30 April 2014

Burung Punya Taik

geram punya pasal, taik burung pun boleh jadi bahan kan.hehehe.


petang semalam, nak balik keja. sampai ja kat keta tengok taik burung gagak penuh atas bumbung dan cermin keta. dah macam amik baldi penuh dengan taik pastu kau simbah atas keta.buruk gila kot.terus naik amarah aku yang tengah penat berjalan jauh gila dari opis turun ke parking. 

ye, taik BURUNG GAGAK. bukan taik burung cak rumah mahupun burung kenari. .taik burung gagak dah la besor dan kalau dah kena even kat cermin kereta pun, susah betul la nak cuci.takat pakai wiper tu memang keluar ala kadar ja la.kena tonyoh bersungguh-sungguh.tu kalau basah.kalau kering apatah lagi.burung gagak dah la suka makan macam-macam.bangkai la apa la.tension betoi.

kilang tepi laut, for sure burung gagak macam semut.selalu aku park bawah pokok, tak kena pun taik depa.tapi kemarin nasib tak baik, pakat meeting atas pokok tu kot

oleh sebab body keta dah macam keta funfair, cermin keta dah macam disiram mayonis, ingat nak lajak la pi basuh terus. tak sempat plak, car wash dah tutup. jadi, hari ini mai keja orang hantaq la.malu lah i nak bawak keta penuh taik burung. huh. tapi aku pernah nampak keta yang lagi teruk.sampai konpius, body keta dia ni buat dari taik burung ke hapa.selamba ja bawak pi tengah pekan.

so, lepas ni baik lah aku park tengah panas dari kena taik burung selambak camni pastu asyik kena bawak keta pi basuh.dah la mahal basuh keta skang.bukannya cuci sangat pun..

ok.sekian dulu cerita taik burung pagi ini.

hehehe...

29 April 2014

Car Wash Incident

ni cerita pasal kejadian dekat car wash. haritu aku pi cuci kereta kat satu car wash kat sg petani.manual car wash. so, suruh la dia cuci luar dalam. aku pun tak check la dalam dashboard, dalam poket belakang kerusi semua sebab rasa macam tak ada letak apa-apa barang berharga.yang ada cuma biskut aufa yang 2 bulan lepas kot.pastu sampah sarap yang berbagai-bagai.so, tunggu punya tunggu sampai la dia habis cuci luar dalam.pastu terus balik rumah.

dan esoknya masa nak letak barang kat seat belakang kereta, aku terperasan kat tepi pintu ada CINCIN. cincin emas aku punya la weh..cincin tu hilang dari tahun lepas lagi.ingat tercicir.dan aku pasti memang sebelum ni tak ada kat tepi pintu tu.dan aku pasti aufa tak letak kat situ sebab dia tak naik kereta pun sebelum tu.jadi..bermaksud orang car wash tu la terjumpa masa tengah cuci dalam kereta dan dia letak kat situ.oh..serius terharu sungguh.jujurnya depa.cincin emas kot.

tapi tak tau la kalau dia ingat cincin aku tu zhulian.hahaha.tapi, kalau orang tak jujur la, kalo dia jumpa cincin tembaga pun dia rembat.tambah kalo barang berharga macam tu,tambah-tambah tersorok jatuh macam tu kan, kalau dia amik pun aku bukan tau pun.kan? alhamdulillah la orang jujur yang jumpa.semoga Allah murahkan rezeki dia.

dan ni cerita pasal kawan aku pulak.dia pi car wash kat bayan baru.cuci luar dalam jugak.dia terlupa duit dia simpan dalam dashboard.beratus jugak. lepas habis cuci baru teringat.check-check hilang seratus.mula-mula ingat dia silap kira,tapi dia check balik slip bank dia amik duit sebelum tu memang kurang seratus.jadi, dimanakah duit itu menyorokkan diri?dimanakah? so, kawan aku ni tak puas hatilah. dia bagitau la tauke car wash tu.tauke car wash tu macam nak backup la pekerja dia.suruh pekerja dia kuarkan apa yang dalam poket.takkan la pekerja tu bangang sangat kan nak simpan macam tu.suruh plak kuarkan sendiri.so, pengakhirannya, hilanglah duit itu..

itu cerita orang tak jujur.dia dah tau orang letak duit kat situ.dan orang tu mesti tau jumlah duit tu.dia bleh pi curi jugak.curi plak tak semua.amik sikit.bajet orang tak perasan la kot.hampeh ja.

dan seminggu lepas tu, kawan aku lagi sorang plak hilang barang.ni lagi drastik.hilang purse teruih.kat car wash jugak la.tak pasti plak car wash mana.

jadi, kepada saudara saudari kat luar sana.kalo nak cuci dalam keta, sila lah make sure anda tak tertinggal barang berharga. kita tak tau hati manusia ni.baik ka jahat ka kan. jadi berhati-hatilah ye.

selamat beramal!

p/s : tak dak gambar apa nak letak. surf gambar car wash dalam google image, tengok gambar tak berjenis plak.car wash ka human wash ka pa tak pasti lah.haih.

Makan - makan dengan family baby sitter

Hari Jumaat malam sabtu hari tu, bawak family baby sitter pergi makan-makan. saja la belanja. ada rezeki lebih sikit plus baby sitter dok jaga Aufa elok kan.Alhamdulillah la dapat baby sitter yang baik macam dia.so, apa salahnya kan.

Aufa macam heran sebab selalu kalau nak keluar, dia just bye-bye babysitter, tapi malam tu tiba-tiba semua orang ikut naik keta. syok tak kira la dia.tak pandang dah la ibu ni kan.

bawak depa pi makan Restoran Pak Husin, Sg. Ara. memang puas hati la kan, macam biasa. 7 orang makan lauk berlambak kot, baru berapa.sedap pun sedap.berbaloi-baloi.kalau family aku mai pun, memang bawak mai makan sini ja.

Picture taken from Mr. Google

macam biasa jugak aku terlupa tangkap gambaq.hahaha..sebab tu la aku tak mau pakai enset canggih kamera 18megapixel.sebab konpem aku lupa nak tangkap gambaq. tambahan pula, aku ni bukan spesis suka selfie depan mangkuk tomyam mahupun dalam toilet.jadi henpon tu kepentingan dia jatuh nombor 18 bila keluar.kadang-kadang terlupa bawak henpon sampai la dah balik umah baru perasan.jadi jangan terkilan kalau aku story something, tapi tak dak actual image tempat kejadian.yang ada cuma gambar copy dari google.hehehe.

28 April 2014

Enfa Mama Club Point Redemtion

sedar tak sedar dah banyak terkumpul bar code dan aluminium foil susu aufa. ibu-ibu sekalian beli susu, jangan lupa simpan bar code or scoop ye.kalo susu tin, simpan aluminium foil dia.sambil menyelam sambil minum air la kan. pastu nanti boleh la tukar dengan gift atau kumpul ja point bagi banyak.

baru-baru ni ingat nak redeem la apa-apa. tengok dalam catalog enfa semua barang pun tak best.nak kena tengok jugak sama sesuai tak dengan umur. yang untuk age aufa semua pun mainan tak best. buku-buku dah banyak kat umah.kang beli yang age advance punya, tak tau plak dia nak main.bila ntah depa nak update catalog.

Screenshoot credit to Mead Johnson Malaysia

ni sebahagian dari gift dalam catalog Enfa Grow.mainan biasa-biasa ja.macam tak berbaloi plak nak tukar.mainan kat umah pun dah bersepah.kalau anmum punya gift pun boleh tahan la.dapat macam termometer la apa la.berguna jugak la.


Screenshoot credit to Mead Johnson Malaysia

ni gift dalam catalog Sustagen. tengok, tengok.beza banyak kot.napa ntah sustagen punya gift best-best ja.padahal under mead johnson jugak.orang cakap susu sustagen sedap.betoi eh? 

oleh sebab gift tak best.so, ingat nak antaq ja bar code dan aluminium foil tu, kumpul kitty point ja dulu. takmo redeem apa-apa lagi.takut dok simpan kat umah kat hilang la apa la rugi plak kan.tunggu sampai ada mainan best kot.tak pun bleh redeem susu ka kan.mana nak tau.hehe.

kesimpulannya, tak redeem apa-apa pun. the end.


25 April 2014

Jumaat, Jubah dan Projek DIY

Pagi tadi baru transfer duit tempah jubah online. Tak sabor rasanya nak tunggu siap dan sampai rumah. rasanya siap sebelum aku memberanakkan diri kot.walaupun jubah tak glemer, yang penting selesa pakai, tak jarang, tak yah iron (tu penting tu,hehe). tempah dekat blog kak Adlil Rajiah. aku amik kaler shiny black.senang nak match dengan tudung kan. simple ja.xyah bling bling sangat. pakai pi kedai pun tak segan. aku add on zip kat depan, untuk breastfeed nanti.

selesa pakai sebab kain dia kain elok. jenis kain berat. so tak dak la isau ditiup angin kencang terangkat ka pa kan. tak jarang, so kalo terlupa bawak kain inner pun tak ralat sangat la.ni tak, jubah yang aku penah beli sebelum ni, kalau balik kampung,lupa bawak balik kain inner, terpaksa la pakai seluar kat dalam.sebab kain jarang sikit la. kain dia plak jenis tak payah iron, ni memang menyeronotkan la.terus sarung ke badan.pantas.hehe.

Reganya RM129 termasuk pos (letak zip ka tak letak zip ka, sama rega ye)

Gambar credit to Adlil Rajiah
selesai hal jubah. sambung hal Projek DIY Sarung Tilam aku yang tak berjalan-jalan lagi.dah 2,3 malam dok plan nak potong kain, tak potong-potong.asal bawak keluar tilam dan kain nak ukur, cik baba sorang tu pun mai la kedek-kedek siap amik bantal landing atas tilam sambil main tab buat kaki sila panggung.nak tunggu dia tidor dulu pun, last-last aku yang terbungkang dulu. mesin jahit pun dedi cika baba tak pergi pinjam lagi. sian kan, mesin jahit nak kena pinjam-pinjam.hehehe.menjahit 2 tahun sekali memang cam gitu. tapi kakak aku cakap dia nak bagi mesin jahit dia kat aku. FREE. syukur sungguh. boleh buat sujud syukur. bukan senang dia nak bagi barang FREE. walaupun dah guna bertahun-tahun, ok lah dari tak ada langsung kan. tak yah la aku pinjam-pinjam melukut ditepi gantang dah pasni kan...

p/s : cuti bersalin tak amik lagi.kang amik awal-awal orang cakap aku malas buat keja plak walaupun memang hakikatnya aku rasa semakin malas. nak bergerak pun rasa macam nak naik kerusi roda. nasib baik aufa skang boleh disuruh-suruh amik itu ini.aufa memang harapan ibu lah buat masa ni.hehehe.

24 April 2014

Souq An Nur Cotton House

Saja nak promote kedai kain cousin aku. kedai kain cotton. serius memang SEMUA kain kat kedai dia cantik-cantik.aku tak pernah pi lagi la.haha.cuma tengok dalam facebook dia ja.tapi insyaAllah memang akan pi dan membeli la. kakak aku lagi la kaget sebab kedai kain tu seberang jalan dari opis dia pastu kedai tailor kat belakang opis dia.ironik kan? memang ironik bagi orang keja gomen yang sebulan mesti buat baju kurung sepasang.hehehe.aku time raya ja buat baju raya.pakai baju kurung time raya or pegi kenduri ja.

untuk pengetahuan la, cousin aku nih walaupun sibuk dok cucuk orang (doktor loh...), tapi sempat lagi berbisnes.bagus betul lah.yang penting rajin ja. 

Nama kedai dia, 




lokasi kedai dia dekat Alor Star. kalau nak beli online pon boleh. boleh tengok dekat facebook Souq An Nur.

kat bawah ni antara corak kain yang dia jual.









cantik tak dek non???

price RM80/4 metres (including postage). kalau walk in mesti lagi murah la kan.

so, tunggu apa lagi.kan skang orang dah sibuk-sibuk antar kain ke tailor untuk buat baju raya kan.so, bleh la beli kain comels-comels ini.

23 April 2014

Telefon Bimbit Cap Ayam


aku rasa dah setahun kot aku ni sat-sat rasa nak tukar enset,sat-sat rasa tak mau plak.macam rugi pulak pakai enset canggih-canggih padahal tak belek tara mana pun.dok pakai la enset kurun ke 18 ni.asal dapat kol, mesej, tangkap gambaq (walaupun gambaq tak cantik), pun dah cukup gumbira. aku pun bukan jenis suka mesej sana sini,kol orang nu orang ni ajak borak. yang dok kol selalu mak,abah,husband,kakak dan abang-abang ja.padan la dengan tahap ingatan aku ni. cuma bleh ingat no telefon sendiri, no telefon abah dan no telefon husband.yang lain memang ke laut.hahahaha.

yang opismate aku sibuk la dok suggest enset nu enset ni.aku berkenan sat ja la.tunggu lepas seminggu, keinginan nak beli tu hilang dah la.yang laki aku pun kalut la dok tanya nak enset apa dia nak tolong beli.

lately opismate suggest enset Asus.baru keluar bulan ni kot.dok usha-usha macam cantik jugak.kaler dia la cantik. fungsi tu tak lari la dari enset android biasa la.tengok review macam biasa la.ada cakap ok,ada cakap tak ok.nak tau kena pakai sendiri la kan.mungkin bleh consider kot-kot mai balik keinginan nak tukar enset tu kan.hehehe.
Asus ZenFon 5

Size : 5" (720 x 1280 pixels)
SIM : Dual SIM
Weight : 145g
Memory : 
microSD, up to 64 GB
Camera : Primary (8MP)
Secondary (2MP)
OS : Android OS, v4.3 (Jelly Bean), upgradable to v4.4.2 (KitKat)
Chipset : Intel Atom Z2580
CPU : Dual-core 2 GHz

Color : Charcoal Black, Pearl White, Cherry Red, Champagne Gold, Twilight Purple
Battery : Non-removable Li-Po 2110 mAh battery

bukan nak kata la,tapi enset-enset canggih ni memang melalaikan.hehehe.kalau ada enset canggih, skrin besaq,tapi tak ada internet, buat apa kan.bila ada internet, mula la nak surf macam-macam, tak kira dok di mana. tengah jalan pun main enset, tengah makan pun main enset.yang kawan dok depan nganga la tak nyembang apa.bawak keta main enset tu bagi aku paling tak bleh blah.bahayakan diri sendiri,bahayakan orang lain,dan menyusahkan orang.nak kata tengah mesej orang,takkan la sampai nak lintas jalan pun dok mesej tak bleh berenti sat kot.ni mesti main tenet punyalah.

budak-budak skolah pun kemain skang.enset canggih-canggih.mengalahkan orang berkerja.kira kalau orang nak rompak, "Nyawa atau enset?" enset la dia pilih.pastu perompak tikam,mati,amik enset.hehehe.

jadi, adakah anda dikalangan manusia yang obses enset sampai tak berdunia dengan orang?

22 April 2014

Selamat Hari Bumi Sedunia 2014




Selamat Hari Bumi Sedunia 2014 !

Macam biasa la Google mesti ada doodle comels khas untuk Earth Day. dok seronok tekan la sebelum search benda kan. jangan tipulah..mesti rasa nak tekan jugak kan?kan?







Nak sayang bumi bukan hari ni saja. tiap-tiap hari pun kena sayang kan. walaupun kat umah aku cuma ada pokok cabai, tapi kira pokok juga la kan.agak-agak la kan dok umah flat,takkan nak tanam pokok durian plak kat balconi kan. nak tanam dalam pasu depan rumah memang dak la.jiran depan umah aku baru ja tiarapkan semua pasu bunga dia sebab kucing suma suka buat tahik dalam pasu. sanggup tak nak makan daun kari yang membesar berbajakan tahik kucing? hehehe. 

dok penang ni, tak guna plastik bag tu kira normal dah la skang. so, kalau ada plastik bag kat umah,semua akan kitar semula untuk shopping or buat plastik sampah.so tak payah la bayar 20sen untuk plastik bila sopping dan tak payah beli dah plastik sampah. pernah skali aku shopping kat alor setar,beratur belakang manusia nih, time tu kalo tak silap, kedah hari rabu adalah hari no platik bag. marah betul dia bila cashier tu cakap hari tu tak ada plastik bag, kena bayor 20 sen untuk satu plastik bag.hehehe.well, nak ubah sesuatu yang sudah jadi kebiasaan memang makan masa dan kadang-kadang makan maki jugak.hehehe.

walaupun tak sumbang banyak mana, boleh la dari tak ada langsung kan.

nak semarakkan lagi Earth Day 2014? bleh tukar wallpaper laptop juga



Cara Menegur Dalam Islam

Firman Allah :


Surah An-Nisa ayat 59
, "Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya."



Surah An-Nahl ayat 125
, "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."


Sabda Rasulullah s.a.w :


"Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."


Terdapat garis panduan dalam Islam dalam membuat teguran terhadap sesiapa pun di sekeliling kita yang melakukan kesalahan. Perlu juga ambil berat tentang perasaan dan kondisi orang yang ditegur. Dah jadi fitrah manusia, susah sikit nak terima teguran. 

Ada 3 panduan dalam Islam dalam menegur :

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur

Tok imam sekalipun ada ego dia sendiri. tambah pulak kalau orang yang menegur tu mungkin kurang ilmu atau kurang kedudukan berbanding yang ditegur. lagi tercabar la kan. 

2. mencari waktu yang tepat

tolong jangan tegur orang di khalayak ramai. unless, ayat yang digunakan untuk menegur tu adalah general.macam ditujukan kepada semua orang. kalau nak cakap pada seseorang, eloklah cakap face-to-face atau boleh SMS ka.

3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Jangan la tegur masa orang tu tengah marah.nanti lagi mengeruhkan keadaan. jangan jugak tegur masa orang tu mungkin dalam kesusahan. takut nanti membebankan lagi fikiran dia.tapi kalau teguran tu mungkin guna ayat yang sesuai, mungkin boleh consider la.


Rasanya kalau tegur sambil bergurau ni tak terasa sangat kot.berbasi-basi sikit.sambil melawak.orang yang ditegur pun tak kecik hati sangat. tapi kalau tak kena gaya, silap paham jadi kot lain plak kan.orang yang ditegur pun kena hati terbuka sama la.orang tegur bukan nak hina or merendahkan or menyalahkan. cuma nak perbetulkan.semua orang pun buat silap kan.untung la kalau kesilapan kita tu ada orang tegur.rugilah kalau kesilapan kita orang tak berani nak tegur, kita pun tak sedaq-sedaq diri dok buat silap sampai ke sudah.kalau kesilapan tu mendatangkan dosa macam mana kan.

Wallahualam..


Sumber : ILuvIslam

21 April 2014

10 things you dont really know about kids until you have kids


1. Kid's are gross

dulu, kalau makanan jatuh atas lantai memang tak amik dah la.skang, bila makanan jatuh atas lantai, dan anak-anak kutip dan makan.kita akan guna rules : "5 seconds". means kalau makanan tu jatuh dan diambil dalam 5 saat, then consider safe.tapi lama-kelamaan, 5 seconds bertukar menjadi 5 minutes. itu dalam pengetahuan.kalo diluar pandangan aku rasa coco crunch yang jatuh 5 hari yang lepas pun depa makan kot.skang ni sapa yang gross? anak ka mak? hahahaha.tak sempat kot nak monitor setiap pergerakan dan apa yang depa masukkan dalam mulut.tambah kalau anak ada lapan.


2. Kid's are dirty

always.baru 2 saat tukar baju baru, tengok dah bertempek macam-macam bendasing kat baju.kira, kotor dan budak-budak ni memang tak dapat dipisahkan.makan biskut depan tv, tapi macamana serpihan biskut boleh ada juga bawah sofa? atas katil? dalam bakul baju? dalam kereta??? tapak tangan kotor dekat skrin tv tu perkara biasa.sofa kena chipsmore yang dah lembik? normal lah...

3. Kids are hoarders

tau tak apa itu hoarders? ni macam ala-ala cita Pawn Shop/The Pickers kot.tapi pawn shop jual balik barang dia.ni stail kumpul dan kumpul pastu tak tau nak buat apa then berlonggok. yes. kids are hoarders.toys hoarder.pengumpul toys tegar.toys tu akan bertambah,bercambah,beranak-pinak sampai penuh satu raga.then dua raga.then penuh store.tapi, camana nak berkumpul kalau parents tak beli? macamana tak beli kalau anak-anak tak tantrum guling-guling mop lantai mall? well, aufa jenis senang dialih perhatian.contoh, dia nak teddy bear.mahal nak mampos harga.then ibu cakap "eh,jom jalan depan tu lagi.ada belon cantik ooo..aufa nak belon?".terus dia agree.selamat....tapi yang menjadikan aufa hoarders adalah abah dia.each time keluar pun nak beli toys.mesti beli something.yang nak menyimpannya tak lain tak bukan, ibu lah jua.


4. Kids are moochers

macam tak sesuai plak guna terms moochers.I tot moochers means "Someone who always asks for things and favors"? Prefer guna term "Picky Eater".Like i always did.hehehe.So, anak-anak bab makan ni ada dua kategori.

satu : anak-anak yang makan apa-apa saja
dua : anak-anak yang susah benor nak makan apa-apa

untung la kalau anak jatuh kategori satu.tapi 'makan apa-apa saja' tu harus difokuskan jugak. takut ditelan semua benda tak kira makananan ka apa ka kan.

5. Kids Don't Sleep

ni rasanya time anak kecik baby lagi kot.time tu mata panda ni kira sebahagian dari makeup la jugak.yang konpiusnya, time anak tidur tu kita nak buat apa? nak tidur jugak or buat kerja rumah.sebab kalau dia jaga nanti,memang tak sempat nak buat keja rumah dah.tapi kalau tak tidur, bila lagi nak rehat-rehatkan diri.kan?so, pilih yang mana?

6. Kids Are Needy

Should be la.takkan la dia nak masak nasik sendiri plak kan.tapi aufa,kalau dia tengah main something,macam susun something tapi tak berjaya, nak tolong dia tak bagi pulak.siap mengamuk marah.marah sampai nak gigit.tapi bukan gigit orang,tapi dia akan gigit barang yang dia pegang.kalau kerusi,kerusi la dia gigit.kalau kaki dia,kaki dia la dia gigit.pastu teriak.

7. Kids are (too) honest

mesti la parents nak anak-anak honest kan.tapi hati-hati kalau anak-anak jujur sangat kat public.hehehe..
"Ibu, aufa kentut" (tengah tunggu dalam klinik).kentut can means 2 things.either betul-betul kentut OR ada isi.
nasib baik la aufa tak pandai kritik appearance orang lagik.kalo tak, memang tak kuar jalan la.

8. Kids Break Stuff

Born to break things.Once broken, considered...........loss.ini harus diterima ya parents sekalian. dinding takkan terconteng dengan sendirinya, pasu bunga takkan pecah dengan sendirinya, cawan corelle takkan berderai dengan sendirinya.nasib baik tak ada cawan corelle.suma pun cawan cap ayam.sebab-sebab cam gini lah.hehehe.

9. Kids hurt themselves.a lot.

A lot. tapi kadang-kadang parents yang paranoid lebih. jangan itu, jangan ini.tapi anak-anak cedera jugak.mungkin sometimes patut biar depa explore.cedera sikit-sikit tu pun proses belajar jugak.bagi dia tau.cuma perlu monitor jangan sampai cedera teruk la kan.macam aku lepas aufa main kat playground.memang biar ja dia main.cuma jangan bagi lepas dari pandangan mata ja.dia nak naik tangga,nak turun gelungsor, nak naik buai,biar dia usaha sendiri.tapi, kalau abah aufa yang bawak main playground, konpius la aufa yang main or abah yang main.dia kepung sungguh.hehehe.


10. Your Kids Are Worth All of It

Kasih ayah hingga hujung nyawa, kasih ibu sampai ke syurga.sebelum ada anak, sayang husband sepenuh hati jiwa raga.tapi bila ada anak,serius, rasa macam sayang anak lagi.hahaha.seorang ibu sanggup serah nyawa nak lindung anak dia.sanggup bagi jantung,paru-paru semua untuk anak dia.jangan main-main.ibu ni dia marah la anak macamana pun, tapi sayang tu tetap sayang.tak boleh jual beli.

ibu (tengah marah) : aufa ni ibu hantaq umah kebajikan mau dak?
abah : okey jugak kan.hujung minggu kita pi amik.
aufa : ......

esoknya..

abah : jadi dak hantaq aufa?
ibu : tak jadi lah.takpalah kita bela lah sampai besaq.lagipun dia dah mintak ampun kat ibu malam tadi..ngeeheee...


boleh camtu?

Projek DIY Coming Soon


Time pregnant Aufa 8 bulan, buat operasi menjahit tirai. Kali ni pun ada projek menjahit jugak.saja nak susahkan diri sendiri walaupun tak larat.hehehe.

Kali ni nak jahit sarung tilam plak. tilam yang ready made tu ja.yang Aufa punya.tapi dah lama, sarung dia dah lusuh sikit. so saja nak jahitkan sarung baru. tak tau la berjaya ka dak ni. kain dah beli.tak tau la bila nak potong.

takut semangat ja lebih, last skali hantaq balik kampung, suruh mak jahitkan.hehehe.

Go! Go! Chaiyok!!

18 April 2014

Hukum Menyebut "RIP" kepada bukan Islam yang meninggal dunia


'RIP' membawa maksud "Rest In Peace". Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’ [petikan dari Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia - Majlis Fatwa Malaysia

Rasanya penjelasan pasal isu ni dah dikeluarkan Majlis Fatwa Malaysia dari tahun lepas lagi.tiba-tiba naik pulak. ni gara-gara kes kematian Karpal Singh la ni.ada la orang saja bagi jadi isu pulak.

Kalau non-muslim yang argue pasal ni aku tak heran sangat sebab depa memang tak faham dan mungkin takkan faham. tapi kalau yang islam sendiri dok argue,rasa macam kurang bijak sangat la.

kat sini aku cuma nak summarizekan saja.tak mau story panjang-panjang nanti kona kot lain plak.cuma nak share sebagai pengetahuan bersama saja.untuk peringatan kat diri sendiri jugak.nak tau lebih lanjut baca kat SINI.

dalam apa-apa pengucapan kepada orang non-muslim, ada 2 perkara kita perlu titik beratkan.

Pertama, niat orang yang mengucapkan perkataan/ucapan tu.kalau dia niat secara umum sekadar nak menghormati, itu diharuskan.tapi,kalau dia ucap dan dalam masa yang sama membenarkan isi maksud kata-kata tu,itu adalah dilarang.

Kedua, latar belakang, asal usul istilah atau ucapan tu. kalau dari dulu kala pun dah memang jadi sebahagian amalan agama tertentu, maka itu adalah dilarang.

Bila kita ucapkan ucapan macam tu seolah-olah kita mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk orang bukan Islam tadi.


Surah al-Taubah:113
, "Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka."


tak salah nak ucapkan simpati pada orang bukan islam.ada banyak lagi perkataan lain yang boleh kita ucapkan untuk lahirkan rasa simpati kita.RIP tu salah satu dari perkataan yang tak boleh diucapkan.tapi ada berjuta lagi kot ucapan lain yang sesuai.tak ada masalah.

jelas sekali fatwa-fatwa yang dikeluarkan adalah untuk orang islam, jadi kenapa la non-muslim perlu kecoh dan takut pulak.semua agama pun ajar penganut dia berbuat baik, menghormati agama lain,menghormati sesama manusia.manusia yang baik semestinya akan rasa simpati dengan kesusahan orang lain dan berusaha untuk melahirkan simpati tu dalam macam-macam cara dan kata-kata.cumanya, dalam cara dan kata-kata yang berbeza dan mengikut kesesuaian.

PEACE!


skang dah pandai dah buat peace.haritu suh buat peace, dia buat satu malaysia. dengan rambut topi keledarnya.hehehe.

16 April 2014

Perubahan kelakuan bila nak dapat adik?

aufa time engagement cousin husband.sheksi meksi.hehehe

Lately aufa punya perangai ada lain macam sikit la. macam seolah-olah dah rasa yang dia akan share ibu dengan abah nanti. oleh sebab adik pun tak kuar lagi, so tak sesuai la nak cakap sibling rivalry ka apa kan. cuma,tanda-tanda dia macam terasa hati, bimbang tu ada la.

● Dia takmau dekat abah,asyik nak dengan ibu ja
● Ibu berdiri ja,terus mai depa tangan suruh dukung.bayangkan la dalam kereta pun dia suruh ibu dukung.
● Ibu hilang dari pandangan tak sampai 5 minit, dia mencari macam histeria.walaupun dia tau ibu dok dalam toilet.
● tidur plak nak dekat ja dengan ibu.satu bantal.ibu sorang ja bleh dodoi, sapu belakang dia.abah memang tak boleh sentuh.
● tengah tengok tv, nak duduk atas ibu,nak baring atas ibu,nak peluk-peluk ibu.kecik hati abah aufa tak mau dok dekat abah.
● ibu nak potong rambut pun aufa meraung macam mak nya tukang gunting tu nak potong kepala ibu.
● ibu pi klinik sedut gas untuk asthma pun aufa berair mata tengok muka ibu.
● ibu makan,aufa pun mai duduk atas riba nak makan jugak walaupun abah tengah makan something yang lagi bombastik like aiskrim.
● aufa tetap la lari mai mintak susu kat ibu walaupun time tu ibu dah tidur, dan abah tengah tengok tv dengan aufa hokeh.


tiap hari abah cakap dia kecik hati sebab aufa takmau kat dia. so ibu suggest la suh 
● tiap-tiap hari abah yang hantar dan ambilkan aufa kat umah babysitter.
● abah mandikan aufa
● kencing berak aufa abah yang basuhkan
● susu aufa abah yang buat walaupun dia mai mintak kat ibu
● kalau keluar sopping, abah pegang tangan aufa,abah dukung aufa
● tidur aufa, abah dodoikan.
● tiap petang abah bawak aufa naik motor pegi kedai
● tiap hari balik keja abah mesti akan belikan something untuk aufa walaupun satu belon.hehe.

abah memang berusaha gila lah nak amik hati aufa. serius, semua macam tak berapa nak jadi.especially tang tidur.dia punya mengamuk takmau abah dodoi tu.malam-malam sanggup bangun rebut bantal peluk dari abah.hadoi la...


tak tau la macamana time pantang nanti.jenuh.manakan adik lagi,manakan aufa lagi.macamana nak handle eh? 

15 April 2014

Sharing : Nama-nama bayi

Sekadar nak berkongsi nama-nama yang aku tak boleh nak amik sebab ni nama-nama anak sedara.so, kot ada orang lain yang sedang mencari nama anak,boleh la amik idea, tak pun amik terus lah.jangan risau,semua ni maksud cantik-cantik sebab family aku ada 2 orang ustazah yang pantau pemilihan nama yakni mak aku dan mak sedara aku.hehehe.tapi aku tak ingat la maksud nama depa ni.

ni nama anak-anak kakak dan abang aku :

Nur Fariesya
Nur Farahin
Najmin Faiz
Najdad Fuadi
Nadim Fakhri
Hannah
Arissa
Harraz
Adeena
Zara Aisya
Muhammad Zaim Ammar


ni nama anak-anak cousin aku.depa ni selalu buat sistem cabutan.means, ada banyak pilihan, then si bapak akan cabut.

Hasif
Nurul Ain
Awatif
Auni
Busyra
Emad Farras
Dalilah
Niyaz
Elyana
Ainin Sofea
Dalili
Hanani
Solha
Amir Asyraf
Amir Akasyah
Aulia Alisya


comelss tak nama mereka? hehehe.

14 April 2014

Tudung Bawal Mawar Fizo Omar by Yuna Bella

Well, tengok orang lain sibuk post pasal tudung nih.aku pun nak sibuk la jugak.sebab apa?sebab ini bukan tudung fareeda.hehehe..nampak macam aku anti sangat kan? hahaha..tak ah..tak anti pun..cuma tak gemar. at least tudung si Yuna Bella ni tudung bawal,murah, bleh labuh-labuhkan. murah tu yang paling penting untuk orang yang sep cam aku nih. bukan apa,buat apa beli tudung mahal-mahal kalau terangkat sana sini kan.tudung ariani pun aku ada 2 pasang je kot.tu pun beli time year end sale 4 helai rm100.share plak tu dengan kakak aku.tapi bila pakai tak dak sapa pun tau tu tudung ariani.hehehehe.

bab labuh tu, aku ni golongan pertengahan la.tudung tak labuh sangat,tapi tak la pulak nampak gunung ganang.bukan nak cakap diri ni baik, tapi berusaha nak jadi baik la kan.insyaAllah.

okeh.berbalik kepada tudung 'Tudung Bawal Mawar Fizo Omar'.nama panjang sangat.baik bagi nama 'Tudung Yuna Bella' ja.lagi sedap kan.lagipun bukan dipaten cam tudung fareeda tu pon.kreatif jugak si Yuna Bella ni.dia memberi harapan untuk geng-geng pemakai bawal tegar.kihkihkih.

gambar credit tu Yuna Bella

Nak tengok tutorial --> Tutorial Tudung Yuna Bella

tudung bawal zaman skolah dulu berlambak.ingat nak buat saprah lapik time kenduri ja.tapi dah ada idea cam gini, buleh la try tengok.nanti ada la budak cakap, 

"Woow...santiknyier ibu..aufa shayang ibu".

tengok, dengan tudung cantik ja dapat membeli kasih sayang anak-anak.tu belum pakai gaun, letak makeup sket.terus abah pun bawak pi candle light dinner.aawwwww...

p/s : sebenarnya aku pun ada 2,3 helai tudung macam fareeda tu, tapi beli kat uptown ja.konpem la yang cetak rompak kan.tapi versi labuh sikit la.bila tudung berlayer pastu labuh pulak, nampak la macam orang pakai tudung saji terkontiang-kontiang di tiup angin..jadi,terkubur begitu sajalah tudung tu dalam almari.pakai time raya ja.cuma ada satu ja kot yang masih pakai.bleh accept lagi la yang tu.

update : dah try buat tudung cam gini..huduh benor aku pakai.macam pakai tudung saji pun ada, macam pakai pelampung pun ada.tak reti ah nak edit-edit bagi kemas.kena amik kira jenis kain tudung bawal tu sama rasanya,kalo tak kedutan tu akan jadi tebal sangat dan nampak messy.sebab mengedit tudung tu la pagi tadi aku lambat sampai tempat keja, parking nala punya jauh.hampagas...

11 April 2014

Picky Eater Story : Aufa The Cat

tak lain tak bukan story pasal cik puteri intan payung permata hati ibu abah, si Aufa Zahirah.

semalam lepas siap masak dinner, macam biasa la bagi Aufa makan dulu sebab kena monitor dia makan.selalunya dia nak makan sendiri.tak mau ibu suapkan.so kena monitor la supaya nasik tak masuk bawah sofa atau tak melempeng penuh atas lantai atau menepek kat skrin tv konon nak bagi orang dalam tv makan skali.

tapi tiap kali tu la jugak ibu akan cuba teknik-teknik tertentu untuk makesure nasik masuk dalam mulut Aufa.contohnya macam buat nasik jadi bola-bola ka.tapi teknik tu dah lapuk.kalau dia makan 5 suap pun alhamdulillah,memang  bleh buat sujud syukur la.memang susah sangat-sangat nak makan nasik.tapi ibu cuba jugak la,mana tau kan kena hari dia nak makan.

Aufa ni kalau decorate makanan dia comel-comel pun belum tentu dia makan.so tak payah la susah-susah hias comel-comel.memang memilih.rasa dulu hujung lidah.kalo ok,baru dia amik sket makan.then kalau ok lagi baru makan full mouth.tak payah lauk canggih-canggih, kalau kena time dia nak makan,dia makan ja.kalau tak mau, buat la camana pun.

so, malam tadi makan nasik sambil tengok cita kartun Oggy & The Cocroaches.Tak tau la macamana tiba-tiba Aufa bleh dapat idea 'Cat makan nasik'.So, ibu kena pretend la tengah suap kucing.bleh dak camtu?

So, tiap kali nak suap kena cakap camni,

"Cat...meh makan nasik meh.."

then Aufa pun mai la nganga sambil cakap "Miau..miau..cat akan asik" (cat makan nasik).

walaupun kelihatan aneh dan lawak,tapi serius menjadi.hahahaha.banyak betul dia makan malam tadi seronok suap.laju.alhamdulillah.

bila dia makan kenyang, tak dak la dia terjaga malam-malam mintak susu.so, semalam semua orang pun dapat tidur dengan nyenyaknya..hehehe..

jadi, sapa-sapa yang anak susah benor nak makan tu,bleh la try teknik ni. tapi mungkin hanya akan berkesan kat budak yang obses kat kucing macam Aufa jala.hehe.

tengok ramai jugak orang bawak anak pergi taman or sambil jalan-jalan,then suap makan. tapi macam tak best plak dia makan sambil lari-lari.kang tercekik ka tersedak ka kan.so, ikutlah masing-masing.asalkan anak-anak makan.


Seriously haritu aku jumpa kucing mata cam gini kat kedai makan. Memang aku belek la mana tau dia pakai contact lense kan.bahahaha. tapi memang cam gitu mata dia upanya.badan dia pun kaler putih. comel.nak bawak balik kang Aufa peluk terpenyek plak. ada tangkap gambar tapi ntah simpan mana.nanti aku tunjuk, bukti la.

sapa penah makan kat Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet? yang makan tepi ladang. ada rusa, ada ostrich,ada arnab suma tu? kat situ ada sekor kucing gila bapak punya besar.ni bukan main-main ye.memang besar betol nih. tapi kucing ni tak termasuk dalam menu la.hehehe. ni kucing owner kot. ntah apa dijamu sampai besaq gitu skali.

10 April 2014

House Chores Schedule Template

dah lama simpan benda ni.buat time tengah rajin sepoi-sepoi bahasa.konon nak buat schedule then print out,laminate then lekat dekat fridge.tapi sampai ke sudah tak buat pon.

so, baik share dengan orang lain.mana tau kot-kot orang lain terasa or dapat idea nak buat kan.bagus ni.especially untuk orang macam aku yang tak tau nak divide kerja evenly pastu berusaha nak buat semua dalam sehari pastu letih macam nak pengsan.

Kat bawah ni contoh yang aku buat untuk diri sendiri la.kalo nak yang plain bleh la download dari link bawah tu ye.Koman-koman taik ayam ja buat pun.pandai-pandai la edit kalau nak lagi bombastik misterlobaloba.




House Chores Schedule Template [Download Link]

Kenapa aku cakap nak laminate? first sebab kasi tahan dan kalis air la sket dah nak letak kat fridge kan. Pastu bleh conteng or tick dengan marker dan senang nak padam balik. 

So, selamat meng-organize-kan tugasan harian anda sebagai IBU, ISTERI dan sebagainya.

09 April 2014

Confinement Preparation : Minyak, Supplement dan Jamu

Just nak share planning untuk berpantang kali ni. Last time beli set bersalin Nona Roguy. Banyak yang tak habis dan ada yang tak pakai langsung pun macam pilis-pilis tu. Membazir betul.

So, kali ni nak beli yang penting ja.Yang mana yang confirm akan pakai. Tak mau renyah-renyah sangat.

Minyak Berbarut : Apa-apa minyak yang panas + barut

Minyak Urut : Herbanika NR + Minyak HPA But-but



Since tukang urut akan pakai minyak yang agak banyak, nak pakai semua minyak NR memang kopak la kan. So,alternative-nya kakak aku suggest suh mix dengan minyak HPA but-but,kalau tak mau guna minyak masak.teeehee...

Minyak Telon : Tropical Herbs + Gamat


Sebab ramai sangat puji-puji minyak ni kan, so nak try lah. Untuk pusat, memang letak minyak gamat ja.

Mandian Herba : Mandian Herba TYT


Yang ni kakak aku yang suggest. Last time, mak sedara aku yang prepare daun-daun untuk mandi untuk seminggu. Kali ni nak guna daung-daun yang dia buat pastu sambung dengan yang ini.

Supplement : ESP + B-Complex


 Supplement ni ja yang bleh accept. Aku ni pemalas sket. haha.

Jamu : Phytonatal NR


Satu ni ja jamu yang sanggup makan kot. Banyak-banyak takut panas plak.

So, takmau susah-susahkan diri dan pening kepala atur mana nak amik,mana nak makan,mana nak pakai.hehehe.

Lebih kurang 2 bulan lagi nak bersalin. Nak siapkan semua cepat-cepat sebab rasa macam nanti dah tak larat. tak macam time pregnant Aufa dulu, cargas. Harap semua berjalan lancar.

Happy 3rd Anniversary !


Hoping that the love we shared years ago
Is still as strong today as it was
Then Bringing you much joy , love
And happiness To celebrate again.
Happy Anniversary My Dear Husband!

Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberkati rumahtangga kita
dan Semoga kita kekal hingga hujung nyawa

Lots of Love,
Me