21 December 2010

PTPTN - dah tukar pinjaman 3peratus ke pembiayaan Ujrah 1peratus?

aku terlupa sudah pasal pembiayaan ujrah ni.padahal dah lama di uar-uarkan (war-warkan?). tiba-tiba hari ini terserempak dengan satu artikel berkenaan hal ini. so baru la terasa hati nak updatekan maklumat nak mohon untuk Ujrah ni.haish.


Tarikh mula kemaskini maklumat :


2006,2007,2008 ---> 20/9/2010
2003,2004,2005 ---> 01/11/2010
2002 dan sebelumnya ---> 01/12/2010
  1. sila masuk ke sini PTPTN 
  2. klik Kemaskini Maklumat Ujrah
  3. isi no kad pengenalan dan alamat email.satu email akan dihantar ke inbox/spam anda.
  4. klik pada link yang diberi
  5. isi borang dan hantar.SIAP.







comel pulak web ptptn ni.tak dak la tercari-cari kat mana nak klik. bukan macam website JobsMalaysia, warna bukan main.macam website untuk pembelajaran kanak-kanak.




tapi aku dok bayar PTPTN tiap-tiap bulan, tak luak-luak pun.makin naik ada la.kunun SERVICE CHARGE.padahal dah macam BUNGA hutang ALONG jer.serius weh.aku dah bayar dari tahun lepas.sampai skang kurang la dalam seratus dua.sampai masuk kubur la dok bayar PTPTN.terima kasih PTPTN kerana memberi pinjaman kepada saya lalu merealisasikan impian saya untuk berkerjaya dewasa ini, juga merealisasikan impian saya untuk menjadi PENGHUTANG BERJAYA diabad ini.Sekian ~


maklumat tambahan :

Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPIN<JARAK>NOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636

Untuk semakan baki pinjaman pendidikan anda:PTPTN PINJAM<JARAK>NOKP<JARAK>NOPIN
Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654

**Charge 50sen dikenakan untuk setiap SMS
notanotty : kalau la ptptn ni macam along, ramai la ibubapa kehilangan anak,isteri hilang suami, anak hilang bapa,sebab kena sembelih.hehehe. 

No comments: