05 May 2011

Kopi oh kopi

dah berapa minggu tak minum kopi.selalu mai ja opis terus buat kopi susu. sejak preggy ni tak lalu pulak minum kopi.tapi teringin minum kopi yang digoreng dan ditumbuk sendiri.means kopi fresh la.kat mana nak cari eh?

sebut pasal kopi teringat my PIL (parents in law).suka gila minum kopi. pagi petang siang malam kopi. penuh balang besar. siap ada stock lagi. kira kopi ni minuman wajib la. aku pun dulu bukan minum kopi sangat. sebab family aku lebih suka minum teh. teh BOH.hehe. tapi sejak kenal dan sekarang dah kahwin, memang itu jela minuman utama bila pegi umah PIL. tapi kat umah aku tak buatkan pun kopi untuk hubby. sebab dia dah la susah gila nak tidur. siap kena dodoikan. kalau bagi minum kopi, aku pulak yang letih berjaga nanti.ngehehe.

oleh sebab kopi ni minuman ruji family mertua, so aku pun terpaksa la belajar bancuh kopi kaw berjug-jug.tapi malangnya sampai sekarang, kopi aku mesti ceroi (cair) ja. aku rasa macam dah letak kopi berkilo dah. rupanya aku tersilap teknik da..bancuh kopi, bunyi macam senang.letak kopi,gula dan air panas.siap.tapi tak semudah itu bebeh. ada cara jugak. urutan mesti betul.

cara yang betul macam ni :

1. masuk gula dan kopi dalam teko.
2. masuk sedikit air panas agak-agak tenggelam kopi dan gula tadi (air mesti pamas betul-betul, 120 darjah celcius)
3. kacau sampai larut.
4. kemudian masukkan lagi air sampai banyak mana yang nak.kacau lagi.rasa.kalau kurang gula tambahkan.kalau kurang kopi, jangan tambah terus dalam bancuhan.kena bancuh kopi dan air asing dalam cawan, kemudian baru campurkan.

siap! hehehehe. kopi untuk mertua. kalau pegi umah sedara mara sebelah hubby pun mesti minum kopi jugak. memang kopi sepanjang masa. kalau aku, aku suka kopi pekat kurang manis. sedap..hmm...

p/s : orang kata jangan suka minum kopi masa preggy, nanti anak kuar gelap kulitnya.betul ka?

No comments: