17 December 2010

Ada apa pada nama?

okeh.hari ini rasa macam nak cakap pasal nama.sebab tadi baru saja LIKE fanpage website NAMA-NAMA ISLAM (kalau tak silap). kenapa ye semua nama yang dicadangkan tu adalah dua suku kata.means ada dua patah perkataan? contohnya : Aliya Natasya. tapi panggilan cuma yaya or sya.erkk..sia-sia bagi nama panjang, tapi panggilnya pendek dan tak bermakna pun. tapi tak dinafikan zaman sekarang ibu bapa lebih suka namakan bayi mereka dengan nama-nama yang trendy dan kadang-kadang langsung tiada maksud. tapi memberi nama yang tak mempunya maksud lebih baik dari memberi nama yang membawa makna tidak elok.

teringat cerita seorang guru masa sekolah rendah tentang seorang nama yang diberi nama Siti Zina (kalau tak silap la, tapi ada jugak perkataan zina-zina tu). alangkah menderitanya si pemilik nama sehingga dewasa.pelik jugak, takkan ibu bapa beliau begitu jahil sekali sehingga sanggup menamakan anak mereka begitu rupa. tapi akhirnya, beliau berjaya memohon untuk menukar nama kepada yang lebih baik dan bermakna.tu pun bila dah dewasa.

tapi, tak kisah la kalau dah ibubapa nak sangat bagi nama yang panjang dan glamor.ejaan tak penting, tapi yang penting bagaimana kita dan orang lain menyebutnya dan maknanya tidak lari.contohnya Fariesya.ejaannya nampak seperti glamor, tapi bila disebut masih berbunyi F.A.R.I.S.H.A.

memberi nama para malaikat juga menjadi pertanyaan.

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.

begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya - Tarbiyatul-Aulad, jil. 1, hlm. 87.

jauhi juga nama-nama yang makruh seperti nama yang memberi makna yang kurang disenangi (FADHIH - yang membuka aib, memberi makna yang merangsang nafsu (FATIN - penggoda), membawa maksud dosa dan maksiat (SARIQ - pencuri), FIRAUN, QARUN, HAMAN, nama haiwan yang terkenal dengan perumpamaan dan sifat yang tidak elok (HIMAR - keldai), nama-nama yang digabungkan dengan perkataan 'Al-Din' (agama) dan'Al-Islam' seperti DHIYAUDDIN, SAIFUL ISLAM, NURUL ISLAM.tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.

Kemudian nama-nama yang digabungkan daripada dua nama.kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.


aku baru tahu nama FATIN tu maksudnya penggoda.ramai jugak yang pakai nama Fatin ni kan?takpalah.mungkin menggoda orang lain untuk ke-arah yang lebih baik ke.sapa tau kan?

apa-apa pun, berilah nama yang baik dan elok maknanya. semoga anak itu membesar dan mewarisi sedikit sebanyak kebaikan dari nama yang diberi. ada pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’. tapi kadang-kadang, nama elok, ibubapa pun baik budi pekerti, tapi anak itu tetap membesar menjadi 'ntah apa-apa'. itu kita kena lihat pula didikan yang diberikan dan pengaruh-pengaruh luar. contoh jelas, lihat saja pada artis-artis tanah air. saya paling suka nak ambil contoh nama Rebecca Nur Islam.kamu-kamu semua pasti tau kan macamana jawapan beliau apabila ditanya mengenai nama beliau?

Sumber maklumat dipetik dari sini dan sini

notanotty :: tiru la macam saya, nama saya Husna, kakak saya Masna dan Lubna.senang kan dengan satu perkataan.kalau lima huruf pun tak boleh nak sebut, tak tau la nak kata.hus,mas dan lub.LUB? errkkk..apa-apapun, yang penting nama itu bermakna baik.renung-renungkan, selamat beramal!

1 comment:

Liyana Aziz said...

betul la kak, nama2 sekarang ni sampai 3 perkataan.. heeee...
baru tau jugak maksud nama fatin tu