17 December 2010

5 pahlawan yang comel

5 pahlawan Proton.comel?tak semua comel la.sekali tengok bole la..tapi bila tengok berkali-kali,macam kereta mainan comel zaman kecik-kecik dulu yang bila masukkan dalam peti sejuk dia berubah warna dan bila mak buka peti sejuk terkejut penuh kereta mainan.

 LEKIU.agak ok la.macam 4wd.tapi lampu tu macam tak berkenan.futuristik sangat dan nampak garang.

 LEKIR. oh tak minat kereta sport.ni macam kereta apa ntah.lotus eh?aku pun tak tau.macam kereta mainan pun ada.pelik.huh.

 KASTURI.yang ni dah macam Saga BLM la pulak.tukar nama ja.oh, tak minat.

JEBAT.kawan baik TUAH.ni macam inspira @ lancer pulak.depan macam jerung tu tak lari mana dah.oh, tak minat jugak.

TUAH.ha, yang ni I LOIKE la.macam mewah.macam accord pun ada.nama pun paling comel antara 5 ni.T.U.A.H.comel kan? klasik.

ni agak-agak Proton nak jual berapa kupang eh?kuikuikui.jangan cantik diluar, harga tak hengat,tapi kualiti macam tin biskut merry dah la..

1 comment:

Liyana Aziz said...

yana dah tengok live, masa motorshow kat KL hari tu.. memang Tuah paling mencurik perhatian la masa tu.. yana pun suka.. =)