20 December 2010

Pesta Penang dan Terapi Ikan!

Venue : Pesta Pulau Pinang

sejak bekerja di Pulau Pinang, every year wajib pergi pesta walaupun just nak cuci-cuci mata.kadang-kadang terbeli jugak beg yang RM10 yang ada macam-macam tu.teruja la sebab RM10 ja.tahun ni aku cuma beli karpet lapik semayang - RM10, beg mister potato - RM10 dan beg air jus cam twister tu, 6 botol kecil RM10 jugak.semua makanan ya kawan-kawan.so bagitau aku, macamana nak berjimat untuk kahwin kalau asyik membeli?

baju-baju yang made in Thailand pun banyak yang cantik-cantik tahun ni.sori tak snap gambar pun.huhu.tahun ni macam banyak jugak karpet.games macam tahun-tahun lepas jugak.tapi nasib baik tahun ni encik tunang tak mention pun kata nak main baling dart dekat belon.dan aku pun tak sebut pun.bukan buleh bagi muka.bila dah start main, jadi ketagih. macam tahun lepas, main punya main, dapat 3 teddybear comel.tapi kos beli token aku rasa melebihi kos ketiga-tiga teddy tu.huh.dan tahun ni macam tahun-tahun yang lepas, encik tunang tetap berkeras tak mau naik sebarang permainan disitu melainkan naik kaki beliau sahaja.eh, tahun lepas beliau mau naik ferris wheel.tu satu kejayaan yang membanggakan okeh.tu pun dari mula sampai habis pusing beliau senyap tak kata apa.gayat sayang oii....

dan sebelum balik sempat cuba buat terapi ikan.RM5 untuk 15minit.boleh la tahan.aku tak pernah try lagi.tapi rupanya amat la seronok.geli-geli dalam 5minit.dan 10 minit seterusnya rasa macam nak tidur plak.sedap..hehehe.kira malam tu abis la sel-sel kulit mati,kulit kering,segala habuk semua ikan-ikan tu telan.ni kalau tiap minggu buat konpem kaki bersih,ringan,mulus-mulus gitu. adik-adik,kakak-kakak dan abang yang jaga gerai tu pun friendly.yang penting encik tunang tak dak komplen apa-apa sebab beliau nampak aku bersembang dengan adik yang jaga gerai tu.isu bergaul dan bersembang adalah isu penting dalam perhubungan kami ya.huhu.



begitu rakus skali ikan-ikan tersebut melahap kematu, kurap, kudis-kudis dikaki.oh tipu.kaki saya tak ada kurap, kematu mahupun kudis-kudis ye.ok.tipu lagi.mungkin kematu nipis itu ada disebabkan tak pakai sandal dalam rumah pijak simen tiap hari dan kulit kering lalu membentuk kematu nipis.lebih comel dipanggil kulit yang sedikit tebal dibahagian tumit.

encik tunang time tu pakai kasut, refuse gila bila orang ajak join celup-celup kaki.katanya takut ikan mati tercium bau kaki beliau.eheh.kalau camtu letak ikan jaws pun belum tentu dia mau ngap.

depan gerai terapi ikan tu diorang letak satu akuarium kecik untuk tester.boleh la celup-celup tangan bekas korek hidung dalam tu.hehehehe.

setahu aku dekat Queensbay pun ada satu shop untuk urut dan terapi ikan.tapi harga agak mahal la.tapi dia punya environment sangat nice dan menenangkan.nanti kalau aku pergi try kat sini. aku promotekan kat belog ye.
jadinya, siapa yang tak pernah pergi Pesta Penang, pergi la jalan-jalan.tak dak la best teramat.tapi cukup la nak hepikan diri, dengan family, dengan kawan-kawan.

No comments: