19 April 2011

Pengalaman mengejutkan orang yang liat bangun tidur

anda pernah mengalami situasi ini? atau anda sendiri yang memang liat nak bangun?tak payah nak pura-pura.

saya nak cerita pengalaman saya mengejutkan orang yang liat nak bangun.pengalaman ini berlaku sebelum saya berkahwin lagi.siapa lagi kalau bukan suami saya.

sebelum berkahwin, saya perlu menelefon beliau  berulang kali untuk mengejutkannya bangun.kalau bernasib baik beliau akan bangun 30minit selepas dikejutkan.

selepas berkahwin, rutin itu berterusan.ayat-ayat sepert:

"10 minit lagi"
"2 minit je lagi"
"takpa pegi kerja lambat sebab harini OT je"
"sat-sat.."


ayat-ayat ini begitu common sekali di telinga saya.ya. sudah lali.pada mulanya saya cuba mengejutkan beliau dengan penuh kasih sayang. tapi bila tahap keliatan itu menjadi-jadi dek kelembutan saya itu, maka sekarang saya menegejutkan beliau dengan cara yang lebih ganas. tapi idak ler sampai derhaka pula.

biar pun saya meletakkan jam loceng ditepi telinganya, beliau masih tidak bergerak.sebarang bunyi-bunyian langsung tak memberikan kesan.saya juga ada terfikir mahu menggunakan method kejutan menggunakan bom tangan, tapi bimbang pula anak jiran sebelah terjaga.

begitulah cabaran hidup saya.mengejutkan orang liat bangun tidur. ada apa-apa tips tak?hehehehe.

No comments: