09 December 2010

Kenapa saya geram dengan Celcom

dari mula-mula aku guna handphone,sampai skang, aku memang pengguna setia Celcom. tapi aku tak berapa nak nampak kat mana kelebihan dia selain dari beberapa peristiwa mengeciwakan. geram-geram tapi dok pakai jugak.haih..

kenapa saya geram dengan celcom :

1 :: bil sms yang mengelirukan

tiap kali check bil melalui SMS aku dalam rm30 - rm40 je.punya la seronok pegi bayar,murah la katakan.sekali tiba-tiba dia hantar sms :

Reminder: Yr usage of RM800 as at 091210 has exceeded yr credit limit.Pls make immediate payment as yr line MAY HAVE BEEN BARRED..bla..bla..bla..

rupanya bil tertunggak bulan lepas-lepas yang tak pernah pun dia bagitau dalam bil-bil yang terkini.kumpul-kumpul dah overlimit.beratus-ratus.bengangkan?bangang betul la camni..

2 :: service yang lembab

yang ni memang lembab gila babun la.satu hari, handphone kawan aku hilang (sebenarnya cari tak jumpa).terus telefon celcom untuk blockkan nombor tu.ok, agak cepat.die terus block.then esoknya,dapat jumpa balik handphone tu,then terus telefon celcom untuk unblock balik nombor tu.celcom ambik masa SEMINGGU untuk unblock nombor tu.tu pun lepas berpuluh kali telefon service center.

3 :: online service yang teruk

lagi satu contoh kelemahan celcom ialah time bayar bil online, dah la website lembab nak pergi dari satu page ke page yang lain (ramai yang dah komplen pasal ni).berjam-jam tunggu baru dapat pergi ke page yang lain. bila bayar online, 3,4 hari kemudian,baru la account diupdate.kadang-kadang online bill tak update pun.tapi bila check payment history ada pulak bayaran kita buat. bill statement pun mengelirukan.lepas tu mula la nak sekat nombor cakap kita tak bayar.deyyy....company besar pun sistem macam hampeh ka...

4 :: service charge hantu

encik bulat dan aku pernah dapat bil,total beratus-ratus.beliau jadi sangat tak puas hati dan check satu persatu dalam bil tu.banyak betul charge celcom yang ntah dari mana ntah.padahal sebelum ni diorang tak bagitau pun pasal charge-charge tu.kami pakai 1+5 (time tu masih 1+3). menurut orang celcom, kalau pelanggan tanya baru diorang akan jelaskan pasal charge-charge tu.mengamuk la encik bulat,komplen gila-gila.last skali, diorang batalkan charge-charge tu.TAK PERLU BAYAR.

5 :: broadband dan network

yang ni macam dah lali la.pakai broadband apa pun macam hampeh sikit.nak tengok 3 bar pun susah, apatah lagi nak EXCELLENT. kalau kat kampung agak laju.tapi bila balik penang, kalau depan tv mesti letak laptop atas meja,sebab coverage lebih sikit.if letak atas lantai terus dapat NO NETWORK. kalau dalam bilik boleh letak atas  lantai,kelajuan tu bole la nak guna.tapi nak upload gambar jangan harap la.kadang-kadang time maghrib agak laju,tapi most of the time macam kura-kura la.PAGE CANNOT BE DISPLAYED.itu sudah common.

walau macamana pun, aku tetap pakai celcom.dulu,kini dan selamanya.sebabnya? family semua pakai celcom..hoisshhh...apa-apapun, kepada  semua pengguna celcom,rajin-rajin la check bil anda dengan teliti,takut kena tipu depan mata ja.kadang-kadang kita amik remeh ja.dapat bil terus pergi bayar (macam aku.hehehe).


notes :: encik celcom,kalau tak mau saya mencarut-carut begini, sila turunkan kadar panggilan dan sms serendah 1sen/18jam dan 1sen/50sms.konpem saya puji encik celcom (mana aku tau celcom tu laki?aku tau la...)

No comments: