20 April 2015

[Giveaway] Drypers: Free Toddler Backpack dah dapat!

Assalamualaikum.


Lately asyik cari giveaway.kebuloq barang free.kahkah

Last few days, dapat toddler backpack dari drypers. dah daftart belum? kalau belum sepantas kilat pergi daftar cepat walaupun anak belum keluar perut.cepat!

ok.berhenti panik. aku pun sebenarnya panik sebab dia cakap daftar dan jadi ahli baru dapat.jadi aku pun panik sebab aku dah daftar 2,3 tahun lepas lagi.so melepas la...

tapi tu sebelum aku baca term and condition dia.mihmihmih..pastu baca kat forum drypers pun ramai ahli lama tanya nak jugak beg tu sebab cute sangat kan. then dia cakap ahli lama pun dapat.yang mana baby lahir 2013,2014,2015 dan yang pregnant tahun 2015. Aufa melepas la sebab dia lahir 2011 kan. nasib baik Amni ada. so dapat jugak la kan.





Syarat-syarat untuk dapat backpack ni ialah:

 Terhad kepada 20,000 pendaftaran baharu yang pertama.
 Setiap keluarga yang mendaftar hanya layak menerima satu (1) hadiah
 Layak untuk keluarga yangmempunyai anak yang lahir pada 2013,2014,2015 dan pada yang hamil pada tahun 2015.
 Penyertaan gerganda dari keluarga yang sama akan hilang kelayakan.
 SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagakan pendaftaran yang disebabkan gangguan talian internet.


Tada!!!




backpack in action !!





oh. Aufa's new haircut. bising babysitter 2,3 hari sebab dia cakap kenapa potong rambut aufa....bla..bla...boyish...bla..bla...


depa suka ikat rambut dia.so bila dah pendek, tak boleh dah la ikat kan.hahaha.takpa.nanti panjang la balik.lagipun skang musim panas.dia asyik menggaru-garu.rimas tengok.

skang asyik galas ja beg tu.makin parah la semangat nak pi sekolah.meraung-raung kat koridor bawah tu tak mau pi umah pengasuh tapi nak pi sekolah. sanggup bangun tidur awal, amik beg, buh buku dan kaler-kaler dia dalam tu.galas siap tunggu.hadoi...

bawah ni adik Amni in action. beg pinjam beg Adeena sat.Aufa yang buh kat adik dia.tengok-tengok dah pakai. yang adik pun buat bodo ja galas beg pi sana sini.tak dak perasaan.





yang dia tau gigit sana gigit sini,kutip sampah-sampah masuk mulut.huh.

ok.part paling tak boleh blah dalam post kali ni. aku pi daftar plak jadi ahli untuk husband aku. dapat la email yang tahniah dapat beg tu.tapi tak tau la nak dapat ke tak.tunggu jelah.

then, kakak-kakak aku pulak nak jugak.daftar lagi. husband kakak aku pun daftar.then abang aku pun daftar.so total beg yang tengah tunggu sampai kat umah adalah.......5 !!! tak termasuk yang aku dah dapat ni. gila kentang lenyek kan? hahahaha.

tak pasti skang boleh daftar tak lagi. web dia tak boleh bukak plak. tapi facebook dia boleh lagi. try lah.


bye!

No comments: