09 May 2014

Saya mengidam Mulberry!

aku bukan orang kaya, dan aku jugak agak kedekut nak spend untuk benda tak 
penting macam handbag.especially branded handbag.so, kalau dapat beli designer 
inspired handbag aka beg tiruan gred AAA pun dah ok.no complain.kalau boleh beg 
yang boleh pakai pi kerja dan pakai pi kenduri dan pakai berjalan adalah beg 
yang sama tanpa perlu salin menyalin.senang dan cepat.

oleh sebab sekarang dah beranak pinak, jadi handbag harus juga berkeluasan 
beberapa meter persegi sebab banyak benda nak simpan selain dari purse dan 
henset.nak simpan pampers,botol susu, biskut, tisu,almari, tv, basikal, 
katil,bantal.semua lah.

baru-baru ni husband bising.katanya beg yang aku pakai sekarang dah lama 
sangat.memang lama pun.2 tahun dah kot.tapi masih elok.beg beli kat jalan masjid 
india ja pun.so, aku cakap kalau nak belikan beg baru, kita pi cari dekat uptown 
Batu Feringgi. tengok...contoh isteri yang baik ni.tak meminta-minta dan membebankan suami.cewahhh....cepat hentuk kepala kat dinding (-_-) ~

round punya round, jumpa la satu beg nih. oleh sebab aku ni jakun,kampung dan 
bukan fashionista, so tak tau pun kata beg tu brand Mulberry sebab dia cuma 
letak simbol ja kat depan beg tu. balik rumah buka FB baru terperasan beg itu 
berjenama Mulberry, British punya brand.



handbag Mulberry, bukan buah Mulberry....buah ni ada kat depan umah aku.



yang aku tengok lebih kurang cam gini.cun tak?cantik tak?

rasanya design-design dia yang lain pun suma cantik. boleh tengok kat official web dia 

jangan lupa ushar harga dia skali na.hehehe.

tapi serius cantik walaupun yang aku tengok tu gred AAA.ok jugak la tengok kualiti tu. tapi, bangla tu 
letak harga RM200! aku tau kalau deal lama-lama memang bleh turun sampai under 
RM100. tapi napa ntah aku tak jadi amik.so,menyesal disitu.

lepas beberapa hari, aku jumpa dalam facebook orang jual purse Mulberry.cantik 
sangat adoiyaiii...tapi harga RM70 kalau tak silap.mak aii..beg aku bleh dapat 
under RM100.purse dia saja RM70.tak untun...tak untun...

sampai ke hari ni masih teringin nak beli beg dan purse tu.tapi dekat Batu 
Feringgi hari tu tak jumpa pun purse Mulberry.cuba beg ja.nak beli yang ori kena 
gadai la tanah,rumah,kereta semua kan.so, i tanam azam nak beli yang gred AAA ja 
lah.isk..isk...

oh Mulberry...

p/s : beli dah beg, 2 dalam 1.bawak pi kerja dan pi jalan-jalan.clearance sale 
punya beg.hahaha.jenama? lupa

[bukak drawer,tengok brand beg]

Alain Delon ~ jenama pun lupa.

p/s 2 : tapi masih teringin nak beg Mulberry gred AAA. 
perkataan 'gred AAA' tak lupa letak belakang ayat.

No comments: