04 January 2011

Ke-malang-an

Selamat Tahun Baru ! Bawa baki azam tahun lepas ke depan ye kawan-kawan (rasa macam tahun lepas tak ada azam apa pun,sungguh tak berwawasan!). okeh.entry tahun baru tak ada beza apa pun.cuma nak cerita pasal seorang sahabat kepada sahabat saya.

beliau berumur 25tahun.lelaki. masih muda.kuat.gagah.kacak.dan yang paling penting BELUM BERKAHWIN. ceritanya bermula pada suatu hari, dalam perjalanan menuju ke satu tempat.menunggang motorsikal.bersama seorang temannya.mereka menunggang motorsikal secara berasingan.bermaksud dua motorsikal.

tiba di sebatang jalan, kedua-dua mereka perlu membelok untuk masuk kesimpang lalu memberi signal untuk membelok.jadinya perlu berhenti ditengah-tengan garisan jalan dan menunggu kereta sedikit reda sebelum membelok. tiba-tiba sebuah kereta memotong laju lalu merempuh kedua-dua mereka yang sedang menanti untuk membelok.....

akibatnya? salah seorang dari mereka meninggal ditempat kejadian.manakala sahabat yang saya maksudkan tadi, LUMPUH dari dada hingga hujung kaki.

pemandu yang merempuh mereka merupakan seorang WANITA.ya, perempuan memang kalau memandu kadang2 macam sial sikit.walaupun aku  juga perempuan.itu tak dapat dinafikan. aku tak tau la apa perasaan perempuan tu selepas 'berjaya' membunuh seorang lelaki dan 'memusnahkan' hidup seorang lelaki yang lain. katanya masih dalam proses nak saman. bagi aku, yang terbaik adalah menyuruh perempuan itu menanggung segala perbelanjaan sahabat yang lumpuh ini hingga akhir hayat.

sewaktu melawat sahabat ini dirumahnya, beliau gemar bertanya, "eh kawan A keja apa, kawan B dah kahwin kah?"

tapi bila dijawab, nampak riak wajahnya berubah.terasa.kecil hati sebab sepatutnya beliau juga sedang bekerja, mencari rezeki, berpacaran dan mungkin jugak berkahwin. tapi sayang, mungkin sepanjang hayat beliau terpaksa,terbaring di katil. tetapi perempuan yang melanggar beliau? tak ada kehilangan apa-apa.mungkin sedikit calar dikeretanya.

jadi, moral disini ialah, TOLONG MEMANDU DENGAN AMAT BERHATI-HATI. kalau nyawa sendiri melayang, keluarga kita merana.kalau nyawa orang lain melayang, keluarga mereka merana. tapi kalau nyawa tak melayang, dan terpaksa pula tanggung derita sepanjang hidup.macamana?

kalau kereta dihadapan perlahankan kereta, bermaksud ada sesuatu dihadapan.jadi bersabarlah.tak perlu gopoh nak memotong. kalau rasa nak belok masuk simpang pun tangan terketar-ketar.tak payah la berangan nak memandu laju dan memotong zup zap zip zap.

Sekian ~

No comments: