30 April 2011

Hari sabtu yang 'BEST'


Harini oleh sebab cuti, lepas subuh aku krooh krooh balik. malam tadi tidur lewat.dekat pukul 3.buat apa? main PS2 dengan enchek husband.harharhar!

pukul 9 baru bangun. ni la dikatakan isteri mithali nih. breakfast pukul 10. enchek suami celik-celik mata terus main facebook.taik mata pon tak sempat buang. ni lagi sorang hantu facebook. tak boleh berpisah.mau demam dibuatnya. yang aku ni dah nak termuntah tengok facebook. 

pukul11 baru nak basuh baju. lepas tu sapu-sapu sampah sket. pukul12 start masak untuk tengahari pulak.menu harini simple-simple.erm..tapi menu hari-hari lain pun simple jugak.hehehe.nasib baik la enchek husband makan tak memilih.masak la apa pun,asalkan ada air asam.memang minimum 2 pinggan nasik la.walaupun aku masak tak sedap mana pun.huhuhu.harini cuma masak sambal udang, sayur bendi goreng dan air asam ja. untuk dua orang makan, buat apa banyak-banyak kan.

pukul1 makan tengahari. lepastu iron uniform enchek husband, pasang butang bagai.dekat sejam gak la.pukul2.45 enchek husband pergi kerja.

aku? tidur la bebeh.ternak lemak.bagus untuk kesihatan.time-time ni la nak rehat pun.hehehe.sambil rehat main PS2 kejap.main tenet kejap.pastu terus terlena.pastu jaga, buat itu ini.sampai petang.tengok tv sampai mahgrib.mandi semayang semua dan tada..depan lappy ngadap blog.tunggu enchek husband balik kerja pukul9.

best tak weekend aku?best kan?cepat cakap best!!! grrr....husna tolong jangan tipu diri sendiri.arrgghhh...macam nak gila dok rumah harini.nak keluar malas gila.sorang-sorang plak tu.dah macam beruang dok hibernate.tolong..tolong selamatkan aku dan beri 2tiket penerbangan ke bali sekarang!!!

esok pagi-pagi lepas enchek husband pi kerja memang aku pecut balik kampung ah.tak tahan dah.sori la darling,tinggal u sorang-sorang kat sini.hehehehe.

untuk menu malam ni : ikan kembung masak manis + sayur sawi masak air. ni ja yang aku selera nak makan pun.ikan kembung.masak yang ringan-ringan.kalau berminyak sangat nak termuntah.sayur sawi masak air,letak telur.perrghhhh...sampai menjilat mangkuk.napa ntah sedap sungguh sayur sawi yang aku buat ni.hahahaha! (jangan bunuh saya sebab saya bangga diri=P)

nota preggy : sakitnya perut..sujud semayang,pastu bangun ja rasa perit sangat bawah perut ni. esok nak pergi klinik. harap tak ada apa-apa. sayang anak ibu...=)

No comments: