05 November 2012

Pentingnya mencari babysitter yang perfect!

Assalamualaikum,

First skali nak cakap ~ TIADA YANG SEMPURNA DALAM DUNIA NI MELAINKAN ALLAH SWT

jadi, kalau tak dapat cari yang SEMPURNA, carilah yang hampir sempurna @ sebaik mungkin @ bersesuaian. ok.hari ni nak cakap pasal babysitter.

aku start cari baby sitter dalam sebulan lagi nak bersalin.lewat jugak la sebab tak jumpa yang sesuai.babysitter memang ramai.tapi ada yang sorang jaga sampai 10orang baby, ada yang umah pulak macam tongkang pecah, tak bersih.aku bukan la nak demand sangat, tapi kebersihan sangat penting ok.nak mengasuh anak orang,bukan anak lembu ye.so mesti cerewet banyak.

sampai la satu masa tu, owner umah sewa aku sendiri tawar diri nak babysit anak aku.sebab dia pon tak bekerja dan anak-anak dia dah besar semua dah sekolah.umah dia umah kampung,bersih.ok la kan.tuan rumah tu pun baik.bukan yang jenis mulut puaka cakap bukan-bukan bila marahkan anak-anak.tengok anak-anak dia pun semua behaved.so bagus la kan.tapi malangnya, lepas ja aku bersalin dok dalam pantang lagi, tuan umah tu bagitau dia tak dapat nak jaga anak aku sebab dia nak berniaga nasik lemak.hadoi la..tapi takpala, nak buat macamana kan.mungkin untung juai nasik lemak lagi masyuk dari mengasuh budak kot.

so dalam situasi terdesak nak cari babysitter, jiran aku suggest sorang kakak ni.dok satu floor dengan umah aku ja.dia ada mengasuh sorang lagi budak umur 2tahun.kira dah besar la kan.tapi kakak ni dah ada orang booking,orang tu tak bersalin lagi.so aku mintak la dia tolong jaga anak aku sementara waktu.sementara nak cari babysitter lain.alhamdulillah dia cakap ok.aku tengok, kakak ni tak da apa yang tak memuaskan hati pun.so go on jelah kan.

lepas 2 bulan dia jaga Aufa. tiba-tiba,orang yang dah booking kakak tu tak jadi hantar sebab nak hantar ke babysitter lain sebab rumah dia jauh. Alhamdulillah. secara automatiknya status Aufa sebagai temporary terus jadi PERMENANT la kan.weeehuu..memang lega gila lah hati.kakak tu pun cakap, even kalau orang tu jadi hantar pun, dia tetap akan jaga Aufa sebab dah sayang walau baru jaga 2 bulan.

so sampai sekarang Aufa dah 10 bulan, masih dengan babysitter yang sama.Alhamdulillah.bagi saya memang kakak ni jaga Aufa terbaiklah.tak nampak lagi kekurangan kat mana-mana.dan satu-satu masa tu, im a bit surprise on how much Aufa had learned during her time with the babysitter.

belajar bye-bye, belajar geleng-geleng bila dengar lagu, belajar letak something kat telinga bila orang cakap Hello, dan sometimes Aufa ada sebut perkataan tertentu macam meniru apa yang saya cakap.saya percaya mana-mana ibu pun, kalau tengok anak dah bole buat sesuatu yang baru, mesti rasa terharu dan nak nangis.isk..isk...uwaaaaaaa...skang pun aku rasa nak nangis sebab teringat Aufa ~

ok.dah habis membebel tulis panjang mesti orang bosan nak baca.taktau la hamba Allah mana yang baca blog aku yang melukut ditepi gantang nih kan.now aku nak list down kriteria yang perlu dititik beratkan semasa mencari babysitter.

kalau nak cari babysitter :

 
  • Kenali latar belakang babysitter.tanya jiran-jiran, kawan-kawan dan sesiapa sahaja.lepas dah dengar dari orang baru la risik-risik, pegi terus umah babysitter tu, berkenalan.
  • Tengok behavior babysitter dan family dia, anak-anak dia, suami dia macamana.tengok cara babysitter cakap dengan anak-anak dia.tengok macamana anak-anak babysitter cakap dengan mak dia macamana
  • Tengok reaksi babysitter bila dia tengok anak kita.jadi masa pegi buat lawatan tu haruslah bawak baby skali, baru tau camna.kalau babysitter yang memang suka baby, dia akan terus amik baby or agah-agah baby tanya nama semua-semua.anda bole nampak keikhlasan babysitter tu masa tu.
  • Kemudian tengok keadaan rumah.tak kisah la rumah kampung pun, pastikan bersih, tersusun.means keadaan rumah tu selamat untuk mengasuh baby la.babysitter pun haruskan pembersih.
  • Time bincang harga tu, mahal tu tak kisah kalau dia jaga anak kita dengan baik.tapi kalau demand banyak sangat, macam tak bole hantar awal sangat, tak bole datang amik lewat kalau tak kena charge dan lain-lain yang macam buat kita pikir, eh ko ni ikhlas ke tak nak jaga anak aku neh...
 
babysitter saya sekarang ada jugak dia cakap weekend dia tak jaga.saya pun tak kisah sangat la sebab weekend memang saya ada rumah ja.dan saya pun paham la takkan la nak ganggu masa dia dengan family kan.tapi, yang bestnya, time weekend, dia plak yang mai umah tanya Aufa pastu dukung bawak balik.see, betapa sayangnya diorang dengan Aufa.

ok.begitulah cerita babysitter untuk hari ni ye. Aufa skang tengah sakit tekak.nangis siang malam.tak tau nak buat macamana dah. ada orang suggest aiskrim vanilla,tapi sesuai ke aiskrim dengan baby 10 months. musykil sket.nanti nak try cari lagi remedies apa lagi yang sesuai. semoga Aufa cepat la lega ~ AMIN

No comments: