01 May 2014

Selamat Hari Pekerja!


Awat gambaq labour day semua pun buruk-buruk belaka ha.

Yeayyy!! hari ni cuti. walaupun cuti tengah-tengah minggu, dan jumaat masih perlu bekerja, tapi hati tetap gumbira.sekali sekali cuti sehari tengah-tengah minggu ni best jugak kan.rasa macam serabut-serabut buat keja pastu tiba-tiba stop sehari.oh,seronotnyier....hehehe (padahal sehari ja pun).

apa nak buat hari ni? tidur? melepak tengok tv sampai malam? menziarah jiran tetangga?oh no..tiap-tiap hari pun tidur, tv pun bukan ada cita best pun.cita ulangan ja.pastu drama melayu poyo.jiran tetangga tak yah ziarah sebab depa pun nak rehat kan.tak baik kacau orang cuti-cuti nih.hehehe.

so, hari ni plan nak sudahkan Projek DIY,tinggal sarung bantal ja tak siap lagi.yang lain dah siap.dan paling penting nak kemas rumah.aku tak tau la pasaipa aku suka sangat kemas rumah.suka sangat-sangat hokeh.walaupun rasa tak larat sangat, tetap la nak susun sikit,walaupun sikit,walaupun sekadar betulkan bantal yang senget atas katil.bukan la nak kata diri sendiri ni rajin sangat kan.bahahaha..tapi aku rasa majoriti pompuan memang suka kan bersih-bersih.barang-barang nak organize. orang kata kalau ada anak ni, susah la nak mengemas.kemas sat, 5 minit pastu dah bersepah.memang pun cam gitu.hehehe.

jadi, apa anda buat cuti hari ni? tolong jangan tidoq seharian sebab anda akan terlepas banyak benda yang best di dunia ni.(padahal jeles orang lain bleh tidoq lama). 

p/s : Tiba-tiba teringat, labour day 2007 adalah cuti terakhir arwah abang aku spend masa kat rumah. kali terakhir jugak aku jumpa dia.balik cuti kali tu dia suka duduk lepak termenung depan pintu. sambil nyanyi lagu "Rindu Serindu-Rindunya" kumpulan Spoon.Ogos 2007 dia dah tak dak.so dah 7 tahun. Al-Fatihah ~

1 comment:

Anonymous said...

Pembetulan..2006..mei 2006 last dia blk..ogos 2006 dia xda..rindu serindu rindunya..huhu