01 February 2011

Opis sunyi jarum jatuh bunyi macham bom dan 1Feb?

ok.CNY lagi 2,3 hari lagi. opis dah mula rasa makin sejuk.bermakna makin ramai orang takdak sebab cuti.opis aku 90% Chinese.so CNY adalah holiday paling best la kan.

esok adalah Rabu, hari paling best sebab memang ramai gila dah start cuti esok.jadinya esok boleh keluar lunch dan masuk lambat SIKIT dari biasa ye.balik awal?tak tau la.kalau dah opis sunyi tahap orang cube hujung kentut pun boleh dengar, memang aku cabut awal jugak la kan.agak-agak la kalau nak jadi pekerja berhemah, progresif pun.

dan 1Februari...genap umur aku 24tahun.wah.wah.muda lagi aku rupanya.tak lama lagi nak jadi isteri orang dah.tak sangkanya.rasa macam baru semalam dok menggedik dengan kawan-kawan kat soping kompleks.hikhikhik.

dan 1Februari jugak aku officially masuk rumah sewa baru yang BAKAL menjadi tempat berteduh selepas SAH bergelar suami isteri nanti.malam tadi angkut barang.naik tangga.mak aih.nak tergeliat tulang ponggong.rumah tak bersihkan pun lagi.kotor teramat.petang ni akan mulakan misi mencuci kotoran degil.

No comments: