17 November 2010

Runaway, stupid or emotional?

[picture credit to Google]

banyak betul kes orang lari dari rumah.budak-budak perempuan la terutamanya.yang lelaki tak kisah pun.kalau lari dari rumah aku rasa still boleh survive kot.tak ada sapa nak rogol.hehe.paling tak boleh terima kalau lari ikut teman lelaki.amboi..makan pun mak suap,berak pun mak basuhkan.ada hati nak lari dari rumah.siap tinggalkan notes, 

     "jangan cari saya lagi,saya nak hidup berdikari"

berdikari kepala hotak kamu ! belajar pun tak habis lagi.bila dah lari, makan tak cukup, merempat sana sini.baru teringat mak.menangis,meraung nak balik kat mak.lepas tu cakap menyesal. mudahnya..yang mak kat rumah hampir separuh mati risau.makan tak lalu,tidur tak lena.

aku rasa kes lari dari rumah ni sebabnya ; 'bodoh' dan 'emosional'.kalau nak kata tak reti pikir,umur dah berbelas tahun.lain la kalau budak sekolah rendah.tolong la perempuan-perempuan kat luar sana.jangan la ikutkan sangat perasaan.dulu kecik-kecik, sakit, menangis,semua pada mak. bila dah besar buang mak,buang keluarga.kekasih la segalanya.kununnya la..padahal yang si kekasih tu pun 'kencing bercabang',ada hati nak bela anak orang.haish..please-lah.

bagi aku, kalau diikutkan hati, anak yang lari tu dibiarkan je.nak tengok lama mana dia nak survive,lama mana dia nak melingkup.tapi, bagi seorang ibu, mana nak sampai hati.buat pulak anak yang lari balik menangis sambil balik dengan perut memboyot.macamana? kebimbangan ibu selalu ada asasnya.

p/s : kat rumah macam-macam ada, so kenapa perlu lari dari rumah? weee....


No comments: