20 May 2014

Aufa, Demam dan Ulser

aku rasa sepanjang 2 tahun lebih ni, Aufa baru sekali kot kena ulser.tu pun sikit dan sat ja. last week asyik dok demam on off.kalau dok main, badan tak panas.tapi kalau duduk senyap-senyak tengok tv mula la suhu badan naik.ingat demam macam biasa ja sebab kan dah lama musim panas, pastu lately hujan.ingat sebab perubahan cuaca la.

lepas tu, pagi khamis, babysitter sms cakap mulut aufa ada ulser.dia tak nangis cuma merengek cakap sakit gigi.susu pun tak berapa nak minum.cakap pun tak berapa.maybe sebab dok tahan sakit.

petang khamis tu balik kerja terus bawak pegi jumpa doktor.nasib baik la depan doktor dia mau buka mulut.doktor cakap banyak jugak ulser dia.merah abis satu mulut.sampai bengkak sikit pipi.badan pun panas jugak.38.5 padahal masa kuar rumah badan tak panas pun. oleh sebab hampir 40, doktor masukkan ubat ikot bontot la. doktor cakap sebab infection.so,bila infection tekak dia jadi merah,ulser pastu melarat la demam.

lepas masuk ubat ikot bonto,nangis sat.15 saat kot.lepas tu sambung main. 


kalau mai klinik ni memang terus lega sakit demam dia.tapi by the time masuk bilik doktor,sakit balik.kuar bilik doktor hilang sakit.



tengok ikan dalam kolam. dalam klinik ni ada kolam ikan.pastu ada titi.nak masuk bilik doktor lintas titi kayu tu.best kan?best kan? hehehe..

actually ni hospital. Children Hope Hospital kat Sg. Ara. suka mai sini sebab doktor dia best.sangat friendly.


tu aufa tengah berdiri atas titi tu lah. dalam kolam ada ikan kap.dan banyak duit syiling.maybe orang buat wish then baling syiling dalam tu kot.hehehe


kena buang kasut ye.tak luas pun.tingkat bawah klinik.tingkat atas ward.

dulu ada skali aufa hampir la masuk ward kat sini sebab muntah-muntah,kurang air.tapi lepas balik dari klinik terus dia mau minum air dan sihat.so alhamdulillah la tak payah masuk ward.

dan sejak tak sihat ni boleh la akai baru.nak tarik perhatian.sat dia nak tidur dalam buai,sat dia nak tidur atas katil.dengan abah memang bermusuhan la.melainkan abahnak pi kedai.

alhamdulillah la minggu ni ulser aufa dah lega banyak.tapi bersambung pulak dengan selsema dan batuk kahak. sekarang memang musim budak-budak kecik tak sihat. ramai betul yang kena ulser. semalam bawak aufa pi klinik lagi sebab malam-malam dia dok teriak macam sakit.rupanya sakit tekak nak selsema la.ulser ada la sikit lagi kat pipi tu tapi rasanya dah tak sakit sebab dia pun dah tak kemam mulut dan tak mengadu sakit gigi.

so,ibu-ibu sekalian sila beware. tak payah la keluar rumah sangat buat masa ni ye.selalulah bawak hand sanitizer.lepas main,nak makan,nak tidur, basuh tangan or pakai hand sanitizer. botol susu cuci bersih-bersih.rajin-rajin sterilize.sebab ni la yang aku dok sterilize botol aufa tiap hari nih.banyak sangat kuman skang.haish.

No comments: