08 December 2010

Hantaran e-day ~ Tema Biru Putih

mau promote sebentar.hehehe.ini hantaran tunang aku,untuk pihak lelaki. semua aku buat sendiri.semuanya 13 dulang.tapi sayang gambar sirih junjung ter-miss plak.tak tau kat mana.tapi sirih junjung sepupu yang tolong gubahkan. dan lagi satu hantaran extra dari mak saudara aku.

 Hantaran 1 :: Coklat
satu set coklat jenama Beryl's. tapi toblerone aku tak
pasti plak Beryl's punya ke tak.

 Hantaran 2 :: Cream cupcakes
ni cupcake cream, 12 biji semuanya,dan dah ngap sebiji
jadi la 11. RM40.tempah kat imanisbakery.design
atas pilihan sendiri.

 Hantaran 3 :: Kuih/Biskut
dua bekas kuih raya.sedap.murah ja.
satu bekas RM25.

 Hantaran 4 :: Buah-buahan
mak aku nak sangat letak buah naga.katanya dah cemuih
buah epal bagai.so nak bagi nampak crowded,aku
tambah la anggur sikit.
(kiri) Hantaran 5 :: Agar-agar kering, (kanan) Hantaran 6 :: Halwa
Agar-agar kering di-sponsored oleh mak saudara aku.sangat-sangat la
cantik.harga pun cantik juga. Halwa tu mak aku yang beli di seberang jaya.
dicampur dengan agar-agar kering jugak.

(kiri) Hantaran 7 :: Asam, (kanan) Hantaran 8 :: Sejadah
Asam tu pun mak aku belikan dekat seberang jaya.baunya sangat menggoncang
jiwa (bagi siapa yang suka asam la..). Sejadah tu beli dekat kamdar ja.
suka sebab dia tebal dan corak dan warna pun cantik.

(kiri) Hantaran 9 :: Tuala, (kanan) Hantaran 10 :: Potpuri
Tuala tu cantik kan? nampak macam sejadah.sampai orang tanya
kenapa bagi sejadah sampai dua.selalu orang gubah bulat-bulat 
macam buah la,buat katil la.tapi latest selalu orang lipat or
gulungkan macam biasa ja. potpuri pun buat sendiri. oleh
sebab letak dalam raga,jadi tak nampak kaki cawan tu. 

Hantaran 11 :: Halwa
Halwa yang ni macam jeruk sikit.dari mak saudara aku jugak.
balut macam hamper sebab bagi last minute,tapi aku dah prepare
pembalut dan reben.memang dah jangka akan ada extra.

dan last sekali.....

 Pelamin dowh...

tiba-tiba rasa macam nak buat bisnes gubah hantaran plak.start dari kakak aku bertunang lagi aku dah rasa macam nak gubah hantaran untuk orang.tapi tu la, dok berangan tak habis-habis.hehehe.nanti aku poskan gubahan hantaran kahwin kakak aku.aku jugak yang buat [bangga..ngeeee]. oleh sebab aku ni agak kedekut,jadi kos gubah hantaran pun tak mahal la.yang penting cantik, tak crowded dan nampak nice-nice ja.

Untuk tempahan gubahan hantaran bagi kawasan Pulau Pinang dan Kedah, sila hubungi 019-5552155 atau email ke husnaza@yahoo.com. Harga boleh dirunding,bergantung kepada design yang diminta.

wah.wah.wah..promote nih..woott..woottt.... Y(^_^)Y


ho

No comments: