12 May 2014

Selamat Hari Ibu : 7 lagu kegemaran saya


hari-hari,hari ibu.hari ibu adalah hari-hari.kalau saya duduk dengan mak,tiap hari pun nak peluk mak.tapi oleh sebab balik kampung 2 minggu sekali,jadi tiap kali balik, tak pernah miss peluk mak.bau mak memang wangi walaupun mak baru lepas siang ikan ataupun mak baru keluar toilet ataupun mak pakai minyak angin satu badan,tetap dapat detect bau mak yang sedap.hehehe.

sempena hari ibu, nak kongsi sikit lagu-lagu yang related kepada ibu dan menjadi kegemaran aku.

1. Ibu Mithali by Rabbani [Download Link]

lagu ni dari kecik lagi dok dengar dah nih.geng-geng nasyid skolah suka sangat la pilih lagu ni.saja nak tacing hati kawan-kawan kan.

2. Ibu by Shila Amzah [Download Link]

walaupun time ni lagu ni suara Shila Amzah masih kanak-kanak ribena, tapi sedap jugak dengar skali skala. tak sangka skang suara dia dah lain sangat dah kan.

3. Syurga di Telapak Kaki Ibu by Aisyah [Download Link]

Orang kalau suara sedap gemersik, nyanyi lagu Air Pasang Pagi pun sedap mendayu-mendayu.apatah lagi nyanyi lagi ibu-ibu ni kan.memang tacing.

4. Untukmu Ibu by Exist [Download Link]

ni zaman muda mudi dulu kemain la.tiap hari dengar kot.cair taik telinga.kalau pi karaoke ramai la suka amik lagu ni kan.eleh....

5. Kasihnya Ibu by Sharifah Aini [Download Link]

walaupun lagu ni klasik sket,tapi still sedap dengar.nak kata aku macam orang tua pun kata la.tapi lagu-lagu lama camni memang sedap.tak perlu jerit-jerit macam nak berak.macam lagu zaman skang.

6. Kaseh Hajar by Ibu Lin [Download Link]

walaupun lagu ni tak bertajuk Ibu, tapi masih berkaitan aku rasa. bila dengar lagu ni teringat drama Hajar Aswad dan 7 ramadhan.dua-dua pun best.

7. Arjuna Beta by Fynn Jamal [Download Link]

and again, lagu ni terpilih.i loike!

ok.siap.7 biji lagu feveret yang berkaitan dengan ibu dan sedap didengar. kenapa 7 buah lagu dan bukan 10? ntah la.hehe.

apa lagu ibu feveret anda pulak?



p/s : malam tadi aufa dok panggil ibu..ibu..ibu...pastu PAPP!!! dia ketuk kepala dengan hanger.ibu terus murka dan menjadi godzilla.seraya itu juga aufa melarikan diri masuk bilik.ibu ligan dan buat muka marah.aufa teriak,sambil panggil lagi ibu...ibu..ibu....hati jantung ibu cair luruh jatuh atas lantai.sekian.

No comments: