04 December 2012

Resepi lagi! Nasik Lemak Junior


Resepi ni amik dari Blog Saya Hot. tapi aku tambah la sket sana sket sini.improvise la orang kata.hehe. nasik lemak ni 9bulan keatas kot rasanya dah boleh makan.kalau dah lepas santan. aufa alhamdulillah setakat ni tak ada alergik apa-apa.rempah-rempah pun semua dia dah lulus.

Bahan-Bahan:
(Nasi)
1. Beras
2. Santan
3. Halia
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Halba
7. Daun pandan


(Sambal ikan bilis) - Blendkan
1. Serbuk ikan bilis
2. Capsicum
3. Carrot
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Tomato
7. Kurma (Optional)
8. Ayam (Optional)
9. Saleri


(Telur dadar bayam)
1. Telur
2. Bayam dicincang (Optional)


Nasik lemak masak macam biasa. Sambal ikan bilis tu tumis bawang putih dan merah, masukkan bahan yang dah diblend. masukkan ayam.masak api perlahan. rasa manis tu datang dari kurma, carrot, batang saderi.masin datang dari serbuk ikan bilis.capsicum takkan bagi rasa pedas pun kat sambal tu.manis-manis pahit sket.telur dadar goreng macam biasa.aku letak bayam dalam telur dadar tu sebab in case aufa takmau makan sambal tu, bole la jugak bs suap nasik dan telur dadar saja.ada la jugak sayuran kan.baru seimbang.

selain dari nasik lemak, bekal hari ni semestinya puding roti.hehehe.dan pisang.semalam aufa makan banyak sangat pisang kot, berak keras.mula nak marah-marah,tension-tension masa berak.macam-macam posisi.meneran ja lebih.tengok poo poo tak keras mana pun.petang satgi nak beli betik untuk aufa.lama tak makan betik.
ok.selamat mencuba jaya!

p/s: gambar harus la googling saja sebab nampak lebih menyelerakan.hehehehe.ilustrasi semata tuh.jangan la letak kacang pulak dalam nasik lemak anak.tapi nak letak timun boleh.bagus.sejuk badan.hehe.

No comments: