22 July 2011

Status update ^_^

Status : Sihat dan gembira bersama perut yang semakin menampakkan keboyotan disamping melayan kerenah encik suami yang tak mau berenggang langsung.haish...sidai baju pun dok mencari-cari,memanggil-manggil.pantang ilang dari mata.tapi takpa.maksudnya dia makin sayang la tu kan.bahaha! =p

Nak cita pasal week 16 pun tak syok sebab tak pi scan pun lagi.next week.skang nak cita pasal ke-excited-an aku buat list untuk baby dan diri sendiri.hehehe..gila awal.yala..dok opis,keja pun orang bagi yang relax, duduk-duduk.memang mengantok tahap gaban.makin besar perot,makin menggila la rasa mengantok aku ni.
kul10 pagi,terlelap.lepas lunch terlelap lagi.hahaha..please..please..bukan aku malas.tapi dah keja asyik duduk depan pc ja.mana tak ngantuk..

ok.sambung cita pasal list.list panjang berjela.tapi..list duit tak buat lagi.hahaha. no money no talk la bebeh.pesanan aku untuk semua yang dah berkahwin dan merancang untuk menimang cahaya mata, sebelum pregnant tu, prepare dan kukuhkan kewangan tu dulu.melainkan laki anda orang kaya...

skang aku tengah survey-survey harga barang-barang baby. nanti dalam bulan 9 baru nak start beli.sekarang macam awal sangat pulak.lagipun, tak tau pun baby boy ka girl. skang kalo galak nak membeli pun,beli barang yang tak memihak kepada boy or girl. cewah..hehe.ujung bulan ni nak order breast pump.sebab cadangnya aku nak breastfeed selama yang mungkin.walaupun hantar kat baby sitter.

set tilam pun dah tau kat mana nak beli.sangat la banyak barang nak beli.maybe sebab baby first.tambah excited lagi. sebenarnya aku tak yah pun beli banyak-banyak.sebab kakak aku pun nak beranak bulan
8 ni.so by the time aku beranak nanti,dia pun dah habis pantang dan baby dia pun mesti dah bulat.so baju-baju new born bleh la pinjam.tapi bila pikir-pikir balik, takkan tiap kali beranak nak pinjam kan.better aku beli la sendiri sikit-sikit.

mak mertua aku siap bagi buku amalan untuk ibu mengandung dan nama-nama baby lagi.
menambahkan lagi ketidak sabaran dalam hati ni.wooowwhhh..cepatla bulan 1.hehehe.


No comments: