20 November 2012

Belog bertukar wajah lagi

Belog tukar rupa paras lagik.weeehuuuuuu...gila tak dak keja dok tukar macam-macam.haha.amik sana sikit, amik sini sikit. hasil akhirnya jadi cam gini lah.kalau dah pompuan tu pompuan la jugak.pi balik ala-ala pink la jugak kan. header ni aku transparentkan. so bila letak atas background merah jambu tu, nampak cam header pon merah jambu.sebut pasal merah terus rasa sakit hati.sakit hati yang betul-betul punya sakit hati.sebab kain batik warna merah yang orang bagi telah menyebabkan baju kami anak beranak bertompok-tompok warna merah sebab tercampak dalam mesin basuh sekali.paling sakit hati, romper aufa baru beli punya la comey kaler putih terus bertukar jadi pink.kalo pink semua molek-molek dan sekata tak pa la jugak.ni bertompok macam hapa lagik.benci!!!!!!! singlet hubby pon jadi kaler pink.ok.yang ni macam lawak plak.hehehe. malam tadi dok mengamuk rasa macam nak lempar ja kain tu turun bawah flat.huh.

ok.dah tersasar nampaknya dari tajuk asal.mari kembali ke pangkal jalan.


susah betol la nak edit html blogger template yang baru ni.jenuh nak godek.ni tak tau la nak bertahan lama mana ni.cepat sangat bosan.tapi aku akan coba bertahan template ni selama mungkin.aku coba..aku coba...

dan kenapa aku punya iklan nuffnang kat sebelah kanan ni tak mau kuar eh? dah paste code dah. sapa-sapa yang mantap dalam hal-hal cam gini tolong sat.aku upah cekodok satu pinggan.

p/s : tengah selsema.sakit tekak.adeh..hidung macam nak tercabut dah ni.tinggal tak demam ja lagi.kali ni aufa n mommy demam.last time aufa n daddy.aufa mesti join jugak la kot mana-mana pon.memang perasan la dia tak tahan langsung sejuk-sejuk.mesti nak selsema.aufa..aufa..

No comments: