06 May 2014

Aufa's First Wooden Toys

Akhirnya beli jugak wooden toys untuk aufa. sebelum ni tiap kali jumpa rasa macam eh nak beli ke tak eh.kang dia baling-baling ja tak main pun.berbaloi ka eh.macam mahal ja.baik aku potong kotak buat shape-shape pastu suruh dia susun.rajin sangat la kan nak DIY nih.nak masak nasik pun macam nak merangkak pi dapur kan.tapi bila abah aufa dah bagi green light, sambar teros.

haritu jumpa kat kedai mana ntah jual wooden toys nih. mahal nak mampos, padahal made in taiwan ka china ntah.pehal la mahal sangat ntah.aku tau la wooden kan.tapi takkan mahal sangat kot.harga biar logik. bukan la aku kedekut sangat nak spend untuk development anak aku sendiri.tapi kalau harga mahal sangat, tapi output sama macam mainan murahan, kenapa nak bazir?kalau beli mainan mahal,tapi biar anak main sorang-sorang pun tak mau jugak.

Kali ni jumpa wooden toys yang memang murah la dari harga yang aku pernah jumpa.boleh accept la. aku amik dua set. tak tau la kot ada yang lagi murah.

British Card Numbers
British Card Alphabets

Nombor dan alphabet tu boleh susun dalam lopak-lopak tu. ikut shape. tapi toys ni untuk 3 years old above. tapi aku beli jugak.hehehe.walaupun Aufa tak betul-betul kenal lagi huruf dan nombor, tapi at least dia dah boleh kira, pastu boleh la cari bentuk-bentuk dan suaikan.macam main puzzle la.pastu kat card tu kan ada gambar animals.so boleh kenal-kenal jugak.


tapi.....dia main la 15 minit kot.pastu....


dia bleh pi main plastik yang balut kotak toys tu.yang ada gelembung-gelembung udara boleh picit-picit tu.haih.ibu pulun beli wooden toys bagai,yang tu jugak yang dia nak main. duduk kemain la senonoh.seluar hilang mana dah. patut la sebelum buka kotak tu, abah dia dah cakap.tengok la satgi apa benda dia nak pegang dulu.toys tu ka atau plastik bubble tu. camni baik ibu pi beli plastik bubble tu buang sedozen.main tu pun kira koordinasi jari jemari jugak.hehehe.

maybe tak sampai age dia lagi kot.so boring sikit la nak main numbers dan alphabets kan. tapi tak pa, ibu akan berusaha lagi.hehehe.

oh.lupa nak bagitau. wooden toys comels tu beli kat FB Pinky Mommy

No comments: