i puji terbaik punya hari ni?? sebab...


sila jangan mencarut sebab gambar tu terbalik.haha.gila malas nak pusing.kalau tak jelas sila tonggengkan pc/lappy anda.


Sunshine Voucher (RM50 x 4)
RM200

aku tau mesti ada yang nak cakap, "alah..voucher 200 hinggit pon nak kecoh,apa barang..".yang pastinya aku suka sebab tak pernah dapat voucher banyak cenggini.selalu voucher Tesco rm1.50 tiap-tiap bulan tu ada la.yang tu mak aku pun dapat.11 hinggit lagi banyak dari aku.

dah berangan-rangan nak pi shopping barang mewah (mewah la sangat..hehehe).ooohhhh...

Fenomena 2 Alam?Putar Alam?

rambut i telah dipatenkan.no copy-copy ya.PeaCe!


aku baru tau rupanya dR Rozmey ni dulu bekas pakar sakit puan (?). tengok banyak sangat kot puan yang kesakitan, tu yang nak jadi bisnesman..

hoish..aku memang tak boleh blah betul la dengan dR Rozmey nih.awat yang sangap sangat nak glamor ni.setahun sebelum filem tayang dah sibuk canang untung berpuluh juta.untung berpuluh juta tu,rupiah boleh la kot.pasti boleh.hehehe.tapi kalau rupiah pun failed,dR Rozmey sila pergi buat rawatan kat Yun Nam Hair Care lah,takut nanti habis luruh rambut dia yang gila smart tu.

siapa yang rasa macam nak menghabiskan duit sila pergi menonton filem gempak habis '2 Alam'.sure habis wayang,drive keta masuk longkang sebab terlampau tertekan dengan memori menonton filem gempak itu.hahaha.ish..jahatnya mulut i nih.kawan-kawan,tak baik tau mengata orang begini.hukhuk.bagus la dR Rozmey yakin pada diri sendiri.tapi keyakinan tu nampak macam dah sampai tahap riak dan cakap besar tahap dewa.ok,berhenti disini sebelum sesi mengumpat bermula semula.

filem yang telah membuatkan penayangan filem 'Harry Potter' ditangguhkan selama 18bulan ~ haha


22 November 2010

Ayuh ke Jusco Day this Friday!

elok lah kiranya gaji yang baru masuk tu dibuat shopping terutamanya jumaat ini kerana adanya JUSCO DAY! yeayyy! demam teros hilang.hehehe.

Sekian!


Not in a good mood


im not in a good mood,
im not in a mood at all,
sometimes feel like mood-mood,
another time feel like moody,
i hate the 'moody' feeling,
so i think better i mood-mood then moody,
im still sick,
thats why i feel mood-mood,
how am i going to face these coming Sunday with the 'mood-mood' mood?
sigh...

[abaikan kesilapan grammer dalam penulisan diatas,sedangkan lidah lagi tergigit ~]


18 November 2010

Im Sick ~ Help me..

bad cough,
headache,
body temperature getting higher,
feeling so cold,
watery eyes..

i want to go home.
husna, BERTABAHLAH !!!


17 November 2010

Runaway, stupid or emotional?

[picture credit to Google]

banyak betul kes orang lari dari rumah.budak-budak perempuan la terutamanya.yang lelaki tak kisah pun.kalau lari dari rumah aku rasa still boleh survive kot.tak ada sapa nak rogol.hehe.paling tak boleh terima kalau lari ikut teman lelaki.amboi..makan pun mak suap,berak pun mak basuhkan.ada hati nak lari dari rumah.siap tinggalkan notes, 

     "jangan cari saya lagi,saya nak hidup berdikari"

berdikari kepala hotak kamu ! belajar pun tak habis lagi.bila dah lari, makan tak cukup, merempat sana sini.baru teringat mak.menangis,meraung nak balik kat mak.lepas tu cakap menyesal. mudahnya..yang mak kat rumah hampir separuh mati risau.makan tak lalu,tidur tak lena.

aku rasa kes lari dari rumah ni sebabnya ; 'bodoh' dan 'emosional'.kalau nak kata tak reti pikir,umur dah berbelas tahun.lain la kalau budak sekolah rendah.tolong la perempuan-perempuan kat luar sana.jangan la ikutkan sangat perasaan.dulu kecik-kecik, sakit, menangis,semua pada mak. bila dah besar buang mak,buang keluarga.kekasih la segalanya.kununnya la..padahal yang si kekasih tu pun 'kencing bercabang',ada hati nak bela anak orang.haish..please-lah.

bagi aku, kalau diikutkan hati, anak yang lari tu dibiarkan je.nak tengok lama mana dia nak survive,lama mana dia nak melingkup.tapi, bagi seorang ibu, mana nak sampai hati.buat pulak anak yang lari balik menangis sambil balik dengan perut memboyot.macamana? kebimbangan ibu selalu ada asasnya.

p/s : kat rumah macam-macam ada, so kenapa perlu lari dari rumah? weee....


Awas! Isteri Boleh Dakwa Perampas Suami - Utusan Malaysia

(picture credit to Google)

isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

wah.wah.wah..baru ku tau ada undang-undang begini.sangat suka.sokong 200%! aku memang tak boleh blah kalau pompuan lain dok kacau laki orang ni. memang la kalau diikutkan logik,kalau si suami tak melayan,tak jadi la kan.tapi yang pompuan tu pun kalau dah tahu tu suami orang,stop dan blah la.
kelmarin or kelmarin dulu ntah,aku ada dengar radio Sinar.fm. sorang pompuan ni telefon.lebih kurang beginilah perbualan tu,
pompuan : "ada sorang lelaki kacau saya.ajak saya kawin"
dj : "elok la tu.ko pon bujang.apa kau jawab?"
pompuan : "saya cakap kat dia, saya perlukan masa.saya baru mula nak berkerjaya.nak mantapkan karier dulu,then lelaki tu cakap,takpe lah.saya bagi duit awak guna la buat ape pun, saya sanggup tunggu"
dj : "kalau dah cam gitu tunggu apa lagi..ko nak terima ke tak?lelaki tu bujang ke?"
pompuan : "laki tu dah kawin.saya rasa macam nak terima.alah lagipun bini dia dah tua.dah monopous pon"
ha..ni la contoh pompuan sial perampas laki orang ni.perampas laki orang ni selalunya hidup dia tak tenang.sentiasa gelisah.yelah.dah ambil hak orang.dia takut la orang lain ambil hak dia pulak. buatnya laki tu siap ceraikan isteri tua untuk kawin dengan pompuan sial macam ni.tunggu la Tuhan balas balik.


16 November 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha


hairan kenapa tiba-tiba padang ragut semua lengang.lembu melintas jalan pandang kiri kanan dan melintas bagaikan kilat padahal sebelum ni melintas siap baring-baring atas jalan buat kuak lentang lagi.kenapa?sebab raya haji la.hehehe.

selamat hari raya semua.maaf zahir batin.


15 November 2010

Sanggul Tinggi, apa hukumnya?

(picture credit to Google)

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” ~ hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” ~ hadith riwayat Muslim. Hadith no 212

banyak aku terbaca dalam blog-blog dan website yang membincangkan pasal hal ni. aku pun bukannya baik sangat pun nak bagi pendapat dalam hal-hal macam ni.tapi sekadar berkongsi. kepada wanita-wanita diluar sana.

kalau tujuan sanggul itu untuk nak tunjukkan kepada orang ramai terutamanya bukan mahram atau untuk tujuan kecantikan,jadi hukumnya haram sebab boleh menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki bukan mahram.

so,berpada-padalah kalau nak bersanggul tu.kalau berambut panjang, harus di ikat kemas supaya rambut tak terkeluar dari tudung supaya tak dilihat bukan muhrim.jika mahu dibuat sanggul jangan la sampai nampak macam ada ketumbuhan dikepala.pendek kata berpada-pada dan bersederhana.

begitu juga dalam berpakaian.anda rasa senonoh dan chumel kah kalau memakai baju ketat dah bertudung ataupun memakai baju berlengan pendek dan bertudung? (yang tak bertudung tu no komen lah.kita doakan semoga terbuka hati mereka nak bertudung.amin.

p/s : saya sayang semua umat islam.saya juga bukanlah seorang yang sempurna tapi saya sedang berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik dan kepada jalan yang diredhai Allah SWT. Y(^_^)Y.kalau ada salah silap dalam post ini harap diperbetulkan ya.


Saya pun suka Maher Zain

Orang lain suka @ like Maher Zain, aku pon gedik-gedik jugak nak like.dulu tak tau pun kewujudan Maher Zain. satu hari tu kakak aku pernah tanya,

     "Weh, ang tau dak Maher Zain tu sapa, awat aku tengok orang dok like-like dia kat fb", kakakku berkata.

"Aku rasa dia macam orang-orang penting macam ketua-ketua pergerakan islamik apa-apa kot.pejuang islam",

dengan bengongnya aku menjawab dengan muka confident tahap gaban peringkat ke8.

hebatkan jawapan aku.kan?hebat betul tu...hahaha.rupanya penyanyi la.suka hati ja ketua pergerakan islam bagai.ish3.aku masukkan mp3 lagu-lagu Maher Zain dalam laptop abah aku.tiba-tiba beliau pulak minat betul dengan Maher Zain.tiap masa asyik dengar lagu Maher Zain.siap suruh masukkan lagu Maher Zain dalam handphone nak buat ringtone.teruja kan?heheheh.begitu sekali penangan Maher Zain yang kacak lagi merdu suaranya itu.pendek kata "I Loike!"

Dingorat dipagi hari


 [picture credit to Google] ~ gambar takda kaitan pun.kuikuikui.

pagi tadi on the way datang kerja berhenti kat traffic light.aku nak belok ke kiri.tapi oleh sebab ada bas yang halang laluan.so macam tersekat tak boleh jalan gila jalan sempit betul sampai lorong beri laluan pun sekangkang kambing ja. tiba-tiba aku rasa macam kereta sebelah tengah tengok aku. aku pun meleretkan mata aku tanpa memalingkan kepala untuk mengelakkan termalu (sila bayangkan mata 90 darjah memandang tepi padahal kepala still kedepan).Vios warna putih.aku pun pusing la.tengok macam tengah cakap something.dok pikir,nak bukak tingkap ke tak.dah la mata aku ni tak berapa nampak.ntah-ntah dia cakap dengan orang dalam keta.tak ke malu aku.huhu..tapi aku tetap bukak jugak.mana tau kot-kot dia nak bagitau keta aku tayar pancit ke, tertinggal barang atas bumbung keta ke.tak pun nak bagi hadiah sebab menang 'spot n win' bagi kategori keta berbunyi paling hebat.kuikuikui.

lepas bukak tingkap aku pun mengfokus pada muka orang tu.lelaki.muka lebih kurang sorang peserta raja lawak yang badan besar-besar sket tu..apa ke nama dia pun tak ingat.

     "nak pi keja ka?", beliau bertanya.
     "yolah..awat?", aku menjawab.

then tiba-tiba bas kat depan dah jalan.takkan aku tak mau jalan pulak kan.so aku pun jalan.perbualan berenti kat situ ja.hahaha..aku pun tak tau apa motif dia tegur tu.mungkinkah nak mengorat?chait...perasan gila bajet diri sendiri cantik sangat sampai ada orang nak mengorat tak sedar diri punya worang.tuih.tuih.tuih.ngeee....

14 November 2010

Inspira ~ Tak mau sudah...

aku hairan bila orang asyik komen-komen pasal Proton Inspira.kalau komen membina tak kisah tapi komen yang seakan-akan mengutuk je.ok.fine.memang tak dinafikan proton tiru design kereta asal.biar jelah..dah dorang takde idea nak buat macamana kan..tak payah la kutuk-kutuk tahap gaban sangat.ala..korang dulu pun beli keta buatan tempatan jugak.mentang-mentang la skang pakai keta hebat,picit punat dah boleh start.dah la kutuk Inspira, dengan keta-keta buatan Malaysia yang lain pun nak jugak dikutuk.aku guna keta buatan Malaysia,kecik hati tau..hukhuk..tu je la yang mampu aku beli..huhu..

ok pe Inspira...bagi orang yang tak mampu nak beli Lancer macam aku ni, yang ni jela boleh blah kot. kalau tak nak beli sudah la..tak payah nak kutuk sangat..ke korang sendiri tak mampu nak beli Inspira?hehehe.
 Y(^_^)Y

p/s : sayang keta aku yang chumel walaupun dah berusia 9 tahun.oh "kereta senyum" kesayanganku ~

Nasib baik ! Woot.woott...

 
semalam keluar dengan kakak pergi membeli-belah barang-barang hantaran tunang dan pelamin.aku buat sendiri pelamin woo...hebatkan?hehehe..then lepas beli-beli teringat nak singgah butik yang aku sewa baju tunang tu.bajet nak make sure warna tak lari tema la kan.masuk-masuk je butik tu aku ternampak satu baju kurung baru sampai.cantik gila!!weee.....teros aku tukar pikiran amik baju tu pulak.baju tu lagi simple dari yang sebelum ni.renda-rendanya kurang.tapi kemas dan nice-nice je..warna putih.tangan cekak.puas ati giler lah baju ni.hehehe..so hati aku sangat hepi-hepi..ngeee...

so, jadinya kebanyakan barang dah beli. tuala jer belum beli.asyik terlupa je.dah tulis dalam notes tapi stil lupa.skang pening pikir macamana nak buat pelamin tu...haih..



12 November 2010

Esok hari sabtu



ya.esok hari sabtu.esok cuti.dan esok ada ujian MTEST ! marilah kita bertungkus lumus belajar malam ni.sapa nak join aku stay up malam ni? hehehe. last minute baru nak giat study bagai.buku Mtest pun entah mana letak. mintak-mintak la kali ni lepas.aku dah tak tahan dah ni nak cikgu.bleh cuti sekolah lama-lama.hahaha.


To : bakal cikgu semalaya

Cc : cikgu pencen, cikgu gstt dan lain-lain cikgu

Subject : Berusahalah !

Message : Selamat menjawab soalan Mtest. Jangan lupa bawa pensel 2B,ingat 2B sahaja,lupakan yang lain.pemadam tak payah sebab konpem anda tak sempat nak padam apa-apa.jangan minum air berlebihan sebelum masuk bilik peperiksaan jika tak mau perpeluhan berlebihan akibat menahan nak terkucil lalu membuatkan anda semakin dahaga lalu mengganggu konsentrasi menjawab soalan.tenangkan fikiran.banyakkan beristighfar. ^_^



E-Day Preparation [1]


my E-Day is on 28 November 2010!! [mata bersinar-sinar dan bercahaya dengan galaknya..wink..wink].


mulanya nak buat majlis bertunang sebelah pagi dan akad nikah petang.senang kan? selesai dalam satu hari. belanja pun jimat. tapi cik abang kursus plak.time2 orang dalam mood nak kawin ni la dia nak ada kursus.so buat bertunang la dulu..barang apa pun tak beli lagi. hantaran memang zero ler..satu benda ja dah siap,complete.iaitu senarai barang.hebatkan?ofkos hebat.

oleh sebab aku ni kategori agak kedekut,so nak buat as simple as possible.tak elok membazir.jangan jadi kawan syaiton! heheheh.

♥ Cincin [kedai apek]
♥ Sewa baju nikah dan makeup [Fitri Andaman]
♥ Photographer
♥ Dulang
♥ Pelamin
♥ Tuala
♥ Sejadah
♥ Coklat
♥ Kueh Mueh
♥ Cupcakes [imanisbakery]
♥ Buah
♥ Sirih Junjung
♥ Potpouri
♥ Bunga hiasan hantaran
♥ Katering [Irham Katering]

hantaran better prepare lebih dari yang ditetapkan la.paham-paham la japgi sedara-sedara baik hati nak bagi pape.takkan nak tolak..bertambah la jadinya.5 jadi 15.kan? ^_^

tema aku adalah biru muda.tapi tak tau nk combine dgn warna apa.purple or navy blue? to uols yg nak cari rujukan warna sila pegi sini --> PerfectPalette. sure berpinau mate.ngeee... 



11 November 2010

Belog Oh Belog

 [picture credit to Google]

huaarrgghhh! [bayangkan tengah menjerit kat depan moncong sampan cam cita titanic] lepastu cepat-cepat duduk depan laptop,buat email baru dan bukak Google, taip "Blogger".Pastu mula buat blog baru untuk kali yang ke18.




aku ni memang cepat cemuih ('bosan' dalam bahasa utara). bila rasa takda mood, aku delete cmtu ja blog-blog lama.sungguh tak patut..tapi untuk kali yang ke18 ni aku bertekad !! [dengan mata bersinar] aku takmo ubah2 blog dah.sebab, hidup aku tak lama lagi nak masuk fasa baru. ^_^


baiklah.mari kita mulakan sesi pecah ais kali ke18 :

nama saya husna umur saya 23 tahun saya sudah
bekerja tapi belum berkahwin pendek kata

"i am perseorangan tetapi tidak terdapat" [Google Translate]

itu saja ~ sekian, selamat beramal !