27 March 2015

Lunch di Roots cafe~

Assalamualaikum.

Salam jumaat. macam biasa hari jumaat selalu lunch dengan kakak-kakak office dekat luar. means hari jumaat akan makan sedap sikit la dari hari lain sebab hari-hari lain makan dekat kafeteria dalam kilang. menu macam dekat hospital la kan.

mesti konpius kan sebab cakap makan dengan "kakak-kakak office"? hehehe

yes, makan dengan kakak-kakak MELAYU, tapi depa ni under Keysight dan lain department. time makan jela boleh join2 gosip-gosip.maybe sebab tu jugak aku mampu bertahan lagi kerja kat sini.mihmihmih

ok, berbalik pada cerita lunch harini.

harini kitaorang nak try test makan kat satu restoran ni nama Roots. sebab utama dia ialah owner dia Melayu dan restoran dia kat tengah-tengah bayan baru.kira hebat jugak la malay dapat buka restoran ala cafe kat area ni kan. ada ja melayu lain bukak kedai makan.tapi KEDAI makan la.nasik campur. 

tapi Roots ni ala-ala cafe, menu western. tapi ada NASIK LEMAK PANDAN jugak.hehehe

lupa nak snap gambar kedai dari luar. so culik gambar google.mihmih

picture credit to Roots owner [search through Mr. Google]
somels tak interior dia? agak crowded tapi still cun. makanan? tunggu sat nak review sket.


Masuk kedai kami terus la cari tempat duduk padahal tak ada orang lagi pon time tu. Padahal sepatutnya masuk kedai kena terus pegi kaunter untuk order then baru dapat botol hitam tu untuk nombor meja. Cool kan? nombor meja tulis dekat botol.hehehe.


Buku menu yang agak buruk untuk kedai yang lawa. bersangka baik, mungkin buku menu temporary je kot. 

So, lunch set dia RM23.90 untuk

Main course [Grilled Chicken | Chicken Chop | Spaggetti | Nasi Lemak Pandan etc.]

+

Side Dish [Mushroom Soup | Ice Cream]

+

Beverages [Ice Lemon Tea | Juice (Apple,Pineapple,Orange,Mange) ]



Nak duduk meja belakang tu sebenarnya tapi tinggi sangat dan semua pun comel-comel takut nanti kaki tergantung-gantung.tak pun nak panjat kerusi tak sampai.kahkah

Kak Sara kemain terus grab majalah baca konon sambil menunggu nak baca buku tak mau semabng lagha.kuangkuang...bagus!




ni macam sudut bacaan gitu.serabut sket la. dan mesin jahit tu macam tak masuk dengan tema. memang classic tapi tak masuk.tak tau kenapa rasa cam tu.hehehe.



tu ada customer baru nak blah masa kitaorang baru masuk. Actually owner dia dulu seorang baker. sampai skang pun rasanya dia masih buat kek. then dia bukak kedai ni dengan husband dia.berenti keja. tapi tengah kat display tu tak banyak pun pilihan kek. tak siap lagi kot.dan tak try pun kek dia.

mungkin dia patut include kek sebagai pencuci mulut untuk set lunch or dinner. baru la dapat rasa then kalo sedap boleh la orang tempah kek ka kan.



Belakang divider tu ada lagi meja. refer gambar first kat atas. ada ruang macam untuk kids main. seram nak bawak aufa mai sini.hohoho.


Mushroom Soup sampai dulu. Sedap mushroom soup dia.cukup rasa.sedap dari mushroop soup Pizza.hehehe. (abaikan orang yang tengah menghirup sup, lapar benar dia,hihi)




ni Spaggetti Bolognese dia, bukan aku punya. depa cakap sedap jugak.dia ada letak chilli flakes.
Dish yang lain tak sempat snap semua dah ngap.hahaha

Oh, lupa. Special menu hari ni ialah Grilled Lamb. tak ada gambar, pegi makan sendiri. member yang amik Grilled lamb ni cakap ok la rasa dia. portion nampak macam besar tapi tulang je yang besar.hehehe.

 

Ni aku punya order. Grilled Chicken with Blackpepper Sauce.

SODAP !!

tapi tak puas hati dengan salad dia.ciput.sikit sangat.skali ngap dah habis semua salad.so, tak seimbang la kan.patut letak lebih la sket salad tu.




Bukti ksedapan. Tinggal daun ja atas pinggan. hahaha.

Boleh tahan makanan dia.yang lain tak tau la rasa camna kan. Sos dia rasa manis-manis sket, pedas-pedas sket.ok la.

Tapi juice dia bukan fresh juice ye. Rasanya juice Twister ja. but ok lah dengan harga set tu kot.

hantar whatsapp kat husband, dia cakap nanti kita pi.

nanti tu bila, sama-sama lah kita nantikan.hihi

ok.

bye.




No comments: