16 May 2014

Ginseng Sweets for Goodies?


Cousin husband nak kenduri kawin awal bulan 6 ni.aku rasa tak sempat nak pi kot.kalau tak beranak lagi time tu pun maybe aku dah tak mampu lagi nak berjalan-jalan.

Since sebelah family husband memang kalau kenduri, jenis sedara-mara suka tolong macam-macam dari segi barang dan keperluan, so kami pun cadang nak tolong la mak sedara dia serba sikit yang mana mampu. ada orang dah tolong beras, gula,minyak.so, kami tolong la beli dan packing kan sweets untuk goodie bag.tak buat la untuk semua jemputan.separuh ja.sebab separuh lagi ada orang nak amik.

So, last weekend pergi la kedai coklat dekat dengan umah aku.beli coklat beg-beg besar tu dapat la murah kan.kami amik coklat yang murah dan yang sedap.sebab kalo murah tapi rasa macam hampeh nanti orang buang ja.ada satu jenis coklat ni, tak perasan plak ada free coklat lain kat dalam dia.dok tengah-tengah packing tu baru perasan.tapi, coklat yang free tu coklat tak sedap.walaupun ada halal jakim yang sah, tapi perisa ginseng.sapa nak makan?nak-nak pulak kenduri dalam kampung.orang tengok tulis cina terus la orang buang.memang akan mendatangkan umpatan la.hehehe.



jadi, aku angkut la mai opis ni kan.kan kat opis ni aku sorang ja cina yang lain melayu..eh..aku sorang ja melayu,yang lain cina..budak malay laki sorang tu abaikan sebab macam tak wujud pun.hahahaha!

so, bila bawak benda makan untuk diagih-agihkan,perlulah disertakan dengan story dari mana datangnya coklat-coklat itu.ni antara soklan-soklan yang aku dapat,

"eh, husna you pergi korea?"


"eh, husband u rampas ke coklat ni?"


ha kan.aku pergi korea beli sweet 2 bungkus pastu balik malaysia bawak pegi jakim amik cop halal jakim pulak.gigih sungguh.

coklat 2 bungkus pun nak rampas memang penat la keja kan.

tapi, serious coklat ni berbau ginseng kuat gila.depa boleh dok ulang makan.sehari dah habis sebungkus.tapi takpalah, at least ada orang nak tolong habiskan.

dan aku dapat pi Korea...dalam mimpi.

No comments: