21 November 2012

Lelaki China Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Berwajah Hodoh


 
Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu. Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh".

Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.
Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu.

Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.
 
Ntah apa-apa la depa nih.tapi memang berbeza gila la muka bini dia sebelum dan selepas buat pembedahan. tapi kan pompuan tu buat pembedahan sebelum dia jumpa laki dia lagi.so bukan la salah dia pun kan.yang laki dia tu pon nampak sangat la nak yang lawa-lawa ja sampai tak mengaku anak.ntah-ntah laki dia pon tak hensem pun.sibuk nak saman bini kunun.tengok muka baby dia comel ja. tak paham aku.
 
tapi tula kan..dok buat bedah plastik sana sini, nanti beranak takkan la anak nak ikut muka yang lepas bedah plastik kot.tu la orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.hehehe.ada kaitan? 
 
Sumber berita : PenPatah
 
 

No comments: