29 April 2015

[Resepi] Cheesekut ~

Assalamualaikum. 


First skali, resepi ni aku amik dari blog Namee Roslan. So, credit goes to Namee Roslan.

Resepi dia semua pun mudah-mudah.orang malas pun boleh bangun buat.tapi kalau dah bangun tu, tak malas dah la. pendek kata mudah la resepi dia dan konpem jadi. setakat ni baru try 2,3 resepi dia.

so, last week cuba buat cheesekut. Oleh sebab kat umah tak ada oven or mixer, so aku akan cari resepi yang mudah jala..yang boleh pukul pakai tangan dan tak perlu banyak effort sangat.yang kukus-kukus je.hehehe.

ok meh kita tengok bahan-bahan :


 cream cheese philadelphia (halal ye) or cari la cream cheese mana-mana yang suka. yang ni 250gm berat dia.

 biskut oreo. tapi aku tak beli oreo pun sebab rasa macam oreo manis sangat.so beli biskut ala-ala oreo yang koman-koman ja.kahkah

 susu pekat (tak dak dalam gambar)

 susu cair / susu fullcream dutch lady

 Biskut cracker (aku beli yang original)


ok.dah. simple je bahan.

ok,macamana buat?

 hancurkan biskut oreo, buang filling dia dulu.

 campur cream cheese + susu pekat + susu cair. gaulkan sampai sebati. susu cair jangan banyak takut cair. dalam 3,4 sudu. susu pekat kalo ikut resepi asal setengah tin.tapi aku letak suku ja.tu pun dah manis gila kot.cream cheese tu buh satu blog 250gm tu.aku blend ja semua.

 rendam sekejap biskut cracker dalam susu fullcream.sat saja.sebab takut lembik sangat.

 lepas tu, susun biskut dalam bekas.susun selapis dulu.

 then, letak cream cheese tadi selapis.

 kemudian tabur biskut oreo yang hancur tadi selapis.

 ulang langkah tadi sampai penuh bekas lah.tutup dan simpan dalam peti ais.makan sejuk-sejuk baru ada feel. kalo tak sejuk cepat muak plak makan.



Sedap sangat...oleh sebab aku dah kurangkan susu pekat kepada suku, so dia tak manis la melampau..sebab pikir aufa pun mesti nak makan so tak bleh manis-manis sangat kang melompat tak tidoq pulak.

hasil akhir tak tangkap gambar pun.macam biasa..lepas dah melantak licin baru teringat,halamakkk...lupa amik gambar selfie dengan cheesekut..

ok.bye.


No comments: