13 December 2012

I'm planning for Aufa's 1st birthday party!

Yes.lagi 2 minggu ja lagi Aufa dah nak genap setahun.sekejap ja rasa. dan of course, aku la paling beria nak buat birthday party untuk Aufa. Dedi aufa macam biasa..

"Alah, kita bawak aufa pergi jalan-jalan pun ok jugak pa"

oh no.impian aku dari aufa dalam perut lagi, nak sambut besday dia once dia masuk 1 year. penting tu. majlis yang simple dan koman pon takpa, asalkan ada.aku nak dia potong kek, nak dia bukak hadiah, nak tangkap-tangkap gambar pakai baju comel-comel. tapi problemnya aku tak pernah organize pun besday party sapa-sapa sebelum ni. besday aku pon tak bersambut.dapat hadiah ja. hehehe.rasanya akan sambut birthday Aufa kat Perlis kot.sambut sekali dengan birthday tok dan tokwan Perlis (sedih T_T).got to plan something and start looking for those things needed. tapi haruslah berangan dulu kan.haha.

1. Cake!

ini wajib.tak ada kek, bukanlah birthday party namanya.baik masuk bilik, amik bantal dan tidur ja. permasalahan sekarang ialah Aufa is 1 year old. takkan nak bagi kek yang biasa tu.dah la manis.dengan krim-krim.oh no.jadi mesti cari dulu sapa yang pandai buat kek SIHAT. means kek yang guna pewarna dan perasa semulajadi.macam dari buah ka kan.tak pun kalau tak jumpa, ingat aku nak buat ja kek dari BUAH betul.susun sampai jadi kek.hahaha.boleh jugak tu.dah la jimat, mudah, mnyihatkan lagik.kan?kan?



2. Goodies bag

kalau tak ada pun takpa, tapi guest budak-budak kalau mai, makan saja.macam bosan pulak.kalau ada sikit goodies macam meriah sket la.of course Aufa takkan dapat goodies.sebab goodies slalunya coklat dan makanan ringan. boleh ja nak letak buah dalam beg goodies tu, tapi kang bersepah la buah kat depan umah.budak depa makan pun.bazir. kalau sempat, nak buat la beg goodies sendiri. kalau tak beli jelah beg yang comel-comel kat kedai tuh kan.




3. Makanan

Mesti la jamu-menjamu tetamu. kalau tak mai birthday party, aku tengok muka hang, hang tengok muka aku.pehal kan. makanan ni boleh ja masak apa-apa.sebab Aufa bukan nak makan pun.tetamu budak-budak pun suma dah besar.


4. Decoration

Boleh la kot sket-sket. kasi nampak ceria dan macam birthday party.bukan majlis tahlil. I am very sure kalau celebrate kat Sungai Petani, mesti tokwan Sungai Petani akan bacakan doa.tapi aku tau, kat Perlis lain sket la.tak berapa sangat bahagian tu.heran kan.huhu.tak apa lah. Aku nak jemput jugak parents aku nanti. So, ada la orang nak bacakan doa sebelum potong kek nanti.yippii!!



Harap menjadilah angan-angan aku nih.berusahalah husna!!!!

No comments: