30 May 2014

New Enfagrow Product + Baby Fair

Yeay! Enfagrow dah kuarkan air kotak.TAPI..untuk 4 tahun ke atas la pulak.so Aufa tak bleh la minum lagi.kena tunggu la dulu.

kenapa susu tepung dia tak dak perisa coklat tapi susu kotak ada pulak susu coklat. skang Aufa minum Step 3 perisa original.ingat nak try vanilla or honey. tapi honey macam manis sangat pulak.vanilla ok la lebih kurang rasa original jugak.tapi tak tau la Aufa bleh accept ka dak.dia tu semua susu pun hadap.susu orang lain tak habis pun dia bantai.asal susu.

sekarang Aufa minum susu kotak Dutch Lady kids tu. tapi ingat nanti bila dia dah start sekolah, bagi minum fresh milk jalah kot.sama ja.motif nak dapatkan khasiat kalsium tu ja.



dan Enfagrow A+ dah ada untuk step5, 6years old and above.wah..ni macam nak suruh minum enfagrow sampai tua nih. seb baik la makin naik step tu makin turun harga.hahaha. 

tapi aku masih tak puas hati sebab tak boleh nak redeem barang best untuk susu Enfagrow. sigh.

dan, start harini 30 May 2014 sampai 1 June 2014 ada baby fair dekat D'Piazza. aku tak pernah lagi pi baby fair yang depa buat dekat D'Piazza.rasa maca D'Piazza tu kecik ja,so taktau la besar mana baby fair tu.selalu pi yang dekat PISA ja.memang besar la.

Location
D’Piazza Mall, Penang
84 MK9, Jalan Mahsuri
Bandar Bayan Baru,
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Time
10.00am to 9.00pm


Ingat nak pi time lunch harini, tapi hari ni tak drive plak.memang takkan drive dah kot mai keja sampai la cuti bersalin.hehehe.malam ni dah nak balik kampung, ahad malam baru balik Penang.so memang tak sempat la nak p baby fair.isk..isk..

ingat nak pi kot ada baju comel-comel untuk raya.nanti pantang camna nak kuar sopping baju raya kan.unless beli online jelah kan.haih..

27 May 2014

Harum Manis Perlis ~ Jangan Tertipu

Assalamualaikum

Untuk peringatan. kepada orang luar yakni orang luar dari perlis, dari negeri lain yang teringin benor nak merasa buah mangga harum manis perlis yang digembar gemburkan keenakkannya itu, samada datang sendiri Perlis untuk beli atau order dari orang.TOLONG amik masa untuk kenal macamana rupa sebenar buah mangga harum manis dan macamana nak bandingkan dengan buah mangga lain.

sebab apa?

sebab ramai dah aku dengar orang luar yang kena tipu. beria la beli mangga harum manis sekilo RM25, balik-balik makan rupanya buah mangga Sala atau buah siam. ada keluar paper --> SinarHarian

aku tak pasti la pasaipa orang tu jahat sangat nak menipu, buat busuk nama negeri Perlis ja.orang mai jauh-jauh, boleh plak tipu camtu kan. esok-eosk orang malas dah la nak beli.

memang harum manis sedap dan memang harum dan manis pun.hehe.baik makan saja or makan dengan pulut.tapi bagi aku mangga semua pun sedap. queen of fruit kan...

tapi dah kawin dengan orang perlis ni aku pun naik muak makan harum manis sebab pokok dia berderet kot tepi bendang mertua aku. so, aku kesian la kat orang luar yang dok teringin makan harum manis.sanggup la order online bagai, bayar pos.huhu.

 Ini mangga SALA

Ini mangga HARUM MANIS

Images credit to Lukisan Perasaan

harum manis dia montel sket.kalau yang gred elok kulit dia licin cantik. kalau masak elok dia kuning-kuning. kalau pelam sala dia panjang sikit. masak pun dia tak kuning sangat.dia macam hijau-hijau jugak.rasa memang beza banyak la.

aku kalau mempelam cokanan pun dah cukup sedap dah.tambah kalau ada orang tolong kupas,potong siap-siap.lagi sedap makan sambil tengok tv.hehehehe.

tapi selalunya aku la tukang potong.nu ada 2 big boss yang suka sangat makan mempelam.sebelum makan nasik nak makan mempelam.lepas makan nasik pun nak makan mempelam.bawak sepokok dari kampung pun bleh habis.

23 May 2014

Aduhai Ayahanda dan Anakandaku...

abah tak sihat.
demam.cirit-birit.muntah.sakit-sakit badan.
tanda-tanda denggi tu.
klinik kat sungai petani hari ni semua pun tutup.
hospital punyalah ramai orang.
jangankan GH, hospital swasta pun macam semut.
kejap lagi nak bawak abah pi Hospital Pantai.
harap semuanya baik-baik saja.
Amin.

Aufa.
lain cerita plak. mulut dah tak sakit.
cuma batuk dan selsema.
tapi malam-malam mesti terkejut terjaga terus menangis meraung-raung.
pelik pulak aku tengok budak ni.
lain macam ja nangis tu.
mak suruh bawak pergi tengok kat ustaz mana-mana ka.
menjadi-jadi pulak sepanjang minggu ni.
naik risau pulak.lepas tu,sikit-sikit cakap takut-takut.
taktau apa yang dia takut.
siang ok ja.tengah malam dia start la.

dan aku dari hari senin sampai jumaat tidur 2 jam ja kot tiap malam.
kaki plak makin kerap cramp.
badan letih sangat-sangat.

oh.dan semalam mak sedara aku operate lutut.
dah lama dia dok sakit lutut.ni baru operate.
mak sedara yang aku panggil 'MAK'.
sebab dari kecik dia yang bela.
so, sayang macam mak sendiri.
walaupun sakit lutut nak berjalan,
kalau dia tau kami balik kampung,
mesti dia mai rumah.mesti.
mai tengok aufa.

Ya Allah,
Kau kuatkan lah hambamu ini,
Kau berikanlah kekuatan kepada hambamu ini,
Kau sembuhkan lah semua orang yang aku kasihi dan sayangi,
Kau peliharakanlah keluarga kami Ya Allah.
Semoga kami sentiasa berada di bawah lindunganMu.
Amin.

p/s : oh...minggu ni mesti pulang ke kampung, banyak orang nak ziarah. plus nak bawak Aufa jumpa seseorang.

20 May 2014

Aufa, Demam dan Ulser

aku rasa sepanjang 2 tahun lebih ni, Aufa baru sekali kot kena ulser.tu pun sikit dan sat ja. last week asyik dok demam on off.kalau dok main, badan tak panas.tapi kalau duduk senyap-senyak tengok tv mula la suhu badan naik.ingat demam macam biasa ja sebab kan dah lama musim panas, pastu lately hujan.ingat sebab perubahan cuaca la.

lepas tu, pagi khamis, babysitter sms cakap mulut aufa ada ulser.dia tak nangis cuma merengek cakap sakit gigi.susu pun tak berapa nak minum.cakap pun tak berapa.maybe sebab dok tahan sakit.

petang khamis tu balik kerja terus bawak pegi jumpa doktor.nasib baik la depan doktor dia mau buka mulut.doktor cakap banyak jugak ulser dia.merah abis satu mulut.sampai bengkak sikit pipi.badan pun panas jugak.38.5 padahal masa kuar rumah badan tak panas pun. oleh sebab hampir 40, doktor masukkan ubat ikot bontot la. doktor cakap sebab infection.so,bila infection tekak dia jadi merah,ulser pastu melarat la demam.

lepas masuk ubat ikot bonto,nangis sat.15 saat kot.lepas tu sambung main. 


kalau mai klinik ni memang terus lega sakit demam dia.tapi by the time masuk bilik doktor,sakit balik.kuar bilik doktor hilang sakit.



tengok ikan dalam kolam. dalam klinik ni ada kolam ikan.pastu ada titi.nak masuk bilik doktor lintas titi kayu tu.best kan?best kan? hehehe..

actually ni hospital. Children Hope Hospital kat Sg. Ara. suka mai sini sebab doktor dia best.sangat friendly.


tu aufa tengah berdiri atas titi tu lah. dalam kolam ada ikan kap.dan banyak duit syiling.maybe orang buat wish then baling syiling dalam tu kot.hehehe


kena buang kasut ye.tak luas pun.tingkat bawah klinik.tingkat atas ward.

dulu ada skali aufa hampir la masuk ward kat sini sebab muntah-muntah,kurang air.tapi lepas balik dari klinik terus dia mau minum air dan sihat.so alhamdulillah la tak payah masuk ward.

dan sejak tak sihat ni boleh la akai baru.nak tarik perhatian.sat dia nak tidur dalam buai,sat dia nak tidur atas katil.dengan abah memang bermusuhan la.melainkan abahnak pi kedai.

alhamdulillah la minggu ni ulser aufa dah lega banyak.tapi bersambung pulak dengan selsema dan batuk kahak. sekarang memang musim budak-budak kecik tak sihat. ramai betul yang kena ulser. semalam bawak aufa pi klinik lagi sebab malam-malam dia dok teriak macam sakit.rupanya sakit tekak nak selsema la.ulser ada la sikit lagi kat pipi tu tapi rasanya dah tak sakit sebab dia pun dah tak kemam mulut dan tak mengadu sakit gigi.

so,ibu-ibu sekalian sila beware. tak payah la keluar rumah sangat buat masa ni ye.selalulah bawak hand sanitizer.lepas main,nak makan,nak tidur, basuh tangan or pakai hand sanitizer. botol susu cuci bersih-bersih.rajin-rajin sterilize.sebab ni la yang aku dok sterilize botol aufa tiap hari nih.banyak sangat kuman skang.haish.

16 May 2014

Hello Kitty | Circus of Life



Semalam puasa. puasa ganti.yes..i ganti puasa tak habis lagi.dah nak beranak baru kalut nak habiskan.isk..isk..tapi ok la tinggal tak berapa hari ja lagi.bukan macam kakaks-kakaks aku yang tak ganti-ganti puasa lagi bertimbun mengalahkan orang berpantang time bulan posa ja.bayor la fidyah lagi tahun ni kome-kome sekalian ye.ish,tapi aku pon ntah-ntah tak sempat ganti eh?

ok,kembali ke pangkal jalan cerita sebenar.dah posa,so time lunch dok membuang masa.tiba-tiba jumpa contest McDonald yang Hello Kitty tu. since aufa suka sangat Hello Kitty, so tergerak hati nak join.main game ja.tapi kena jadi top 10 or 20 la kalo nak dapat hadiah kan.aku game-game ni lemah sket.tapi cuba jalah kan dah kata nak buang masa.

ya..ya..aku tau contest ni dah lama start..tapi aku baru jumpa kan.so,baru nak main la.

Cara nak join :

Register untuk join contest
Main game dan kumpul mata

dapat hadiah apa?

dapat tiket ke Sanrio Hello Kitty Town, pastu dapat complete set of Hello Kitty Circus Of Life Plushies.oh,comel ni kalau letak dalam lemari display kan.

kalau agak memang takkan menang,pi beli ja dekat McDonald.




kalau tak menang pun tak ralat sebab tak tau ada berapa banyak dah plush toys hello kitty kat umah tu.teringin jugak nak bawak aufa pi Hello Kitty Town kat Johor tu.mesti dia suka gedik-gedik la kan.takpa-takpa.tunggu ibu beranak dulu.nanti kita pi.tak pun pi tidoq kat hotel Hello Kitty kat melaka tu pun dah ok.abah pun asyik sebut-sebut nak jalan-jalan Melaka.

eleh,abah tu janji nak pi Cameron Highland pun tak tertunai lagi..

oh, kami berjalan dalam negeri ja.nak pi luar negara tak mampu lagi.hehehe.in sya Allah..cuti susah sket.dapat pi Langkawi pun seronok tahap gaban dah.

eh.7-Eleven pun ada kumpul sticker lagi.last time kumpul untuk dapat loket Hello Kitty.berjaya dapat satu ja loket. this time kumpul stiker untuk dapat Bolario Bear sempena World Cup 2014.



ada la orang kat umah dok target dah nak collect sticker untuk redeem Brazil or Spain punya bear.kita tengok berjaya ka dak.

World Cup 2014 bulan June. time pantang. kalau abah aufa yang pantang maybe dia akan seronot tidak terhingga.tapi malangnya ibu yang pantang.so, tak dak makna la kan.

tapi, I BENCISSS BOLA!

Ginseng Sweets for Goodies?


Cousin husband nak kenduri kawin awal bulan 6 ni.aku rasa tak sempat nak pi kot.kalau tak beranak lagi time tu pun maybe aku dah tak mampu lagi nak berjalan-jalan.

Since sebelah family husband memang kalau kenduri, jenis sedara-mara suka tolong macam-macam dari segi barang dan keperluan, so kami pun cadang nak tolong la mak sedara dia serba sikit yang mana mampu. ada orang dah tolong beras, gula,minyak.so, kami tolong la beli dan packing kan sweets untuk goodie bag.tak buat la untuk semua jemputan.separuh ja.sebab separuh lagi ada orang nak amik.

So, last weekend pergi la kedai coklat dekat dengan umah aku.beli coklat beg-beg besar tu dapat la murah kan.kami amik coklat yang murah dan yang sedap.sebab kalo murah tapi rasa macam hampeh nanti orang buang ja.ada satu jenis coklat ni, tak perasan plak ada free coklat lain kat dalam dia.dok tengah-tengah packing tu baru perasan.tapi, coklat yang free tu coklat tak sedap.walaupun ada halal jakim yang sah, tapi perisa ginseng.sapa nak makan?nak-nak pulak kenduri dalam kampung.orang tengok tulis cina terus la orang buang.memang akan mendatangkan umpatan la.hehehe.



jadi, aku angkut la mai opis ni kan.kan kat opis ni aku sorang ja cina yang lain melayu..eh..aku sorang ja melayu,yang lain cina..budak malay laki sorang tu abaikan sebab macam tak wujud pun.hahahaha!

so, bila bawak benda makan untuk diagih-agihkan,perlulah disertakan dengan story dari mana datangnya coklat-coklat itu.ni antara soklan-soklan yang aku dapat,

"eh, husna you pergi korea?"


"eh, husband u rampas ke coklat ni?"


ha kan.aku pergi korea beli sweet 2 bungkus pastu balik malaysia bawak pegi jakim amik cop halal jakim pulak.gigih sungguh.

coklat 2 bungkus pun nak rampas memang penat la keja kan.

tapi, serious coklat ni berbau ginseng kuat gila.depa boleh dok ulang makan.sehari dah habis sebungkus.tapi takpalah, at least ada orang nak tolong habiskan.

dan aku dapat pi Korea...dalam mimpi.

12 May 2014

Selamat Hari Ibu : 7 lagu kegemaran saya


hari-hari,hari ibu.hari ibu adalah hari-hari.kalau saya duduk dengan mak,tiap hari pun nak peluk mak.tapi oleh sebab balik kampung 2 minggu sekali,jadi tiap kali balik, tak pernah miss peluk mak.bau mak memang wangi walaupun mak baru lepas siang ikan ataupun mak baru keluar toilet ataupun mak pakai minyak angin satu badan,tetap dapat detect bau mak yang sedap.hehehe.

sempena hari ibu, nak kongsi sikit lagu-lagu yang related kepada ibu dan menjadi kegemaran aku.

1. Ibu Mithali by Rabbani [Download Link]

lagu ni dari kecik lagi dok dengar dah nih.geng-geng nasyid skolah suka sangat la pilih lagu ni.saja nak tacing hati kawan-kawan kan.

2. Ibu by Shila Amzah [Download Link]

walaupun time ni lagu ni suara Shila Amzah masih kanak-kanak ribena, tapi sedap jugak dengar skali skala. tak sangka skang suara dia dah lain sangat dah kan.

3. Syurga di Telapak Kaki Ibu by Aisyah [Download Link]

Orang kalau suara sedap gemersik, nyanyi lagu Air Pasang Pagi pun sedap mendayu-mendayu.apatah lagi nyanyi lagi ibu-ibu ni kan.memang tacing.

4. Untukmu Ibu by Exist [Download Link]

ni zaman muda mudi dulu kemain la.tiap hari dengar kot.cair taik telinga.kalau pi karaoke ramai la suka amik lagu ni kan.eleh....

5. Kasihnya Ibu by Sharifah Aini [Download Link]

walaupun lagu ni klasik sket,tapi still sedap dengar.nak kata aku macam orang tua pun kata la.tapi lagu-lagu lama camni memang sedap.tak perlu jerit-jerit macam nak berak.macam lagu zaman skang.

6. Kaseh Hajar by Ibu Lin [Download Link]

walaupun lagu ni tak bertajuk Ibu, tapi masih berkaitan aku rasa. bila dengar lagu ni teringat drama Hajar Aswad dan 7 ramadhan.dua-dua pun best.

7. Arjuna Beta by Fynn Jamal [Download Link]

and again, lagu ni terpilih.i loike!

ok.siap.7 biji lagu feveret yang berkaitan dengan ibu dan sedap didengar. kenapa 7 buah lagu dan bukan 10? ntah la.hehe.

apa lagu ibu feveret anda pulak?



p/s : malam tadi aufa dok panggil ibu..ibu..ibu...pastu PAPP!!! dia ketuk kepala dengan hanger.ibu terus murka dan menjadi godzilla.seraya itu juga aufa melarikan diri masuk bilik.ibu ligan dan buat muka marah.aufa teriak,sambil panggil lagi ibu...ibu..ibu....hati jantung ibu cair luruh jatuh atas lantai.sekian.

09 May 2014

Saya mengidam Mulberry!

aku bukan orang kaya, dan aku jugak agak kedekut nak spend untuk benda tak 
penting macam handbag.especially branded handbag.so, kalau dapat beli designer 
inspired handbag aka beg tiruan gred AAA pun dah ok.no complain.kalau boleh beg 
yang boleh pakai pi kerja dan pakai pi kenduri dan pakai berjalan adalah beg 
yang sama tanpa perlu salin menyalin.senang dan cepat.

oleh sebab sekarang dah beranak pinak, jadi handbag harus juga berkeluasan 
beberapa meter persegi sebab banyak benda nak simpan selain dari purse dan 
henset.nak simpan pampers,botol susu, biskut, tisu,almari, tv, basikal, 
katil,bantal.semua lah.

baru-baru ni husband bising.katanya beg yang aku pakai sekarang dah lama 
sangat.memang lama pun.2 tahun dah kot.tapi masih elok.beg beli kat jalan masjid 
india ja pun.so, aku cakap kalau nak belikan beg baru, kita pi cari dekat uptown 
Batu Feringgi. tengok...contoh isteri yang baik ni.tak meminta-minta dan membebankan suami.cewahhh....cepat hentuk kepala kat dinding (-_-) ~

round punya round, jumpa la satu beg nih. oleh sebab aku ni jakun,kampung dan 
bukan fashionista, so tak tau pun kata beg tu brand Mulberry sebab dia cuma 
letak simbol ja kat depan beg tu. balik rumah buka FB baru terperasan beg itu 
berjenama Mulberry, British punya brand.



handbag Mulberry, bukan buah Mulberry....buah ni ada kat depan umah aku.



yang aku tengok lebih kurang cam gini.cun tak?cantik tak?

rasanya design-design dia yang lain pun suma cantik. boleh tengok kat official web dia 

jangan lupa ushar harga dia skali na.hehehe.

tapi serius cantik walaupun yang aku tengok tu gred AAA.ok jugak la tengok kualiti tu. tapi, bangla tu 
letak harga RM200! aku tau kalau deal lama-lama memang bleh turun sampai under 
RM100. tapi napa ntah aku tak jadi amik.so,menyesal disitu.

lepas beberapa hari, aku jumpa dalam facebook orang jual purse Mulberry.cantik 
sangat adoiyaiii...tapi harga RM70 kalau tak silap.mak aii..beg aku bleh dapat 
under RM100.purse dia saja RM70.tak untun...tak untun...

sampai ke hari ni masih teringin nak beli beg dan purse tu.tapi dekat Batu 
Feringgi hari tu tak jumpa pun purse Mulberry.cuba beg ja.nak beli yang ori kena 
gadai la tanah,rumah,kereta semua kan.so, i tanam azam nak beli yang gred AAA ja 
lah.isk..isk...

oh Mulberry...

p/s : beli dah beg, 2 dalam 1.bawak pi kerja dan pi jalan-jalan.clearance sale 
punya beg.hahaha.jenama? lupa

[bukak drawer,tengok brand beg]

Alain Delon ~ jenama pun lupa.

p/s 2 : tapi masih teringin nak beg Mulberry gred AAA. 
perkataan 'gred AAA' tak lupa letak belakang ayat.

08 May 2014

Apa itu Braxton Hicks?

Image credit to Pea in the Blog

Braxton Hicks ni macam false contraction. tak ada la sesakit contraction betul.rasa dia macam sengal, sentap-sentap sket la. Asal nama Braxton Hicks ni adalah dari nama seorang doktor Inggeris bernama John Braxton Hicks yang mula-mula describe pasal Braxton Hicks ni. 

Hick, Hic...bunyi macam hiccup. atau dengan kata yang mudah lagi sedu.baby pun hiccup dalam perut.tapi cuma rasa geli-geli saja.tapi ini lain. bukan geli-geli.

Braxton Hicks ni terjadi bila otot uterus (rahim) mengecut. ala-ala praktis nanti nak beranak la.nak train otot-otot rahim sebagai persediaan saat nak bersalin nanti.tapi tak semua orang boleh rasa.rasa dia sat-sat ja.so, jangan konpius plak dengan real contraction.beza banyak hokey.tapi napa ntah sampai harini aku macam dah lupa macamana sakit contraction tu.tapi aku lebih ingat macam mana sakit time kena jahit tu.dan sakitnya hati jadi bahan tontonan nurse-nurse masa tengah jahit tu sebab luka aku lain macam, jadi semua pakat masuk tengok free show.sakitnya hatiiii.....

ok, berbalik kepada Braxton Hicks. kenapa tiba-tiba story pasal Braxton Hicks? 

sebab aku dah mula rasa skang.adoi...sakit plak rasa walaupun sekali sekala.risau plak.takut plak terberanak awal.dalam sehari ada la sekali dua kot.tapi tak dak la setiap hari.sentap jugak la bila jadi.sentapnya macam senggugut yang tiba-tiba menyerang.

tolong la baby oii..kalo nak keluar awal,awal seminggu macam kakak sudah la.jangan awal melampau-lampau sangat.tak prepare lagi nih.

selalu kalau sakit camni, aku kena duduk tegak diam-diam or baring mengiring.time aufa dulu macam tak rasa plak Braxton Hicks bagai nih.mungkinkah sebab ni second baby, sana sini dah loose.so, terasa la sakit sana sini.macam anak dah lapan.hahaha.tu la dulu takmo pantang betul-betul kan.

ok.kali ni saya berazam untuk berpantang dengan bersungguh-sungguh dan berehat bersungguh-sungguh supaya dapat kembali sihat seperti masa anak dara dulu.

err..mungkin takkan sama lagi macam zaman anak dara.mak dara boleh kot. asal perut tak gelebeh, bontot dan breast tak jatuh ke lantai sudah. hehehe.teringat bidan mengurut aku 2 tahun lepas cakap, perut biar kempis, buah dada jangan sampai buka-buka baju dalam terus jatuh ke paha. begitu jelas,terang lagi nyata term-term yang dia guna.

dari cerita pasal Braxton Hicks terus merewang ke cerita buah dada.ok.bye.

p/s : akhir-akhir ni Aufa kalau tengok bra or abah tak pakai baju, mesti nak cakap, "ee..tetek..tetek". ntah sapa la ajaq ntah.blajar kat umah bs kot.ajaq la sebut "breast" ka.ni "tetek".tak komersial langsung.

p/s 2 : nak apply reserved parking tak boleh sebab vendor.so apply access untuk husband hantar sampai depan pintu building jalah.kau bayangkan nak jalan dari tempat parking dah jauh gila.lepas tu, bila masuk building, nak jalan ke lab seganda lagi perjalanan.jauh tahap gaban.serius...

07 May 2014

Arjuna Beta by Fynn Jamal

Try nyanyi lagu ni time tengah tidurkan anak.

apa rasa?

Arjuna Beta by Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



p/s : Saja gatai hari rabu.harini puasa.tak larat nak buat keja.nak menaip banyak pun tak larat. recently asyik dengar lagu ni.

06 May 2014

Aufa's First Wooden Toys

Akhirnya beli jugak wooden toys untuk aufa. sebelum ni tiap kali jumpa rasa macam eh nak beli ke tak eh.kang dia baling-baling ja tak main pun.berbaloi ka eh.macam mahal ja.baik aku potong kotak buat shape-shape pastu suruh dia susun.rajin sangat la kan nak DIY nih.nak masak nasik pun macam nak merangkak pi dapur kan.tapi bila abah aufa dah bagi green light, sambar teros.

haritu jumpa kat kedai mana ntah jual wooden toys nih. mahal nak mampos, padahal made in taiwan ka china ntah.pehal la mahal sangat ntah.aku tau la wooden kan.tapi takkan mahal sangat kot.harga biar logik. bukan la aku kedekut sangat nak spend untuk development anak aku sendiri.tapi kalau harga mahal sangat, tapi output sama macam mainan murahan, kenapa nak bazir?kalau beli mainan mahal,tapi biar anak main sorang-sorang pun tak mau jugak.

Kali ni jumpa wooden toys yang memang murah la dari harga yang aku pernah jumpa.boleh accept la. aku amik dua set. tak tau la kot ada yang lagi murah.

British Card Numbers
British Card Alphabets

Nombor dan alphabet tu boleh susun dalam lopak-lopak tu. ikut shape. tapi toys ni untuk 3 years old above. tapi aku beli jugak.hehehe.walaupun Aufa tak betul-betul kenal lagi huruf dan nombor, tapi at least dia dah boleh kira, pastu boleh la cari bentuk-bentuk dan suaikan.macam main puzzle la.pastu kat card tu kan ada gambar animals.so boleh kenal-kenal jugak.


tapi.....dia main la 15 minit kot.pastu....


dia bleh pi main plastik yang balut kotak toys tu.yang ada gelembung-gelembung udara boleh picit-picit tu.haih.ibu pulun beli wooden toys bagai,yang tu jugak yang dia nak main. duduk kemain la senonoh.seluar hilang mana dah. patut la sebelum buka kotak tu, abah dia dah cakap.tengok la satgi apa benda dia nak pegang dulu.toys tu ka atau plastik bubble tu. camni baik ibu pi beli plastik bubble tu buang sedozen.main tu pun kira koordinasi jari jemari jugak.hehehe.

maybe tak sampai age dia lagi kot.so boring sikit la nak main numbers dan alphabets kan. tapi tak pa, ibu akan berusaha lagi.hehehe.

oh.lupa nak bagitau. wooden toys comels tu beli kat FB Pinky Mommy

05 May 2014

TB, Cikenit dan Charlie


bukan TV,tapi Tibi (TB) yakni Tuberkulosis.tak tau lagi apa dia? penyakit BATUK KERING la. kenapa tiba-tiba hari ni nak story pasal penyakit batuk kering plak kan? sebab budak opis aku sorang ni dah kena TB.tetiba ja.ntah mana dia angkut virus pun tak tau.

yang menakutkan sket, dia memang dah batuk agak lama la.aku rasa dari awal bulan 3 kot.tapi dia kata dia pi check up banyak kali.tapi doktor cakap tak ada apa.tak diagnos apa-apa pun.kebetulan last week dia cuti seminggu sebab ada operation.so, dah lepas seminggu,tiba-tiba doktor cakap dia kena TB plak.so sambung la lagi cuti.

kat opis ni, tak semua orang tau lagi pasal dia kena TB.depa takmo la satgi pakat panik huru hara plak kan. tapi management opis dah tau la.tak tau la depa nak suruh pakat-pakat pi buat check up ka pa.so far, dalam lab ni semua sihat-sihat lagi la.alhamdulillah.

aku takut jugak la sebab budak tu dok belakang aku ja kot.pastu sometimes dia ada jugak mai dekat aku tanya something.pastu dok satu lab beraircond plak.pengudaraan dok circulate dalam ni jalah.takut tak?takut kan? hehehe.

tapi family dia semua sihat-sihat.so, depa syak dia kena time dok kat spital la kot.kot jelah. tapi, harap-harap tak sempat la dia sebarkan virus kat opis ni kan.

aku ada terbaca satu artikel:


"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG."


tengok..tengok..dah cucuk pun tak selamat.sama level ja dengan orang tak cucuk.jadi kau sama level ja dengan bangla,indon yang masuk keja kat malaysia ni ye.masih terdedah dengan macam-macam penyakit. macam cucuk MMR la, cucuk pun still kena jugak.tapi penyakit ni, kalau dah Tuhan nak uji, nak kena,kena la jugak walaupun ang duduk dalam balang.

kakak aku cakap dia sakit bahu.tak tau silap tidoq ka pa.tapi telan air liur sakit.aku cakap, pi check la mana tau tiroid ka, nak bengkak cantik ka.dulu dia dok sakit belakang leher, ropa-ropanya kena CIKENIT.tau cikenit? macam hama tu.dia punya sakit tu macam cedera parah.dia punya cengkaman kaki tu tahap kena tarik dengan dua-dua tangan.dia punya bekas gigitan tu seminggu lebih baru lega.dia punya parut tu perrghhh...macam kena charlie.tau charlie? taktau cari sendiri.aku ada lagi parut cikenit walaupun dah pudar kat kaki ni.dah 3,4 tahun kot.

Cikenit cam gini rupanya.jumpa gambar yang ni ja.

tapi aku tak pernah la plak kena CHARLIE walaupun time matrikulasi dulu charlie menyerang maha hebat,macam ikan todak serang singapura.nak duduk berak tengok penuh atas mangkuk tandas.nak sidai towel tengok dia dok jalan-jalan atas dinding.amik baju kat ampaian kalau tak kibas-kibas dulu memang menempah maut la.macam bom jangka.skali kena memang terus plan nak buat plastic surgery lah kan.kalau musim charlie mengganas tu, turun kafe memang nampak la muka manusia-manusia malang yang terkena kat muka.tahap macam kena asid.kesian sungguh.alhamdulillah la aku tak pernah kena.maybe sebab aku takut sangat jadi sangat lah berhati-hati.masuk toilet aku sembur satu toilet abis semua dinding-dinding nak makesure selamat.paranoid.

Ni plak rupa si Charlie.gambar dari Google.Credit tu tuan punya gambar. Gambar kesan kena Charlie ni Google la sendiri. ngeri plak nak tengok. serius teruk.

p/s : Tibi adalah penyakit. Cikenit dan Charlie adalah serangga ye kawan-kawan.

02 May 2014

Projek DIY dah siap, yeay!!

Alhamdulillah.semalam cuti buruh berjaya jugak siapkan sarung tilam baby (baca SINI).membanting tulang,berpeluh-peluh sebaldi.letih ooii..jahit tu tak letih sangat la.tapi paling letih sebab Aufa kacau.kacau yang memang kacau daun betul-betul la.dia pegang sana,dia pegang sini.tak sampai dia amik kerusi, nak jugak sentuh-sentuh. ibu dok sabar la tak mau bertukar jadi godzilla sebab nak siapkan jugak sarung tilam. nak pulangkan mesin jahit orang yang dah pinjam seminggu tu.

akhirnya siap jugak.

tada....


cantik tak dek nonnn??? tolong cakap cantik. penat aku jahit. 2 tahun sekali kot nak jahit benda-benda penting cam gini ha.sarung bantal peluk tu tak letak tali dan ikat lagi kat hujung.so masih ternganga.

luaran memang marveles, tapi kalau pusing tengok sebelah dalam pengsan.hahaha.buruk la sikit belah dalam.tukang jahit amatur kan.bedal ja asal kain bercantum sudah.


ni pulun tangkap gambaq time aufa tak dak sebab dia marah buh sarung tilam lain kat tilam dia. manyak kudukut itu budak.tu baru sarung tilam.kalau dia tengok bantal tu lagi mengamuk tahap ultraman taro la sebab bantal kat dalam tu bantal dia punya.bantal busuk dia aku rasa ada 8 bijik dah kot.

untuk menampakkan lagi semua dah lengkap, letak dalam beg pulak..


abaikan keadaan sekeliling, dengan stok pampers aufa sampai hujung tahun ke hapa. abaikan pelekat PAID C-mart kat beg.cuma fokuskan kepada tilam comel didalam beg. 

DAH SIAP!

01 May 2014

Selamat Hari Pekerja!


Awat gambaq labour day semua pun buruk-buruk belaka ha.

Yeayyy!! hari ni cuti. walaupun cuti tengah-tengah minggu, dan jumaat masih perlu bekerja, tapi hati tetap gumbira.sekali sekali cuti sehari tengah-tengah minggu ni best jugak kan.rasa macam serabut-serabut buat keja pastu tiba-tiba stop sehari.oh,seronotnyier....hehehe (padahal sehari ja pun).

apa nak buat hari ni? tidur? melepak tengok tv sampai malam? menziarah jiran tetangga?oh no..tiap-tiap hari pun tidur, tv pun bukan ada cita best pun.cita ulangan ja.pastu drama melayu poyo.jiran tetangga tak yah ziarah sebab depa pun nak rehat kan.tak baik kacau orang cuti-cuti nih.hehehe.

so, hari ni plan nak sudahkan Projek DIY,tinggal sarung bantal ja tak siap lagi.yang lain dah siap.dan paling penting nak kemas rumah.aku tak tau la pasaipa aku suka sangat kemas rumah.suka sangat-sangat hokeh.walaupun rasa tak larat sangat, tetap la nak susun sikit,walaupun sikit,walaupun sekadar betulkan bantal yang senget atas katil.bukan la nak kata diri sendiri ni rajin sangat kan.bahahaha..tapi aku rasa majoriti pompuan memang suka kan bersih-bersih.barang-barang nak organize. orang kata kalau ada anak ni, susah la nak mengemas.kemas sat, 5 minit pastu dah bersepah.memang pun cam gitu.hehehe.

jadi, apa anda buat cuti hari ni? tolong jangan tidoq seharian sebab anda akan terlepas banyak benda yang best di dunia ni.(padahal jeles orang lain bleh tidoq lama). 

p/s : Tiba-tiba teringat, labour day 2007 adalah cuti terakhir arwah abang aku spend masa kat rumah. kali terakhir jugak aku jumpa dia.balik cuti kali tu dia suka duduk lepak termenung depan pintu. sambil nyanyi lagu "Rindu Serindu-Rindunya" kumpulan Spoon.Ogos 2007 dia dah tak dak.so dah 7 tahun. Al-Fatihah ~