24 January 2011

Resepi : Baked Mashed Potato

Bahan-bahan:
7-8 biji kentang (saiz kecil)
bawang putih 2 ulas (dikisar)
lada hitam secukup rasa (halus)
lada putih secukup rasa (halus)
garam
susu cair
keju
aluminum foil

Cara membuat :
1. buang kulit kentang
2. rebus kentang, letak sedikit garam.rebus sampai seempuk-empuknya.
3. toskan kentang yang sudah empuk tadi lalu dilenyek-lenyekkan.
4. masukkan susu cair, keju, lada putih, lada hitam dan bawang putih yang telah dikisar tadi.gaul hingga sebati.
5. kemudian letakkan kentang tadi diatas aluminium foil.rata-ratakan sedikit dan balutkan.
6. bakar (atas bara api @ BBQ) atau bakar guna oven dengan suhu rendah dalam 25-30 minit.

SIAP!

aku pun cilok resepi ni dari mana-mana ntah.dah try masa BBQ haritu.konpem jadi.hehehehe.sedap kalau ayam bakar cicah dengan baked mashed potato ni. kopok twisties pon enak juga kalau dicicah dengan potato ni kalau takdak ayam bakar.hehehehe.

No comments: