14 December 2010

Bahagianya ramai kawan


yup.sangat bahagia bila ada ramai kawan.lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan tu adalah kawan dunia akhirat, saling mengambil berat, senang susah tetap bersama, menjaga hati dan menghiburkan.tapi bila ramai kawan, berapa kerat sangat yang memenuhi kriteria yang saya sebutkan diatas?walau apapun, tahniah kepada mereka-mereka yang mempunyai ramai kawan, mudah bergaul, mudah menyesuaikan diri lalu membuatkan mereka ramai kawan.

tapi saya tak ramai kawan sebab saya susah nak berkawan.tapi tak bermakna saya seorang yang sombong walaupun muka saya memang nampak macam sombong tapi saya tak sombong.tidak.tidak.bukan begitu.muka ini anugerah tuhan.walau sesenget manapun gigi saya, sepenyek manapun hidung saya.inilah saya.tidak dapat diconvert-kan menjadi mariah kari mahupun sesiapa saja.jadi terimalah saya seadanya.

lagi satu kelemahan saya ialah lambat untuk membiasakan diri dengan orang yang baru dikenali.susah nak mulakan perbualan dan pemalu yang melampau-lampau.

TAPI,

bila dah mulakan perbualan, selalu berjumpa, kadar percakapan saya akan bertambah dan kadangkala melebih-lebih pula.saya juga gemar bergurau tapi hanya dengan teman rapat kerana takut kalau bergurau dengan teman yang baru dikenali,takut terasa pula.

alangkah bagusnya jika saya seorang yang ramah-tamah-tanah lagi meriah.mesti saya mempunyai ramai kawan yang boleh diajak keluar meronggeng dan bersuka ria dikala kesunyian.sekarang kawan saya agak ramai, tapi yang betul-betul rapat cuma 4,5 orang. itupun masing-masing sibuk dan berada jauh dari sini.saat terasa seperti betul-betul ada kawan adalah masa belajar di Kolej Matrukulasi Penang dulu.tapi sekarang sudah terputus hubungan.dan kalau lepas ni bertemu balik mesti tak semesra dulu,macam janggal.oh,rindunya zaman-zaman dulu...

jadi, konklusinya

saya tak ramai kawan, tapi saya suka berkawan,cuma tak pandai mulakan.kalau dah rapat dan betul-betul selesa,saya hanya akan ber-HANG AKU saja.jadi sila jangan takut berkawan dengan saya.saya bukan karnivor mahupun kanibal.mulai saat ini, saya akan LEBIH menghargai kawan-kawan saya walaupun mereka tidak menghargai saya.hehehe.SEKIAN.

No comments: