14 December 2010

Tips sebelum kahwin [1]

Tips sebelum kawin [1] ? [1]?kunun nak buat part 1,part 2 bla..bla..tapi pasni mula la malas-malas buat-buat lupa ada part 1 lepastu tinggal macam tu saja.hehe.tips? ni contoh bahasa rojak yang membinasakan bahasa kebangsaan nih.padahal boleh je guna 'petua'.kan?okeh.tamat bahagian pertama mengenai tajuk entry.

malam tadi saya (harini mau pakai 'saya' pulak,nampak sopan) dan achik(ex-housemate) pergi melawat 'bakal' bapa saudara yang sakit di hospital penang. masa sampai beliau dah pun dimasukkan ke hospital bedah.berjumpa dengan 'bakal' ibu dan bapa mertua jugak.bersembang (niat nak menenangkan sebab nampak macam risau sangat menunggu kat luar tu,padahal saya tak bercakap mana pun.hoish).kemudian minta diri untuk pulang sebab pagi ni kerja.

kemudian dalam perjalanan pulang bersembang dengan achik pasal persediaan nak bergelar isteri dapat la 2,3 tips sebelum kahwin.Achik memang rajin betul la cari info-info ni.aku plak suka dengar orang bercerita dari mencari sendiri (dasar malasss..).tapi tips ni lebih fokus (memang fokus pun..) pada persediaan untuk menimang cahaya mata. siapa-siapa yang lagi 2,3 bulan nak kahwin pun boleh dah mula amalkan.bagi sesiapa yang memang nakkan cahaya mata dengan pantas la.

Tips 1 :: Susu Kambing dan Kurma

Minum susu kambing fresh dari ladang dan makan kurma.ataupun blendkan susu kambing bersama kurma.untuk kesihatan dan kesuburan.bila subur peratus untuk dapat cahaya mata itu tinggi la kan. baik lelaki mahupun perempuan, oleh cuba. insyaAllah, dengan izin Allah.

Tips 2 :: Pengambilan Susu Anmum (susu untuk orang mengandung)

selalu orang yang tengah pregnant ja yang minum susu ni. tapi menurut kata achik,menurut kata doktor,beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil bole dah minum. persediaan untuk hamil la.means, macam kitaorang yang akan kahwin 2,3 bulan lagi ni boleh la minum. dan untuk elakkan salah sangka, sila tukarkan susu kedalam bekas lain.yala, nanti orang tengok dok minum susu anmum,ingat kita pregnant sebelum kahwin plak.takkan tak tau orang zaman skang, byk masa nak mengumpat dan berprasangka.

Tips 3 :: Pengambilan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

asid folik boleh didapati di farmasi dalam bentuk pil. tak mahal pun. sekotak ada beberapa papan (byk jugak) dan harga dalam RM30. kalau mahal pun takpa. yang penting kesihatan diri dan bakal baby.makan sekurang-kurangnya 400mcg sehari, sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung.

dan sebelum merancang kehamilan sila

:: Jangan merokok (pompuan smoking? macam syial..to encik tunang sila bagi perhatian lebih !)
:: Jangan minum minuman beralkohol (minum air setan, anak pun esok macam setan jugak.ngeee)
:: Kurangkan minum minuman berkafin (tak yah minum lagi bagus)
:: Pastikan berat badan optimal (optimalkah berat aku sekarang?)
:: Simpan cuma makanan yang sihat dalam peti sejuk (sihat untuk badan,bukan untuk nafsu,hehehe)

Maklumat untuk Tips 3 di ekstrak dari website AlamHamil. untuk maklumat lanjut sila lawati website ini ye.

mau baby secomel ini? banyak-banyak berdoa,mengaji,berzikir,berselawat,membaca surah yusuf, surah mariam (mudah nak beranak)
betul tak info aku ni?kalau salah tolong betulkan ya.
 Terima kasih Achik untuk tips-tips ni.semoga kita sama-sama murah rezeki dan bahagia dunia akhirat.AMIN

No comments: