25 May 2011

Saya demam..isk..isk..

salam semua,

hari ni saya demam. malam tadi dah rasa lain macam.tekak tak selesa. kepala pening. ingat bawaan baby dalam perot.tapi masuk tengahari tadi hidung dah berair dan mula bersin-bersin. ini menambahkan lagi ketidak-laratan diri ini. kira sekarang double tak larat la.cuba bayangkan.

semalam sebelum balik kerja, hubby SMS, "Abg lapar.harini makan sikit jer".

okeh.aku paham. petang semalam balik kerja memang aku tak larat sangat. tapi oleh sebab hubby mesej macam tu.macam hint pulak.nk makan kat umah ler tu. aku tak bagitau pulak kat hubby kata penat. nanti for sure dia tak bagi masak.suruh duduk jer. tapi aku la plak tak sampai hati. so gagahkan jugak.masak paling simple.tak perlu nak tumis-tumis dan menderita. cuma buat sayur manis sawi, gorang ikan kembung dan buat air asam. simple tapi 3 kali jugak la hubby tambah. yang ni memang senang nak jaga. masak la apa pun.memang lalu makan. bertuah badan.hehehehe.

malam ni rasa x mau masak. kepala pening sangat. mai opis pun macam tak buat kerja sangat pun. otak macam tak berjalan. rasa nak balik tidur jer. serius tak larat.

-----T_T------

No comments: