19 December 2011

Peek-a-boo year end sales?

Macamana ntah semalam lepas pergi cari minyak telon kat mydin bukit jambul, tersinggah pulak butik baby Peek-a-boo. Ramai betul orang. ada sale rupanya. 20% - 30%.Botol Avent 90z baru RM38. murah..murah..

Stroller pun harga drop jugak.yang canggih-canggih la macam Halford, McLarren dan lain-lain. saja tanya little bean punya warmer dan sterilizer - RM119. weewittt..nasib baik haritu tak beli masa kat baby fair PISA. RM135. beza banyak jugak tu. so terus beli la kan. warmer Tommee Tippee pun cuma RM99. Pastu terbeli head band baby. apekah..kalau kuar baby boy, macamana?hahaha..suka-suka hati ja beli. comel sangat. kalau tak dapat pakaikan kat anak sendiri, pakai kat anak sedara pun jadilah.hohoho.

pagi kelmarin pegi check BOD kat KK. terserempak kawan husband. wife dia baru beranak. awal 2 hari. baby boy. time scan doktor cakap baby girl.skali kuar ada burung. tergejut lar..terus aku seram. kalo scan baby boy kuar bby girl bole lagi la.tapi scan baby girl,kuar boy.haru jgk. sampai termimpi-mimpi aku malam tadi. termimpi dah beranak. dah la baby boy.kembar plak tu.haru sungguh la. bangun tidur terus rasa nak tergelak.haih..

dan last week enset aku rosak tak dapat diselamatkan lagi. terpaksa la pakai enset koman. tak bleh tangkap gambar. apatah lagi berMMS. sedih-sedih..tapi! semalam tiba-tiba husband cakap, jom pegi bukit jambul cari henset. nanti tak dapat plak tangkap gambar baby. weeee....syiok. aku tak bajet la tinggi-tinggi.henset koman pun jadilah. asalkan buleh tangkap gambar dan MMS. sampai ja kedai, husband pulak excited memilih.aku follow jelah.bukan duit i yang kuar kan.hehehe..then end up beli ini

Samsung Galaxy Mini

Napa ntah pi beli yang ni aku pun tak faham. boleh la dari tak dak langsung kan. lembab sket la nak menaip mesej. aku touch screen memang fail la. susah la nak makan cokodok sambil mesej-mesej kalo cam gini.so nak bermesej aku lebih prefer ini...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



bahaha! serius.mesej pakai enset-enset cam gini sambil pejam mata pun boleh..

ok..da...

08 December 2011

36 weeks ~ Berat naik lagi dowh...

mengancam sungguh berat aku ni.haritu dah stabil.ni tiba-tiba naik pulak dah.29 November pergi checkup 53kg ja.harini 8 Disember pergi checkup dah naik 56kg. seminggu 3kg tuh..ish..ish..ish..tak pasal-pasal kena masuk jumpa doktor.doktor suruh timbang lagi sekali.memang betul pun 56kg.doktor terus tanya, awak makan apa ni berat naik cepat sangat ni. aku pun heran. makan macam biasa.kurang lagi ada la.

oleh sebab mak abah aku ada history darah tinggi dan kencing manis, jadi kena pantau lebih la. tak pasal-pasal aku kena pi timbang berat dan ambil tekanan darah 2 hari sekali.jenuh aih..tu tak masuk nak kena pi check perut lagi. alamatnya tiap hari aku parking jauh la..

jadinya total berat naik dari awal pregnant sampai minggu 36 :

40kg ----> 56kg
16kg !!!

for sure dah lebih had.awat la nek banyak sangat ntah. padahal time tak pregnant nak bagi berat naik gila punya susah. nasib baik aku ada energy lagi nak mai kerja. tapi terkedek-kedek la jalan.orang tengok pun kesian. tunggu masa ja. harap-harap betul la due date tu.kalo nak awal pun, bagi aku start cuti dulu kot.

skang balik kerja goyang kaki ja. nak buat tu hubby tak bagi, nak buat ni hubby tak bagi.semua tak bagi. hubby cakap bagi dia buat semua. yolah tu. suruh buang sampah pun amik masa 2,3 hari. baju kotor penuh raga sampai nak terbalik baru berbasuh. haih suamiku sayang...tapi tak palah.sekurang-kurangnya dia nak tolong jugak.hehehe. yang lawaknya, asal aku nak bangun ja mesti hubby cakap, "ish nak pi mana, duduk la diam-diam". sampai tak bleh bergerak langsung.hadoi la..kalau dia tak dengar bunyi or suara aku lebih dari 5 minit, mula la panggil-panggil. mengaduh sikit pun dah kelam kabut.

lagi 2 minggu nak start cuti bersalin. baby sabar dulu na. babah suruh tunggu tahun baru.hehehe. nama pun tak confirm-confirm lagi.

06 December 2011

Pre-Wedding photoshoot, halal or haram?


Nama pun pre-wedding.PRE.for sure belum ada ikatan apa-apa.bertunang tu abaikan.tak ada makna pun.tak menghalalkan apa-apa pun.tak ada jaminan pun. so, bila belum ada ikatan yang sah, bergambar, berpeluk, berpegangan tangan, sandar menyandar dan ber-ber yang lain yang 'sapa buat dia tau sendiri'. menjadikan pre-wedding photoshoot itu sesuatu yang HARAM...

kalau ada orang cakap, eh aku pre-wed photoshoot mana ada pegang-pegang pun.

ok, fine. tak ada pegang-pegang. tapi apa faedah buat pre-wedding photoshoot? untuk kenangan yang boleh mendatangkan fitnah masa hadapan?

ok. sekian. tiba-tiba nak tulis pasal ni sebab tertengok album pre-wedding someone yang MasyaAllah.berlengkar-lengkar macam ular sawa macam dah kawin 20tahun.

Ambil yang jernih, buang yang keruh ~ Semoga kita sama-sama menjauhi perkara yang Allah tidak suka.

28 November 2011

Almost 35 weeks ~

dah nak masuk 35 minggu. serius aku dah tak larat dah. stamina dah tinggal 60% dah ni.perut dah turun.memang rasa lapang kat dada ni dah.sebelum ni macam rasa sendat-sendat sket kat bahagian antara breast and perut.lower abdomen pun dah sakit-sakit.paha sakit-sakit.nak bangun, nak duduk, nak baring, seksa sangat.kepala baby dok main-main dah kat bawah.kadang-kadang rasa nyilu kat ari-ari.mak aku cakap maybe sebab rambut baby.

semoga Allah pelihara semua. rasa macam tak bersedia lagi plak.harap-harap baby tak excited nak keluar awal.lately dah tak lalu makan, rasa macam nak muntah pun ada.rasa nak demam pun ada.macam-macam rasa.tapi aku still pegi kerja macam biasa.terpaksa la gagahkan diri. cuti bersalin start after krismas.lambat lagi.

semua benda dah prepare.beg dah packing.tinggal satu ja lagi.minyak telon.hehehe.ape da..yang len dah complete tiba-tiba minyak telon lupa beli pulak.penting tu.

malam tadi drive dari sp kul12 sorang-sorang balik penang.hubby otw balik dari kl.kunci rumah ada kat dia.so terpaksa lah aku tunggu dia sampai dulu baru bertolak balik penang.mak aku dah bising-bising.takut nak terberanak masa tengah drive. tapi alhamdulillah.selamat sampai.mak aku suruh amik cuti hari ni.tapi kesian pulak hubby tido sorang-sorang.lagipun keja kat opis banyak lagi.cuti sehari bermaksud DELAY.oh tidak..aku nak bercuti bersalin dengan aman tanpa sebarang panggilan berkaitan kerja.dah la 60 hari ja.sigh ~

seronok balik kampung minggu ni.semua ada.kakak aku yang dok kat terengganu pun balik dengan anak-anak dia.tapi husband dia tak balik.dah mabuk-mabuk.nak masuk yang ke-4.alhamdulillah.bertambah lagi cucu mak abah aku.aku pun balik hubby tak ikut.kakak aku yang memang dok kat umah tu pun hubby dia tak balik.so semua tak berlaki ujung minggu haritu.sorang dok kelek anak,sorang dok sarat, sorang dok mabuk-mabuk.perfect.hehehe.

bulan 7 next year genap 10 orang cucu mak abah aku. bleh sewa coaster pegi bercuti.huhuhu ~

ok.tak larat dah..tak larat dah..nyempat lagi update time keja.sementara masih ada tenaga.

14 November 2011

33 weeks, saya dah tak larat

minggu ni genap 33 minggu. tapi saya dah tak larat. batuk-batuk. cepat sangat letih. malam tadi boring tahap gaban sebab hubby keja.dok la sorang-sorang. terasa rajin sikit nak basuh baju-baju baby. rasa macam nak start packing dah. rasa macam nak terberanak awal ja.

penuh bergantungan baju-baju baby kat ampaian. mesti orang ingat aku dah beranak.hehehe. walaupun tak larat dan letih lepas balik kerja, aku still ironkan uniform hubby and masak nasik. kesian pulak tengok hubby terkial-kial iron baju sendiri sampai sejam padahal sepasang ja pun. kesian tengok hubby makan kat kedai yang pastinya tak berapa nak kena dengan selera dan banyak ajinamoto. senang hati bila ada suami yang tak memilih makan. satu lauk pun dh cukup untuk buat dia tambah nasik 2,3kali.

kerja kat office pun hampir siap. rasanya diorang tak kan bagi projek yang berat-berat dah kot sebab 27 disember aku dah start cuti. documentation semua aku dah siap molek-molek dah supaya kalau tiba-tiba aku cuti, orang lain boleh amik alih kerja dengan senang.

mak ada tuliskan doa kat kertas, suruh bawak pergi mana-mana, baca selalu. untuk mudahkan bersalin dan pelihara kandungan. kalo ikutkan macam awal pulak aku standby. tapi banyak sangat dengar cita orang terberanak awal nih. takut plak. tak apa lah prepare awal-awal kan.hehehe. kakak aku suruh standby sepasang baju baby dan pampers dalam handbeg. in case kalo sakit time aku kat luar,terus pergi hospital. tak sempat bawak beg bagai.

weekend haritu balik sg petani. syiok bangat.


dan dapat main dengan budak ini. sudah besar dan suka senyum-senyum. zara aisya.

24 October 2011

30 weeks, aku dah tak larat nak jalan lama-lama woii...

baru masuk 30 minggu. so 10weeks to go. aku dah tak larat nak jalan. bersemangat la nak shopping cmna pun. baru berjalan 15-20minit, kaki dah sakit tak hengat lah. serius sakit betul. rasa macam berat naik tiba-tiba naik 20 kg sekelip mata. jadi, aku mengambil keputusan untuk membeli semua barang-barang baby secepat mungkin. sebelum nak jalan pun dah tak mampu kan.harap-harap aku tak perlu amik cuti bersalin awal. sayang cuti.dah la dapat 60hari ja swasta.

buat masa ni persiapan dah 70%. total loss diluar jangkaan.ngehehe. tak sangka banyak jugak kuar fulus untuk barang baby. walaupun aku dah habis berjimat. beli yang betul-betul perlu. yang mana yang boleh guna semula barang baby kakak aku, semua aku rembat. lagipun baby cepat besar. pakai kejap-kejap ja kan.tapi hubby cakap, takpalah.untuk baby sendiri.

berat aku this week dah 52kg. minggu lepas 51kg. seminggu naik 1kg. sungguh memberangsangkan. hingga menyebabkan aku kena pi klinik tiap-tiap minggu okeh. tu tak termasuk monthly checkup lagik. so sebulan aku p klinik 4,5 kali la jugak. letih weh...takat timbang berat, amik tekanan darah tu aku tak kisah sangat.tapi nak kena amik urine tu sangat la penat.paham-paham la kan toilet cangkung.dengan perot boyot.penat..penat..

kalau keluar sopping, balik terus terbungkang.serius letih. tapi kaki tak bengkak pulak.alhamdulillah la kan.kalau tak, nak solat pun susah. baby pun tak meragam time-time aku tidur. kira baby cuma berjoget selain waktu aku tidur la. tapi kalau dia berjoget time aku tidur pun, ntah aku pun tak sedar kot. sebab letih, tidur mati.hehehe.

nantilah uploadkan gambar barang-barang yang dah beli. lepas beli terus letak dalam stor.hujung bulan doblas baru nak susun elok-elok.packing-packing beg untuk pergi hospital.

20 October 2011

Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Baru dapat email ni lepas lunch tadi. kesahihannya tidak diketahui. tapi macam boleh percaya.


aku terus copy paste tanpa apa-apa penambahan.






Hi
Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?


Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.


Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?


Jom kita baca...


"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...


Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.


HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,


Sila jangan tolong..ASAL?


PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...


Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.


Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?


Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.


Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,


die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..


Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...


Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !


JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...


Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...


Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.


Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~


So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.


begitulah kisahnya...no wonder kita nampak semua orang buat bodo ja dalam rakaman cctv tuh. kalau betul la macam ni, apa nak buat. itu undang-undang yang diorang sendiri buat. budak tu pun dah meninggal. itu lebih baik dari dia hidup dan menderita.kalau dari sudut kemanusiaan, memang tak boleh terima la. so, lepas ni kalau nak bercuti ke china tu, berhati-hatilah. kang pegi tak balik-balik. susah pun bukan ada orang tolong. apa punya bangang la undang-undang. takutnya dunia sekarang ni...aarrggggghhhhh!!!

12 October 2011

Murder of Junko Furuta, the girl who went through 44 days of torture

Share dari facebook. dan godek dari google dan wikipedia.






DAY 1: November 22, 1988: Kidnapped
Kept captive in house, and posed as one of boy’s girlfriend
Raped (over 400 times in total)
Forced to call her parents and tell them she had run away
Starved and malnutritioned
Fed cockroaches to eat and urine to drink
Forced to masturbate
Forced to strip in front of others
Burned with cigarette lighters
Foreign objects inserted into her vagina/anus

DAY 11: December 1, 1988: Severely beat up countless times
Face held against concrete ground and jumped on
Hands tied to ceiling and body used as a punching bag
Nose filled with so much blood that she can only breath through her mouth
Dumbbells dropped onto her stomach
Vomited when tried to drink water (her stomach couldn’t accept it)
Tried to escape and punished by cigarette burning on arms
Flammable liquid poured on her feet and legs, then lit on fire
Bottle inserted into her anus, causing injury

DAY 20: December10, 1989: Unable to walk properly due to severe leg burns
Beat with bamboo sticks
Fireworks inserted into anus and lit
Hands smashed by weights and fingernails cracked
Beaten with golf club
Cigarettes inserted into vagina
Beaten with iron rods repeatedly
Winter; forced outside to sleep in balcony
Skewers of grilled chicken inserted into her vagina and anus, causing bleeding

DAY 30: Hot wax dripped onto face
Eyelids burned by cigarette lighter
Stabbed with sewing needles in chest area
Left nipple cut and destroyed with pliers
Hot light bulb inserted into her vagina
Heavy bleeding from vagina due to scissors insertion
Unable to urinate properly
Injuries were so severe that it took over an hour for her to crawl downstairs and use the bathroom
Eardrums severely damaged
Extreme reduced brain size

DAY 40: Begged her torturers to “kill her and get it over with”

January 1, 1989: Junko greets the New Years Day alone
Body mutilated
Unable to move from the ground

DAY 44: January 4, 1989: The four boys beat her mutilated body with an iron barbell, using a loss at the game of Mah-jongg as a pretext. She is profusely bleeding from her mouth and nose. They put a candle’s flame to her face and eyes.

Then, lighter fluid was poured onto her legs, arms, face and stomach, and then lit on fire. This final torture lasted for a time of two hours.

Junko Furuta died later that day, in pain and alone. Nothing could compare 44 days of suffering she had to go through.

When her mother heard the news and details of what had happened to her daughter, she fainted. She had to undergo a psychiatric outpatient treatment . Imagine her endless pain.


Additional info from Wikipedia :


The four boys claimed that they were not aware of how badly injured she was, and that they believed she had been malingering.


On January 5, the killers hid her corpse in a 55-gallon drum filled with concrete; the perpetrators disposed the drum in a tract of reclaimed land in Kōtō, Tokyo


The boys were arrested and tried as adults; but, because of Japanese handling of crimes committed by juveniles, their identities were concealed by the court. However, a weekly magazine Shūkan Bunshun reported their real names, claiming that "human rights aren't needed for brutes."[5] Furuta's real name and details about her personal life were reported exhaustively in the media. Kamisaku was judged as a sub leader, at least according to the official trial.


The four boys pled guilty to a reduced charge of "committing bodily injury that resulted in death", rather than murder. Boy A's parents sold their house for approximately 50 million yen and paid this as compensation to Furuta's family.


For his participation in the crime, Kamisaku served eight years in a juvenile prison before he was released, in August 1999. In July 2004, he was arrested for assaulting an acquaintance, whom he believed to be luring a girlfriend away from him, and allegedly bragged about his earlier infamy.[1] Kamisaku was sentenced to seven years in prison for the beating.


Junko's parents were dismayed by the sentences received by their daughter's killers, and enjoined a civil suit against the parents of the boy in whose home the crimes were committed. When some of the convictions were overturned on the basis of problematic physical evidence (the semen and pubic hair recovered from the body did not match those of the boys who were arrested), the lawyer handling the civil suit decided there was no case to be made and refused to represent them further.


In July 1990 a lower court sentenced the leader to seventeen years in prison. The court sentenced one accomplice to a four to six year term, one accomplice to a three to four year term, and another accomplice to an indefinite five to ten year term. The leader and the first two of the three appealed their rulings. The higher court gave more severe sentences to the three appealing parties. The presiding judge, Ryūji Yanase, said that the court did so because of the nature of the crime, the effect on the victim's family, and the effects of the crime on society. The leader received a twenty year sentence, the second highest possible sentence after life imprisonment. Of the two appealing accomplices, the one that originally got four to six years received a five to nine year term. The other accomplice had his sentence upgraded to a five to seven year term.





Another murder story :

Murder of Pai Hsiao-yen
Hello Kitty Murder


Tapi dari pembacaan, Junko Furuta punya story lagi tragis. di luar kewarasan manusia. tak boleh bayangkan penderitaan yang dia tanggung. sampai merayu suruh dibunuh. bayangkan perasaan ibu dia, family dia. Undang-undang setakat boleh penjarakan ja. kalau penjara, bukan menderita pun. cukup masa, keluar, bebas. aku rasa la, kalau pembunuh tu bawah umur pun, patut jatuhkan hukuman macam biasa. peduli apa bawah umur ka dak ka. yang pasti dia membunuh.

macam kat negara kita, kes Nurin Jazlin dulu tu. tak selesai pun. pembunuh dia ntah sekarang tengah shopping-shopping. tak pun tengah cari mangsa baru.

Sedih betul. mintak jauhkan la dari terjadi kepada orang yang kita sayang, atau diri kita sendiri. manusia sekarang makin lama makin gila. tak boleh percaya. tak boleh nak jangka. tengok orang tua terketar-ketar pakai tongkat pun boleh rogol cucu sendiri. bapa rogol anak. bunuh anak.

Semoga Allah melindungi kita semua.AMIN..

05 October 2011

Darjat seorang isteri

by: Jannati Baiti

1. Isteri SiddiqinIsteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri MuqarrobinIsteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri SolehinIsteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri FasikIsteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..
Isteri yang mana satukah anda?

04 October 2011

Musim buang bayi tiba kembali

yup.musim buang bayi dah kembali ye kawan-kawan. ni hasil dari new year dan valentine awal tahun haritu. kalau kira-kira, cukup la 8 or 9 bulan. so, lahirlah bayi-bayi tak berdosa hasil hubungan zina. lalu dicampakkan lah bayi-bayi ini dimerata-rata. bertambah kejam lagi, dibunuh bayi-bayi itu sebelum dibuang.

yang hairannya, tak kira la macamana dan kat mana pun dia buang mayat bayi tu, mesti terbongkar jugak. tu lah, Tuhan nak tunjuk. sedih betul tengok. bayi dah cukup sifat, baru nak tengok dunia.

yang paling latest, yang kes campak baby dari atas flat tu. subhanallah..apa la yang perempuan tu pikir masa campak. kalau sebelum dia campak tu baby tu masih hidup, masyaAllah. kerasnya hati dia.

ada sorang perempuan dalam facebook aku, asyik membela pompuan yang campakkan bayi tu. katanya, kenapa asyik nak salahkan ibu tu saja.ibu tu tertekan, panik, sebab tu dia campak.

tak faham aku. abis tu nak salahkan sapa lagi?? siapa yang mulakan? memang la si lelaki pun bersalah, tapi kalau yang si pompuan tak menyerah, tak kan jadi pulak kan?

kata perempuan dalam facebook tu lagi, mana nak tau kalau si ibu kejam tu tadi dirogol. aku rasa kebanyakan yang buang bayi ni bukan kena rogol pon. tapi lebih kepada MEMBIARKAN diri di 'rogol'. aku pun paham la jugak, orang lepas beranak ni emosi tak stabil. pikiran bercelaru,keliru. tapi takkan sampai tak ada perasaan langsung. bila dari mula dah silap, dah terlambat, macam ni la jadi.

kalau aku la, aku bawak ibu kejam (layak ka digelar ibu?) ni pegi kat bilik mayat, suruh dia tengok bayi yang dia buang tu 5,6jam. nak tengok macamana. kalau ikut sebelum-sebelum ni, pompuan yang kena tangkap sebab kes buang bayi, tengok muka slamber ja.buat muka macam tak bersalah ja pun. ntah berapa kali dia buang bayi tak tau la.

tunggu la lepas ni, mesti ada lagi kes buang bayi. macam tahun-tahun sebelum ni. macam dah jadi event tahunan pulak. walaupun bayi-bayi tu anak luar nikah, tapi yang bersalahnya ibu bapak dia. kalau tak mau sangat, bagi ja kat orang.kalau malu, tinggalkan ja kat tempat-tempat yang selamat dan pasti orang jumpa. jangan main campak ja.

kepada couple-couple kat luar sana, tolonglah. tolong jauhkan diri dari benda-benda tak elok. mula-mula ringan-ringan. lepas tu habis la. tak payah nak buktikan cinta la apa la. cinta kat Allah tak mau pulak nak buktikan.

kalau jalan tepi pantai depan Queensbay, merenyut-renyut ulat bulu dok menggatai. berpeluk, bercium, meraba-raba depan orang ramai. kalau bangsa lain tak pa.ni MELAYU ISLAM. tak tau malu langsung. boleh beza la pasangan yang dah kawin dengan yang couple.kalo yang couple mesti duduk berkepit-kepit.kalo boleh nak kongsi satu baju, satu seluar dalam. tapi kalo pasangan dah kawin, duduk mesti ada jarak sikit.

semoga Allah selamatkan la kita semua. takut bila hanya segelintir yang buat, Tuhan turun bala habis semua. semoga Allah pelihara kita semua. AMIN....

03 October 2011

Saman!!!!

Surat saman sudah sampai. terima kasih encik polisi.

haih.nasib badan. time aku park illegal ja mesti polis ronda, time aku park elok-elok, orang lain park illegal, polis tak pulak meronda. haihhhh....

terbang 100 hinggit sia-sia. bahana malas parking belakang yang legal tapi jauh nak mampos. dari belakang nak jalan sampai ke meja opis, kalau kira-kira total 2km kot. mau cramp kaki. kejang bontot. paling hangin bila parking depan sepatutnya ada, tapi oleh sebab ada manusia yang tak berhati perut dan tak dak kesedaran sivik, amik space parking 2 untuk letak satu kereta.

geram sampa ketaq-ketaq tangan ni rasa nak amik batu dan lukis cantik-cantik kat body kereta depa. tapi tu dalam pikiran ja la kan. nak buat tak berani. huhuhu.

arrgghhh...saman..saman..sapa nak tolong bayar nih..diskaun pun dah tak dak.

** minggu ni paling sakit kepala. pagi tadi checkup, kena pi seminggu sekali.akibat dari berat yang naik mendadak.lepas lunch jumpa agent public mutual amik buku untuk revision.ingat sebiji dua ja. tengok-tengok satu beg! muntah hijau la aku study. rabu ni ada kelas kat pulau tikus.sabtu ni ada exam. arrgghhhhhh!!!!

29 September 2011

Alamak tertengok ending cita HUI JIA DE YOU HUO pulak

ada entry sebelum-sebelum ni aku cakap pasal cita cina kat TV2 tu. HUI JIA DE YOU HUO or The Temptation To Go Home.hehehehe.

dok godek-godek youtube cari OST cita tu, tapi terjumpa pulak cita dia dari episod mula sampai habis.tapi gatal tangan pi tekan tengok ending.so dah tau dah la ending camna.

kalau siapa-siapa yang minat jugak dengan OST drama ni, tajuk lagu yang masa starting drama tu ialah Can't Forgive. kalau versi Chinese nyanyian Lujia Lu dan kalau versi Korea nyanyian Cha Soo Kyung.

klik sini >>> Chinese/Mandarin version
klik sini >>> Korean version

tapi dalam youtube tak ada subtitle. so aku pandai-pandai la teka sendiri apa dia cakap. ending dia gabungan sad dan happy ending.hehehe.tak kira, nak story jugak sikit.hehehe.

Last sekali, Ai Li dan Shi Xian mati. Pin Ru kahwin dengan Wen Yuan. Abang Ping Ru kahwin dengan Bao Lian (kakak Shi Xian). Shan Shan yang sebenarnya tak mati lagi. dan they lived happily ever after..begitulah.

tapi masih tak tau apa terjadi diantara tu. so masih perlu tunggu tiap hari depan TV2, pukul 6 sampai 7.

menjadikan aku pun ber-temptation to go home to watch the drama. sekian.

27 September 2011

Misi mencari barang baby bermula ~ weeee...

Weekend haritu balik kampung Perlis. oleh sebab bajet nak start beli barang baby sikit-sikit bulan ni.so bermula la sudah misi itu. nampaknya ada orang terlebih excited.pantang masuk kedai barang baby,kalau boleh semua barang dia nak beli.bukan nak reti compare harga.main redah ja.siapa lagi kalo bukan bapaknya si baby.

owhh..lupa..nak ucap tahniah kepada suamiku yang dicintai. TAHNIAH sebab telah bertambah lagi satu calit di lengan. alhamdulillah..rezeki anak. semoga lepas ni kerja lagi rajin, kumpul duit banyak-banyak.mana tau bleh beli kereta idaman kalbu. dapat duduk rumah atas tanah.hehehehe. i lap u lah!

ok.sambung balik.balik kampung.pergi butik anakku nak cuci mata.tapi terbeli beg baby satu.pastu tambah lagi 10hinggit dapat beg mummy satu.terbekenan botol susu anakku dan terbeli satu.

pastu pegi jalan-jalan kat The Store (pasaraya terhebat di Perlis..harharhar =P). jalan-jalan kat bahagian baby.hubby sibuk nak beli bedak ada promotion.so belilah.bedak, shower foam,shampoo. beli tuala sehelai.

done. tak banyak pun.tapi duit kuar cam hapa lagi. tapi serius seronok bila jalan-jalan tengok barang baby, shopping barang baby.

keesokkannya pergi padang besar. cari tilam kekabu baby. satu set RM50 sahaja. without sarung la.kira murah la tu. tilam saiz besar.muat la nak letak dalam baby cot.tapi tak beli lagi.sebab tak sempat nak ushar dengan lebih mendalam lagi.hehehe. sarung tilam dan bantal ingat nak jahit sendiri ja. boleh pilih corak yang suka kan. oleh sebab tak tau baby girl or boy. so beli tilam gondol la dulu nanti.

nanti balik perlis lagi sekali baru nak beli tilam. dan cari bakul. nak pergi seberang terus. Thailand...kong krap..kong krap..

ok.bye.

19 September 2011

When you're married,you will love your MOTHER in a very different way

bila dah kahwin...

kasih sayang pada mak dan abah terasa lain.bukan sebab berbelah bagi antara sayangkan suami dengan sayangkan mak dan abah. tapi kasih sayang tu lebih mendalam sebab kita dah faham dan alami kehidupan mak dan abah sudah dan sedang lalui iaitu alam perkahwinan.

bagaimana rasa menguruskan rumahtangga.menguruskan suami. membasuh, mengelap, mencuci, mengemas, memasak dan macam-macam. rasa puas bila dapat buat semua tu dengan hati ikhlas demi orang yang kita sayang.

bila tiap masa suami berkata,

"ayang, mana stokin"
"ayang, mana tshirt biru/hijau/belang..."
"ayang, abang nak makan bihun goreng"
"ayang, tolong gosokkan baju"
"ayang, tolong pasangkan butang baju melayu"
"ayang, tolong urutkan kepala"
ayang mana nu...ayang mana ni...ayang mana tu..

nah..sekarang ganti tempat mak.dulu kalau cari apa-apa mesti nak tanya mak.dari sekecik-kecik benda mesti nak tanya mak.jadi, kalau jadi isteri dan ibu, wajib tahu kedudukan semua benda ye. rajin-rajin la mengemas rumah supaya anda tahu dan ingat kedudukan barang-barang.betul tak?hehehe.

sekarang baru faham perasaan mak.macamana mak rasa bila anak-anak asyik tanya itu ini.sendiri guna barang,sendiri tak ingat.lepas tu tanya mak.walaupun mak tak tahu, tapi mak tetap tolong carikan.mak akan terus cari walaupun masa tu tuan punya barang dah berhenti mencari. mak sanggup punggah barang-barang lain semata-mata nak cari barang yang kita cari. kemudian, dapat tahu rupa-rupanya barang yang kita cari ada dalam simpanan kita.apa mak rasa?

mak tak rasa marah atau kecik hati pun.tapi mak rasa lega sebab anak mak dah jumpa barang yang dia cari.walaupun mak akan penat sebab mencari dan kena simpan balik barang yang dipunggah.

jadi, aku berikrar nak jadi isteri dan ibu macam mak. sabar dan sabar.siapa-siapa pun yang bergelar isteri mesti nak jadi yang terbaik untuk suami dan keluarga.walaupun tak sempurna, tetapi tetap menyenangkan hati suami. yang lebih banyak memberi dari menerima.

sekarang aku rasa lebih sayang dan menghargai segala yang mak dah buat.bukannya dulu tak hargai tapi sekarang lebih sayang dan hargai.

bila dah berkahwin, mesti bersedia untuk macam-macam. bersedia untuk mencari barang, bersedia untuk bangun awal pagi siapkan suami dan anak-anak, bersedia untuk uruskan rumahtangga walaupun kepenatan dan tidak sihat.kalau bangun lambat atau tertidur pada waktu-waktu yang tidak sesuai, bila bangun mesti rasa bersalah dah useless.sebab masa tidur itu sepatutnya di isi dengan buat apa-apa untuk rumahtangga.bukan nak memaksa dan menyeksa diri. tapi perasaan itu datang sendiri.

adakah aku sorang ja yang ada perasaan macam ni?hehehehe.

12 September 2011

24 weeks ultrasound image

Hari sabtu pagi pergi scan dengan harapan dapat tau la gender sebab dah tak tahan la sangat nak start beli barang baby buang seketul dua. aku heran betoi la kenapa doktor tu pulun nak fokus kat muka baby.dia tak berusaha sangat pun nak find out gender baby.nampak la dua-dua kaki dok kepit.katanya tak nampak telur dua ketul pun.mungkin baby girl,maybe jugak boy. sebab ada setengah baby boy dia punya genital lambat develop. tapi kalau 6bulan suppose dah nampak jelas. tak bleh jadi ni.aku kena pi scan kat klinik berbayar nih. time scan, baby aktif tak ingat. kena pulak time scan tu dalam pukul 11 pagi. memang time dia berjaga la tu. dengan mulut berkumat kamit. berzikir kot..alhamdulillah..dalam perut lagi anak aku dah berzikir. hehehehe.


ini gambar time 19 weeks. kurus-kurus lagi. yang kat atas kepala dia tu uri. time ni makan ubat klinik kesihatan bagi. lepas 19 weeks ni baru start makan Obimin. sebab just makan satu tablet berbanding 4,5 tablet ubat hospital. lepas makan obimin memang terasa baby sangat aktif.


ni gambar time 24 weeks. dah chubby-chubby dah. muka facing sebelah kiri yer. cuba la teka mana idung, mata, mulut dan telinga.hehehe. masa dengar bunyi jantung tu, doktor cakap aktif ni.cergas.tengok graph dengupan jantung dia pun kuat. alhamdulillah la semua sihat. berat pun ok.

terlupa pulak nak timbang berat aku. pastu malam tadi pergi jalan-jalan kat BJ, try timbang berat yang penimbang 20sen tu. syok gila ah..berat aku dah naik banyak. 47.5kg.hohoho..maybe ada orang akan kata berat 47.5 masa kandungan 6 bulan tu kira sikit.tapi oleh sebab aku start pun dengan underweight. 40kg ja weh time mula pregnant rtu..so 47.5kg tu kira sangat memberangsangkan la. happy gila lah.hehehe.

sekarang memang selalu minum air soya. dengan harapan anak putih gebu la kan.ngehehe..insyaAllah..sambil minum tu niat-niat la, semoga anak sihat, cerdik, cantik dan tak kena kuning. ada orang suggest suruh amalkan makan sengkuang cina untuk elak kuning. tapi dok cari tak jumpa-jumpa lagi. aku sengkuang-sengkuang ni tak berapa lalu sangat. tapi demi baby, makan jelah kan.

tiap-tiap malam sebelum tidur, usap-usap perut dan cakap dengan baby

"keluar nanti baby jangan buas-buas tau , duduk diam-diam, dengar cakap ibu ayah, belajar pandai-pandai, jadi anak soleh/solehah, taat pada Allah, taat pada ibu ayah" 

baby dalam perut boleh dengar suara ibu. kalau diulang-ulang perkataan yang baik, insyaAllah melekat dalam minda dan hati anak. lebih jelas lagi kalau si ayah yang bercakap dengan baby dalam perut. sebab menurut kajian, tone suara si ayah lebih jelas didengar oleh baby dalam perut. so ayah pun main peranan sama-sama didik anak dari dalam kandungan.

ok.bai..bai..

09 September 2011

Nilai hantaran terkini ~ sumber tak diketahui =P


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000


SPM : RM3,000-RM8,000


STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000


DEGREE : RM12,000-RM15,000


...

PHD : RM20,000-RM30,000

 
alamak..dah terlepas la cam gitu...ni kalo before kawin sambung belajar sampai PHD, duit hantaran bleh buat bayar muka umah nih.fuh..hahaha..tapi silap-silap tak kawin sampai tua.sapa berani masuk sampai rm30,000 melainkan datuk-datuk kaya ja.dan tua....weeee...
sentiasa ingat, ramai pompuan masuk u dan mengaji tinggi-tinggi..tapi orang sekarang kan dah open minded. even gaji wife lebih tinggi dari suami pun masih boleh hidup bersama.yang penting tolak ansur, kerjasama dan sentiasa hormati suami walau sehebat mana pun diri kita.
ok.bye.selamat beramal. ^_^

08 September 2011

Kaki kembang-kembang sudah...punca dan tips

baru 6 bulan kaki dah bengkak-bengkak nih. kakak aku haritu pun masuk 6 bulan kaki dah start bengkak-bengkak. mak aku pun naik heran sebab apsal kami bengkak kaki awal sangat. dah macam belon. nak jalan pun sakit.berdiri 5 minit mula la rasa sakit sampai ke betis nih.siksa betul la.

nasib baik la keja kat opis duduk ja atas kerusi. balik umah time memasak memang kejap-kejap cari kerusi. sebelum tidur suruh hubby tolong urutkan la. sampai la tertido..sedap la sikit nak tido.kalo tak mau asyik terjaga sepanjang malam. satu badan rasa tak selesa. mengiring tak kena.menelentang pun tak kena jugak.

try godek-godek kat google pasal kaki bengkak ni masa hamil ni.rupanya kalo sebab utama kaki bengkak ialah duduk terlalu lama.no wonder lah kaki aku bengkak awal sangat.sepanjang hari asyik duduk ja. siap silang kaki duduk bersila atas kerusi lagi.

nama saintifik bengkak kaki ni ialah edema. normally terjadi masa trimester ketiga. tapi aku masih dalam trimester kedua nih.

tips nak kurangkan bengkak kaki :
~ jangan duduk atau baring terlalu lama
~ tidur mengiring ke kiri untuk kurangkan tekanan saraf, sebab saraf terbesar terletak kat sebelah kanan
~ tinggikan kedudukan kaki semasa tidur
~ rendam kaki dalam air sejuk
~ jangan menyilang kaki semasa duduk
~ selalu regangkan kaki, pergelangan kaki dan jari-jari kaki
~ minum air secukupnya
~ pakai kasut dan stokin yang selesa
~ kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas
~ guna penyokong perut untuk kurangkan tekanan
~ amalkan senaman untuk wanita hamil


ok? aduh...bye-bye ~

24 August 2011

There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly!

kenapa semua nak wordless wednesday?? aku tiap-tiap hari wordless.buat kerja duduk depan pc pukul 8 sampai pukul 5. tambah-tambah bulan puasa ni lagi la wordless, malas bercakap.kurang la dosa tersilap cakap,mengumpat semua tu kan.hehehe. hari ni nak kongsi video ni. tak mau cakap apa-apa.sila tengok.


T_T


23 August 2011

Mana MAK? ~ sila baca, serius sedih dan menginsafkan

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Welcoming my new niece on 21 Ramadhan

Alhamdulillah, kakak aku selamat melahirkan baby sulung hari ahad lepas.baby girl yang sangat comel. tak tau lagi nama apa. berat 2.8kg. ada lesung pipit lagik. mata memang tak bleh elak la.sepet.


tak sabar nak balik kampung.syok kalau rumah ada budak-budak ni. tambah-tambah baby yang kecik-kecik. bertambah la lagi sorang cucu mak dan abah aku. hadiah hari raya. awal tahun depan tambah lagi satu.meriah.hehehe.

semoga baby aku nanti pun secomel dan sesihat ni jugak.amin...

18 August 2011

Berkenannya tengok baju raya kat Jusco..isk..isk..

Hari tu pergi Jusco Perda, pastu pergi pulak Jusco Queensbay. berkenan betul la dengan baju raya dia tahun ni. saiz pun memang saiz aku. tapi masalahnya sekarang saiz aku dah lebih sikit dari dulu. kalau beli pun bukan bleh pakai raya ni. perut ni nak sumbat celah mana. mana muat.isk..isk..sedih betul ah. serius berkenan. baju kebaya dia comel-comel sangat. kalau beli pakai lepas beranak boleh la kot. tapi buang karan ja beli sekarang pastu simpan sampai lepas beranak. sebab tak tau lagi lepas beranak saiz aku camna kan.

weekend lepas jalan-jalan kat mydin. saja belek-belek baju raya mydin. boleh tahan cun kalau pandai pilih. ended up terbeli sepasang baju kurung moden. muat la nak pakai time sekarang dan time lepas beranak. boleh la kan. so setakat ni baju raya cuma 2 pasang. jubah dan baju kurung mydin. hehehe. aku murah-murah ni tak kisah sangat. asal selesa. lagipun aku memang jarang pakai baju kurung.

jeles pulak tengok orang shopping baju raya, tudung raya. borong sakan. aku tak bleh la nak lebih-lebih sangat tahun ni. banyak kena save ni. lagipun pagi raya pertama hubby baru habis shift. aku balik kampung dulu. tak bleh la nak pergi semayang sama-sama.

tapi tak pa, tahun depan beraya bertiga. lagi best. yuhuuu...bleh shopping baju raya untuk baby. rasa lebih bermakna ada orang baru.hehehe..

ha, jangan lupa pegi bank tukar duit. dah list down dah anak sedara semua. mau beratus-ratus jugak kena tukar duit nih. better pegi tukar awal. nanti tak sempat. sampul free sikit je dapat tahun ni. kena beli jugak la nampaknya.

bonus raya? harem ler company aku nak bagi..semua cha ya nun alif.gaji pun masuk sehari dua sebelum raya.kejam!!!


17 August 2011

Nurse nak datang check kat rumah???

016***** : helo, boleh cakap dengan puan husna?

aku : ya saya bercakap ni.

016***** : ni nurse ni. sekarang ada kat mana?

aku : hah?? saya kat pekan.

016***** : Ooo, tak ada kat umah la ni. ni saya nak pi check husna kat umah ni. husna ada astma kan?

aku : haah. tapi bukan on med dah. dah lama dah.

016***** : bulan ni tak buat check up lagi kan?

aku : next week baru buat. kenapa eh?

016***** : saya ingat nak pi check husna kat rumah. tapi tak palah. next week mai klinik na.

aku : ok.

naik heran aku. dah la call pakai nombor handphonw. aku ingat nurse mai check kat umah kalau dah beranak ja. adakah sebab aku astma? tapi rasanya dah banyak kali bagitau aku bukan on med dah. last astma pun time form5. heran..heran..semangat nurse tu nak mai check sampai umah. tapi dengar suara memang aku kenal nurse mana yang call tu. nurse tu la yang check aku masa first time pegi klinik kesihatan dulu. terkejut badak gak la. cara dia cakap macam emergency ja. padahal aku rasa sihat ja.hehehe.

tadi pukul 12 keluar opis ingat nak pegi print out penyata KWSP, lupa plak hari ni bank semua tutup, Nuzul Quran. hadoih...tertangguh lagi. napa la letak kiosk tu kat dalam. letak jelah sekali dengan mesin atm.menyusahkan betul la.dah la hari ni cuaca panas tak hengat. masuk sunshine beli barang, cashier silap kira barang dah satu hal, orang ramai macam semut, dengan parents yang tak reti public parenting satu.pening kepala aih.


Menu 16 ramadhan : Daging dendeng

Salam 17 ramadhan semua. hari ni sakit perut. pagi-pagi lagi dah rasa tak larat sangat. tengahari japgi nak pegi kiosk kwsp nak print out salinan penyata kwsp plak. malas tapi terpaksa.hoish..

semalam berbuka sorang-sorang sebab hubby kerja petang sampai malam. buat lagi cucur udang sebab memang suka sangat cucur udang yang buat sendiri dari yang beli kat bazar.rasa puas bila makan. semalam jugak buat daging dendeng. so harini nak bagi resepi daging dendeng yang sangat la mudah tapi sedap.

Daging dendeng
Bahan-bahan:
daging
bawang besar
bawang putih
halia
cili kering
cuka
garam dan gula

Cara-cara:
1. rebus semua bahan
2. keluarkan cili, bawang besar, bawang putih dan halia.tumbuk semua.daging rebus sampai empuk.
3. keluarkan daging, potong nipis-nipis dan goreng sampai garing.
4. tumis bahan yang ditumbuk tadi.
5. masukkan satu sudu cuka, garam dan gula.
6. masukkan daging dan hirisan bawang.SIAP.

itu saja menu semalam. balance gulai ikan talang masin perangat. hehehe.sengaja aku buat lebih gulai tu.

untuk menu harini 17 ramadhan, ingat nak buat ikan kembung berlada stail minang dan sup ayam. semua resepi-resepi ni aku cedok dari website ja nih. cari yang mana mudah dan cepat. rasa macam nak buat puding roti kukus jugak. tapi loyang dan butter tak beli lagi. kalau jadi buat petang ni, esok post resepi.hehehe. buat puding roti kukus sebab rumah tak ada oven.isk..isk..so kukus jelah senang.puding pun tak kering.moist moist gitu.

ok.bye.sambung buat kerja.

16 August 2011

Menu 15 ramadhan : gulai ikan talang masin + cucur udang kuah kacang

hari ke15 puasa baru insaf nak masak kat umah.sebelum ni asyik menyinggah bazar.weekend lepas pergi beli segala ikan,ayam, udang,sotong untuk stok nak masak sepanjang minggu ni. so semalam start masak.agak kalut jugak sebab balik kerja sampai rumah dah pukul6.terus letak nasik dan start masak.

menu 15 ramadhan : Gulai ikan talang masin dan cucur udang kuah kacang.nyam nyam.aku buat yang senang jalah.yang complicated nanti tak sempat plak.kang tak berbuka laki aku. ni saja nak kongsi resepi Gulai ikan talang masin utara dan cucur udang marveles.hehehe.

Gulai ikan talang masin
Bahan-bahan :
3,4 ketul ikan talang masin (bertulang lagi sedap)
kentang
karot
terung
daun kari
serbuk kari ikan
sedikit halba
cili kering
santan
bawang merah dan putih

Cara-cara :
1. tumis bawang merah, putih dan sedikit halba.
2. masukkan bancuhan kari ikan, tumis sampai pecah minyak
3. masukkan karot, kentang, terung dan ikan masin.kemudian masukkan santan.
4. masukkan air kalau terlalu pekat. biar mendidih.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa
6. tumis bawang merah, daun kari dan cabai kering (potong2) berasingan.
7. tuang tumisan dalam gulai.

Cucur udang
1. Gaul tepung gandum, udang, daun kuchai, taugeh, bawang merah, sedikit air kapur (supaya rangup), gula, garam, sedikit serbuk kunyit (untuk warna jer).
2. Bila goreng leper-leperkan.supaya lebih rangup.jangan leper macam lempeng plak.

Kuah kacang
1. Goreng kacang, buang kulit dan kisar sederhana hancur.
2. Goreng cili kering (kejap jer) dan kisarkan.
3. Campur kacang dan cili yang dikisar tadi. masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam. kacau.
4. Tak perlu masak sebab kacang dan cili dah masak sebelum kisar.tapi kalau nak kuah sedikit berminyak boleh jugak tumis dulu kuah tu.


menu 16 ramadhan, ingat nak buat daging dendeng ja. makan dengan nasik putih panas-panas.dah menyengat. tak payah susah-susah buat banyak mata. ngeee...^_^