05 November 2015

Resepi Pai Epal Simple dan Mudah ala Mekdi

Assalamualaikum

Teringin sangat nak makan Pai Epal McD, tapi kan tengah boikot. rasanya start boikot dari 2010 kot. kau bayangkan tak makan McD berapa tahun. lalu depan McD meleleh air liur. apatah lagi bila musim Prosperity Burger. kalo makan nanti kena tuduh tak sensitif plak. yang bestnya kalau orang belanja tu on ja.huhuhu..yelah bukan duit sendiri yang keluar kan. jadi aku tipu la kalo 5 tahun pantang McD tu.kah.ye ye...memang ada aku makan sekali dua.tapi semua orang belanja. jadi bukan duit aku la yang derma untuk Yahudi bla..bla..bla.. tu. boleh ke camtu ha?

OK. sambung cerita pai epal.

Godek-godek resepi, resepi nak yang mudah ja.kalo kena bertungkus lumus just untuk prepare bahan.memang selamat tinggal la. So, terjumpa la satu resepi ni kat blog Lanun Ranggi.

Senang rupanya nak buat pai epal. aku ingat jenuh la nak menguli doh bagai kan. So, malam tadi dah try. jadi la.tapi ada kekurangan situ sini yang boleh perbaiki lepas ni.hehehe.


 Bahan-Bahan

Buah epal (merah/hijau)

Tepung Jagung

Serbuk Kulit Kayu Manis

Serbuk Buah Pala (Nutmeg Powder)

Gula Perang

Telur

Roti Gardenia







Aku guna epal merah yang besar godang yang manis tu. sebiji setengah.setengah lagi dah hilang dimakan kanak-kanak ribena.pastu aku add sikit buah lai sebab tengah potong buah lai untuk husband makan. kahkah

Potong buah epal dadu-dadu camtu. Pastu letak dalam saus pan. Buruk benor lah aku punya kuali leper. bertahun guna. orang kata tu tanda rajin masak.orang la kata bukan aku...


Lepas tu masukkan gula perang.oleh sebab aku guna epal merah dah manis.so aku letak 2 sudu ja gula merah.lagipun tak suka manis. biar manis buah jelah.bak kata blog Lanun Ranggi, nak manis potong kaki, letak sebaldi.insyaAllah kencing manis.



Letak pulak serbuk kulit kayu manis untuk wangian semerbak. dan serbuk buah pala untuk kick sket. aku tak pasti apa beza letak serbuk buah pala ni.tapi ada lain skit la.kalo letak serbuk kulit kayu manis saja pun ok je. husband aku orang suruh pergi cari serbuk buah pala, dia pi beli jeruk buah pala. ingat orang nak buat pai buah pala ke hapa ntah.


Gaulkan. Biar sampai buah empuk.

Ok. kat sini aku ada buat sikit kesilapan. aku ingat bila buah macam dah lembut tu kira cantik dah. tapi bila makan aku tak suka texture dia yang masih macam buah. still ada rasa la. next time maybe akan biar lama sket sampai buah tu lembik. 


Bila buah tu dah lembut, masukkan air sikit then masukkan tepung jagung. Tepung jagung akan likatkan buah tu. kalo nak pekat letak lebih la sket. tapi aku rasa tak sesuai kalau inti dia berair nanti susah nak balut sebab meleleh. so biar pekat likat lagi sedap kot.


tada dah siap. nampak tak texture buah tu masih macam buah. paham tak maksud aku ni? bukan la aku nak texture buah tu jadi macam agar-agar ke apa.tapi next time buat, bagi lembut lembik pun takpa.


Sedia untuk di balut. Roti tu, stim kan lepas tu gelek sampai leper untuk dijadikan kulit pai. aku cari la benda nak gelek roti.last-last guna botol susu.kahkah.

Telur tu pecahkan, letak serbuk kulit kayu manis sket bagi wangi. Sapu pada permukaan roti.baru letak inti.

Kelim bahagian tepi roti tu kejap-kejap supaya nanti goreng tak terbuka. aku tekan pakai garfu.macam dalam resepi lanun ranggi. baru tau teknik ni. sebelum ni aku lekat ja dengan telur pastu tekan-tekan sket.habis la terburai inti roti sardin.sob.sob.


dah siap dapat 10 biji. lagi satu tips nak bagi.

JANGAN isi inti banyak.letak sikit.sikit means SIKIT.biar la pai tu bila kelim nampak leper ke apa.jangan risau. sebab nanti time goreng, dia akan menggelembong sendiri.terus jadi gemuk dan comel.

Seriously tak best kalau inti terlalu banyak. rasa macam inti lagi banyak dari roti. rasa macam eh aku makan epal masak kulit kayu manis ke hapa ni.roti dah habis inti ada lagi. T_T




dah siap goreng. kecantikan kelim tepi telah dibayangi oleh warna hasil gorengan.kihkih.

Aufa cakap, "Wahhh...ibu masak roti canai..."

sampai hati....

Aufa makan kulit saja,inti habis dia buang.tu lagi satu sebab next time buat kena letak inti sikit ja. so, kalau guna 2 biji epal, maybe boleh dapat dalam 18 ribu keping pai epal ala McD!

ok. selamat mencuba. Selamat Tinggal McD.


credit to Lanun Ranggi untuk resepi

3 comments:

Aujinz said...

terbaikkk... serbuk buah pala nak bagi dia rasa berangin tu.. tak letak pun takpe sebab kengkadang bebudak tak suka... huhuhu..

Farha Abu Kasim said...

Boleh di frozen kan x pie ni?

Husna Za said...

Tak pasti plak boleh frozenkan ke tak.tak pernah try lagi.selalu buat terus goreng je. rasanya boleh je kot.mcm karipap frozen tu kan.