03 May 2011

Dinner @ Radix Cuisine

balik kampung lalu meninggalkan suami terchenta. kesian pulak rasa.tapi kesian lagi kat diri sendiri sebab enchek husband kerja siang malam. dan i pulak duduk sorang-sorang kat rumah.dah enchek husband bagi green light balik kampung, so apa lagi.cabut la.lega dapat balik rumah.rindu mak abah sangat-sangat. asyik dok peluk mak ja. rasa macam nak jadi bujang balik dan tidur bawah ketiak mak sampai bila-bila.bestnya...hehehehe.

ok.cepat-cepat sedarkan diri.dah kahwin.dah berlaki.husna, tolong jadi dewasa dan matang okeh.baik.

nak cita balik kampung, kakak dan abang ipar semua ada.so keluar dinner.mula-mula nak pi RFC.tapi aku menentang sekeras-kerasnya. dah cemuih. makan 2,3 bulan sekali boleh la.KFC pun dah berbulan aku tak pi.tak lalu dah. so aku bagi cadangan pi try makan pulak kat Radix Cuisine. restoran ala-ala cina gitu.




oleh sebab dalam menu semua dalam bahasa inggeris sampai naik pening nak membaca.jadi kami hentam saja pesan. yang mana orang selalu pesan, yang tu lah kami order.antaranya :

- kailan ikan masin
- sotong goreng tepung
- ikan masak sweet sour
- ayam dengan sos lemon
- udang bersalut nestum

presentation memang fail la.tengok ikan pun ngeri. hiasan ntah apa-apa. tapi rasa agak sedap.paling suka udang salut nestum tu la.rasa macam kuih raya pun ada. ayam dengan sos lemon tu pun sedap.tapi tak bleh makan banyak.jadi muak.

teringin nak makan steamboat dia.tengok orang meja sebelah makan memang meleleh air liur ah. saiz S punya steamboat RM75. tapi semua nak makan nasik so tak jadi la. overall, brasa tu oleh la..but harga agak mahal. nak makan untuk event apa-apa boleh la.kalo tiap malam kopak gak ah. yang set kami amik ni untuk 4-5 orang makan, RM99. 5 dishes. then dia akan bagi air teh herba untuk setiap orang. macam makan kat sushi king. minum teh herba untuk neutralkan balik rasa tu.ermm..aku baru tau sushi king tu tak halal.isk..isk..tahun lepas pegi makan dengan officemate tak tau....nasib baik aku pulun sushi dengan udang grg tu jer..T_T

tapi jangan isau, Radix Cuisine, ditanggung halal. =)

dah selawat abis dah ni. 



mak buyung dan bapak buyung tengah menyetel-kan bil. alhamdulillah..orang dapat bonus belanja.tu yang menjadikan makanan lebih sedap.muehehehe.

teringin nak makan kat restoran cina muslim kat D'Piazza bayan baru...mana nak cari dim sum halal eh? camna rasa dia? dok tengok drama mandarin petang-petang kat tv 2.depa dok makan dimsum nampak sedap sangat.hmmm...

No comments: